Jumaat, 30 Mac 2012

Gambar-gambar "Mesti Tonton" Drama Bunga-Bunga Syurga TV3!


Hai, anda suka tak tengok drama Zehra Bunga-Bunga Syurga TV3? ED semakin minat mengikuti drama ini kerana jalan ceritanya semakin menarik dan mendebarkan. ED nak kongsi dengan anda hari ini beberapa gambar babak2 drama Bunga2 Syurga yang membuatkan anda tak senang duduk untuk mengikuti drama ini hingga ke penghujungnya. Jom!

Episod 4 malam ini, anda akan lihat Shaffiya (Wawa Zainal) terperangkap dan membuka tudungnya. Kesian dia, dia terpaksa menjadi perempuan simpanan bapa Aiman (Johan Asari). Watak dia memang akan memberikan kesedihan di hati anda. Percayalah...

Si Eyka Farhana ni pun, watak dia pun akan membuatkan anda bersimpati dengannya. Menurutnya, Rozita Che wan betul2 melempangnya dalam drama ini.

Babak ni yang anda nak tengok kan? Aiman ni akan bersahabat juga dengan Shoffiya anak Haji Halim (Dato Eizlan). Tetapi, Aiman tak sangka yang Shaffiya ni ialah Sofia, perempuan simpanan ayahnya.

Rozita Che Wan yang tamak dan jahat dalam drama ini. Nanti, anda akan tengok babak dia sanggup tembak suaminya sendiri kerana marah akan perbauatan suaminya..

Babak ayah Aiman dibawa ke ambulans setelah ditembak oleh isterinya (Rozita Che Wan)

Ini Zila. Dia pun sama macam ibunya. Dalam drama ini, anda akan lihat kekejamannya mencederakan Shaffiyah.

Babak yang anda mesti tengok! Shaffiya bertarung nyawa untuk hidup angkara salah faham Zila.

Babak sedih dalam drama ini.

Akhirnya ayah Aiman insaf .

Di sepanjang episod, anda akan saksikan Rozita Che Wan dan anak perempuannya tak sudah2 buat jahat pada orang lain. Watak Baidah lakonan Rozita Che Wan memang menjadi.

Okelah, dah banyak gambar ED letak. Sumber gambar, ada yang ED ambil dari Facebook Bunga Bunga Syurga TV3. Jom saksikan terus drama Bunga-Bunga Syurga di TV3. Setiap Jumaat jam 9.00 malam. ED akhiri dengan montaj pembukaan drama ini. Udada Ubabye!!





ED: Bunga-Bunga Syurga, terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi