Hai, selamat pagi. Anda suka makan donat? Jika ya, ED nak kongsi tentang apa yang ED nampak di kaca TV semalam tentang donat. Kisahnya tentang donat yang digoreng di dalam minyak masak dan dicampurkan dengan lilin. Kenapa dicampur dengan lilin? Sebabnya penjual mahu mengaut keuntungan yang tinggi dengan modal yang rendah. Maklum, harga lilin lebih murah daripada minyak masak sekarang ini. ED terkejut dengan pendedahan ini.
Minyak masak dicampur dengan lilin untuk menggoreng donat untuk untung lebih
Kisah benar ini berlaku di Indonesia. ED tertengok pendedahan ini pun di stesen TV Indonesia. Ada penjual donat jalanan mengakui bahawa dia mencampurkan lilin ke dalam minyak masak untuk menggoreng donat. Bila anda pergi ke Indonesia, berhati-hati bila hendak membeli donat di jalanan. Biasanya, donat yang bercampur lilin tersebut dijual dengan harga yang sangat murah. Donat yang bercampur lilin juga amat berbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Udada Ubabye!!
ED: Jangan ditiru cerita di atas ini! Haram...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan