Khamis, 29 Mac 2012

Buku basah?


Hai, semalam di sekolah kisah buku comot. Hari ini kisah buku basah pulak. Buku seorang murid lelaki darjah 5 ini bukannya basah sebab terkena hujan atau air tumpah dalam beg. Tapi sebabnya di luar jangkaan anda. Nak tahu sebab apa bukunya basah? Jom ikuti kisah ED di sekolah hari ini. Sebelum itu, lihat dahulu gambar buku basah di bawah ini..

Nampak tak kesan basah di buku tersebut?

Hari ini dalam kelas 5 Delima, ED ajar murid2 bersajak dalam buku tulis Pemahaman. Selepas ED ajar murid2 bersajak, ED menyuruh seorang murid lelaki tadi untuk membaca sajak. Tiba2, terkejut ED apabila murid tersebut terus menekap buku di atas mukanya tanpa mengeluarkan apa2 suara. Bila ED datang menghampirinya, baru ED tahu yang murid lelaki ini menangis. Habis buku tulisnya basah. 

 Gambar hiasan tapi cara murid tersebut sama macam gambar kartun ini..

Pelik bin Ajaib. Kenapa murid tersebut menangis apabila diminta membaca sajak? Bila ED tanya kawan2nya,  mereka menjawab, "kita orang dah biasa tengok dia menangis dalam kelas. Asyik2 kalau tak dapat jawab pun nangis..." Huhu.. Pertama kali ED jumpa murid aneh macam ni. ED akhiri dengan lagu best dari Indonesia, Jangan Syedih. Udada Ubabye!!






ED: Jangan putus asa, jangan menangis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi