Hai, hari ini ED nak berkongsi kisah ED di sekolah pagi tadi. Kisah hari ini pun agak suspen. Anda kena baca sampai habis untuk mengetahui kesudahannya. Dah bersedia? Okelah, jom ikuti kisah "Buku Comot" di bawah ini..
Cara ED untuk mengesan murid2 dah siap kerja sekolah atau tidak ialah dengan memeriksa buku satu persatu dan dari meja ke meja selepas ketua darjah memberi salam. Dengan cara ini, murid2 tidak boleh menipu ED jika mereka tidak menghantar kerja sekolah. Nak dijadikan cerita, semasa ED memeriksa kerja sekolah murid2 darjah 5 Delima, ada seorang murid perempuan ni bukunya kotor dan comot. Lihat gambar bukunya di bawah ini..
Buku murid tersebut. Ini buku PKJR.
ED pun tanya la kepada murid perempuan ini..
ED: Kenapa buku awak comot?
Murid: (diam sahaja...)
ED: Kenapa comot? Air Milo tumpah ke?
Murid: Tak la cikgu..
ED: Habis tu, yang warna coklat tu apa?
Beratnya mulut murid perempuan tu nak jawab. Tapi akhirnya dia jawab juga. Jom ikuti dialog berikutnya.
Murid: Warna coklat tu bekas darah cikgu..
ED: Darah? Darah awak ke?
Cuba teka darah siapakah itu? Ini dia jawapan murid tersebut sekaligus membongkar persoalan kenapa buku dia comot..
Murid: Ini bekas darah anak kucing saya. Saya tak sengaja terpijak anak kucing saya atas buku ini. Kucing saya mati cikgu..
ED: Astaghfirullah......
Hahaha... ED tergelak dengar pengakuan murid tersebut. Bukan ED tak kesian dengan anak kucing dia, tapi jawapannya sangat dramatik. Memang ED tak jangka jawapan sebegitu akan keluar daripada mulut murid tersebut. Biasanya kalau buku murid comot disebabkan makanan, bekas pemadam atau alasan, adik conteng. Okelah, pengajaran hari ini, kalau berjalan, selalu tengok di bawah. Mana tahu ada anak kucing sedang tidur di lantai. Hehe.. Udada Ubabye!!
Gambar hiasan..
ED: tersenyum sendiri bila teringat jawapan murid tersebut. Hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan