Jumaat, 21 Februari 2014

(Dramaweb Tonton) Sinopsis drama Autumn Di Hatiku 2

Hai, Tonton, portal video no. 1 di Malaysia dengan bangganya bersama Garnier membawakan kembali siri web original AUTUMN DI HATIKU (dengan rekod tontonan video mencapai hampir 1 juta) untuk musim ke-2. AUTUMN DI HATIKU 2 menampilkan Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS), Ezzaty Abdullah serta sahabat baru mereka Amran Ismail, Iedil Putra dan aktres kacukan Korea-Perancis yang meningkat naik, Youmie Robert. Siri ini bakal ditayangkan bermula 27hb Februari 2014 dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari.


Dari kiri Kim Jin Sung, Hanez Suraya, Ezzaty Abdullah dan Amran Ismail.

Sumber gambar: instagram Hanez Suraya

 

AUTUMN DI HATIKU 2 meneruskan kesinambungan musim pertama apabila Nina (Hanez Suraya) kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rasa rindunya terhadap Zidick dan Autumn (Kim Jin Sung), Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya. Sebuah kedai bakeri milik Summer (Youmie Robert) baru sahaja dibuka dan telah menarik perhatian ramai pelanggan.  Nina, Jaja (Ezzaty Abdullah) dan rakan mereka, Ramon(Iedil Putra) mulai merancang strategi untuk mengatasi pesaing perniagaan mereka, yang juga merupakan seteru Nina dalam merebut perhatian Autumn.

 

Rakan perniagaan Autumn, Rizal Abdul Waris (R.A.W lakonan Amran Ismail) pula tiba-tiba muncul cuba memikat hati Jaja tetapi pada masa yang sama mahu menyingkirkan Autumn daripada syarikatnya.

 

Mungkinkah hubungan Autumn dan Nina kembali bersatu? Atau kehadiran Summer memusnahkan segalanya?

 

Musim ke-2 ini juga menyaksikan jenama penjagaan kulit terkenal – Garnier yang turut tampil bersama menerusi siri ini. “Garnier percaya yang kecantikan wujud dalam diri semua dan ingin menjadi jenama pertama yang memupuk falsafah ini di kalangan generasi muda. Inspirasi kami agar pengguna menerima kecantikan mereka dan berasa selesa dengan diri sendiri selain mempercayai Garnier mampu menawarkan mereka apa yang diperlukan untuk kelihatan cantik dan gembira dari segi luaran dan dalaman,” ujar Christina Low, Pengarah Pemasaran Garnier.



 

AUTUMN DI HATIKU telah mencatatkan kejayaan besar pada tahun lalu menerusi penglibatan barisan pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik. Seperti juga Garnier yang mampu menarik perhatian golongan muda. Kejayaannya telah menarik perhatian kami dan kerana sasarannya untuk golongan muda, Garnier percaya kolaborasi bersama drama popular ini amat tepat sekali. Kami akan memberi fokus kepada Garnier Skin Naturals PureActive Fruit Energy yang disasarkan kepada pengguna yang lebih muda. Autumn Di Hatiku berkisar tentang kehidupan generasi muda. Justeru, mengekalkan kesihatan kulit adalah sangat penting kerana kecantikan kulit mempengaruhi keyakinan diri kita terutamanya ketika masih muda. Maka, saya percaya bahawa produk Garnier ini amat bersesuaian dengan sasaran penonton Autumn Di Hatiku,” tambah beliau.

 

“Dengan kejayaan musim pertama yang lalu, kami teruja untuk menawarkan peminat sebuah lagi siri musim baharu komedi romantik ini, yang juga merupakan sebahagian daripada perancangan Media Prima Digital untuk terus menerbitkan pelbagai variasi siri web original di Tonton. Kami begitu gembira dapat bekerjasama bersama Garnier menerusi siri ini dan penonton bakal disajikan dengan pelbagai lagi siri web (antaranya Sukan, Biopic dan adaptasi novel) bermula Mei 2014 kelak,” menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital.

 

Saksikan AUTUMN DI HATIKU 2 di Tonton bermula 27hb Februari 2014 – 26hb Mac 2014, dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari diwww.tonton.com.my/autumndihatiku.  2 kejutan istimewa turut menanti para peminat. Tonton bakal menawarkan 60 jemputan ekslusif ke ‘Final Screening’ bersama para pelakon di TGV 1 Utama pada 22 Mac akan datang. Ikuti peraduan di laman media sosial  Tonton, Facebook diwww.facebook.com/tontonMY dari 10hb - 14hb Mac 2014 untuk memenangi jemputan ekslusif ini. Turut dianjurkan, sesi ‘Meet & Greet’ bersama para pelakon. Untuk maklumat lanjut berkenaan sesi ‘Meet & Greet’ ini, layari laman media sosial Garnier, Facebook diwww.facebook.com/GarnierMalaysia.

 

Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini. Udada Ubabye!!




ED: selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi