Rabu, 6 Mac 2024

(Update) Tarikh siaran drama Dia Dari Syurga, waktu siaran tengah hari pula...

Tarikh siaran drama slot Widuri Ramadan TV1 dah keluar.

Drama Dia Dari Syurga lakonan Ummi Nazeera dan Aliff Aziz serta ramai lagi akan bersiaran bermula 11 Mac 2024, 12.05 tengah hari sepanjang Ramadan.

Alamak, ED tak dapat tengok secara waktu tayangan sebenar sebab kerja waktu tu. Kalau rajin, ED akan tengok di Myklik RTM.

Isnin, 4 Mac 2024

(Tahniah) Keputusan AJL38

Berikut keputusan AJL38.

Penyanyi Pilihan Alha Alfa:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Persembahan terbaik:
Aisha Retno (Sutera)

Vokal terbaik:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Ketiga:
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Kedua:
Aisha Retno (Sutera)

Juara:
Amir Jahari (Hasrat)

Amir Jahari

Aisha Retno

Aina Abdul 
 

Tahniah diucapkan!

Ahad, 3 Mac 2024

(Sembang) Tekaan Pemenang AJL38

Malam ini AJL38. Ini tekaan ED untuk pemenang AJL38 malam ini.


Penyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar & Nabila Razali
Persembahan terbaik: Aisha Retno (Sutera)
Vokal terbaik: Aina Abdul (JMRI)
Ketiga: Naqiu (Santai)
Kedua: Aisha Retno (Sutera)
Juara: Aina Abdul (JMRI)

ED rasa malam ini, Aina Abdul akan beri persembahan sehabis baik & melodi lagu Jangan Mati Rasa Itu membolehkan Aina Abdul menunjukkan vokal & kreativiti nyanyiannya.

ED tak tahu, tapi ED rasa malam ini malam Aina Abdul.

Selamat menonton!

Khamis, 29 Februari 2024

(Drama Baharu) Drama Hero Seorang Cinderella 2, akan datang...

Tak sangka, selepas 7 tahun, drama Hero Seorang Cinderella ada sambungannya.

Drama Hero Seorang Cinderella 2 akan datang di Astro Ria.

Fazura dan Fattah Amin sebagai pelakon utama drama ini.

ED ingat lagi, selepas drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura berkahwin.

Nantikan drama Hero Seorang Cinderella 2 di kaca tv anda. Fenomena dulu drama ni.

Isnin, 19 Februari 2024

(Siaran Media) Pengesahan Penarikan Diri Dato' Jamal Abdillah di AJL38

SIARAN MEDIA

Dengan ini kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Dato' Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini.  Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Dato' Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.  

"Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Dato' Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

Sebelum itu Dato' Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Dato' Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu" -  C.F Ho,  Pengarah Urusan FMC Music


Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma - Ezra Kong . FMC Music  telah bersetuju untuk menamakan penyanyi  Afieq Shazwan sebagai penganti Dato'  untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir Anugerah Juara Lagu nanti. Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita.

Afieq Shazwan akan menggantikan Dato' Jamal Abdillah di AJL38.

Good luck untuk lagu Kucuma di AJL38.

Jumaat, 16 Februari 2024

(Eksklusif) Biarlah begitu, macam tak nak sambung drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah - Penerbit

Assalamualaikum. Semalam berakhirnya drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah. Selepas tamat drama ini, ramai yang rasa macam ada sambungannya. Ada juga yang berharap ada musim seterusnya. ED whatsapp terus penerbit drama ini untuk mendapatkan kepastian.

Pelakon Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah, Aniq Suhair, Rita Nadira dan Aidit Noh.

Episod akhir drama ini semalam. Ustaz Iqbal melamar Dania.

Menurut penerbit drama ini, Haji Zil memaklumkan bahawa biarlah ending dramanya begitu dan macam tak nak sambung lagi. Tetapi... Ada tetapi tau!

Tetapi Haji Zil memberitahu bahawa syarikat penerbitannya akan menerbitkan lagi drama Islamik yang lain. Kita tunggu sahaja update daripada media sosial Zeel Production.

Bukti perbualan ED dengan Haji Zil.

Untuk makluman semua, Haji Zil, Azza Elite dan Jabatan Perhutanan Perlis sedang berbincang untuk mengadakan program agama di Wadi Safiyyah. Wah, semoga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir kata, yang rasa drama ini macam tak jawab persoalan penonton seperti di dalam novel, drama ini adaptasi sahaja. Jika adaptasi, boleh jadi sama seperti novel atau boleh jadi tak sama seperti dalam novel. Kena tahu tu...

Selasa, 13 Februari 2024

(Sembang) Drama Rindu Kasih 2 lebih tragis, lebih menyayat hati - penulis skrip

Hai, malam ini bermulalah drama yang ditunggu ramai, Rindu Kasih 2.

Ummi Nazeera sebagai Salina.

Sebelum ini, ED pernah berbalas mesej dengan penulis skrip drama ini, K. Adlie. Adalah sedikit maklumat yang ED boleh share kepada anda.

Menurut K. Adlie, dalamdrama Rindu Kasih 2, kisah Salina lebih tragis dan lebih menyayat hati. Jadi, semua penonton bersedia ye... Sediakan tisu atau sapu tangan semasa menonton drama ini.

Setakat ini dahulu perkongsiannya. Kalau ada lagi, nanti ED update lagi. Ini bukan spoiler ye... Jangan risau.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi