Jom ikut ED melawat loji penapisan air!
Hai, pagi tadi ED telah pergi melawat ke Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar yang terletak di Masai, Johor sempena Hari Air Sedunia.
ED dan dua orang rakan ED telah menjadi guru pengiring untuk lawatan murid2 ke sana. Cuma waktu sebegini sahaja Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar dibuka untuk lawatan murid2 & guru2. Hari2 biasa, orang ramai tidak dibenarkan masuk. Banyak maklumat dan gambar2 menarik yang ED dapat di sana. Jom tengok!
Mula2 sekali anda kena tengok gambar ini.
Pusat Bekalan Air Sultan Iskandar. Jom kita lihat apa yang ada di dalamnya!
Kami dibawa masuk ke makmal ujikaji air
Lihatlah perbezaannya, 1. air yg belum di proses 2. air yang sudah diproses 3. air semasa dalam proses rawatan.
Mesin penyulingan air
Ini mesin yang boleh mengetahui nilai pH dan suhu air mentah
Bilik Mikrobiologi
Selepas itu, kami dibawa ke Pusat Kawalan Kecemasan. Sebenarnya ini kawasan larangan, tapi kami diberi peluang melihat apa yg ada di dalamnya. Menarik bukan?
Penerangan daripada pekerja di sana
Mereka mengawal keselamatan Pusat Bekalan Air ini dengan menggunakan kecanggihan sistem komputer sahaja.
Mereka juga mengawal kawasan2 tertentu menggunakan kamera litar di bilik ini juga.
ED bersama Cikgu Adila dan Cikgu Hafiz. Walaupun gerimis pagi tadi, kami tetap meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Lokasi seterusnya di loji pemprosesan air mentah. Cantik kan panoramanya?
ED sempat bergambar dalam bilik pemprosesan air tersebut. Selepas ini, jom ikut ED tengok loji2 yang ada di sini.
Loji yang pertama, air2 mentah dibersihkan daripada bahan2 asing
Nampak tak? Kotoran2 diasingkan dalam loji yang pertama ini.
Selepas itu, kami dibawa ke loji yang kedua.
Selepas kotoran2 diasingkan, air2 mentah tadi akan dibersihkan lagi melalui loji kedua ini. Dalam air ini mencecah 8 meter dalamnya.
Selepas itu, kami dibawa ke loji yang ketiga. Loji ini untuk menapis air yang telah diproses melalui loji kedua tadi.
Beginilah rupanya air yang telah ditapis
Air ditapis menggunakan peralatan yang canggih ini.
Belum habis lagi, jom ikut ED ke destinasi seterusnya.
Proses penglorinan air dilakukan di kawasan ini
Kawasan pengklorinan air. Airnya ada dalam bawah tanah.
Stor klorin.
Okelah, kita sudah sampai ke destinasi terakhir. Jom lihat apa ada di dalamnya..
Air di proses lagi di sini. Kawasan ni agak panas.
Selepas keluar dari bilik pemprosesan air, kami terus sampai di ruang pameran.
Paling seronok, sebelum balik kami diberi cenderamata.
Okelah, ED akhiri catatan ini dengan gambar cenderamata yang ED dapat di sana. Mata anda pun dah letih tengok banyak gambar2 dalam catatan ini. Terasa macam Majalah 3 pulak. Hehehe.. Udada Ubabye!!
Buku catatan dan pen kitar semula edisi khas 2012
ED: Pengalaman baharu yang menyeronokkan.
Ibu kita penah dapat buku tu.. Hehehe
BalasPadamIbu awak cikgu juga ke?
Padam