Hai, ini kisah kedua ED di sekolah pagi tadi. Kisahnya antara ED dan murid2 Moral darjah 3 pulak. Jom ikuti kisah yang bagi ED kelakar dalam segmen ED & Sekolah di bawah ini. Nak ketawa dulu. Hahaha..
Hari ini semasa ED mengajar murid2 Moral dalam Buku Teks Pendidikan Moral, ada tertulis perkataan penyakit apendiks. Jadi, ED pun mengambil kesempatan untuk menguji minda murid2 sama ada mereka tahu atau tidak tentang penyakit apendiks ini.
ED: Oke, cikgu nak tanya, awak semua tahu tak, apa itu penyakit apendiks?
Murid-murid: Tahu cikgu...
Ramai murid2 yang mengangkat tangan untuk memberitahu jawapannya.
ED: Kalau awak tahu, cuba beritahu cikgu, apendiks tu sakit apa?
Murid A: Sakit jantung!
ED: Salah, bukan sakit jantung.
Murid B: Sakit paru-paru.
ED: Salah juga. Bukan sakit paru2.
Murid C: Sakit kencing manis!
ED: Bukan juga.
Murid D: Cikgu, saya nak jawab cikgu!
Jawapan murid ini memang ED tak boleh tahan. ED terus ketawa apabila mendengar jawapannya. Dah sedia nak ketawa? Jom ikuti jawapan Murid D tersebut...
Murid D: Sakit apendiks itu ialah sakit DARAH KINCING!
Hahaha.. Geli hati betul ED mendengar jawapan murid tersebut. Selepas ED tenangkan diri, ED pun memberitahu maksud sebenar penyakit apendiks. Menurut Wikipedia, Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Gambar penyakit apendiks
Okelah, semoga anda terhibur dengan kisah ini. Sambil berhibur, kita juga belajar tentang penyakit apendiks. Jangan makan makanan yang terlalu pedas atau berbiji untuk mengelakkan apendiks. Udada Ubabye!!
ED: Kadang2 kita belajar daripada apa yang kita ajar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan