Hai, malam ini ada Rozita Che Wan dalam slot Festival TV3. Telefilem Madu akan bersiaran malam ini dengan barisan pelakon mantap Che Ta, Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aisyah Ilyas, Ezzaty Abdullah, Ben Ali dan ramai lagi. Berikut sinopsisnya..
Sinopsis:
Kisah bermula apabila Anita mempunyai dua orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah berkerja sebagai pramugara dan Shima pula baru memulakan karier dalam bidang perhubungan awam. Shima selalu bekerja tak tentu masa dan sering kali balik ke rumah lewat malam. Suami Anita iaitu Mazlan selalu bertugas 'outstation' menguruskan syarikat landskap dan seni tamannya dan Anita berasa bosan kerana selalu ditinggalkan. Bagaimanapun, hati Anita sedikit terhibur apabila setiap kali pulang daripada bertugas, Shah membawa pulang cenderamata dari luar negara, tetapi selalunya cita rasa Shah tidak menepati kehendak ibunya.
Dalam pada itu, Anita teringin pergi melancong, tetapi dek kerana kesibukan Mazlan, hasratnya tidak pernah tertunai. Perniagaan Mazlan pun bukannya selalu berada pada tahap yang bagus. Oleh itu, Anita tidak mahu begitu membebankan Mazlan dengan keinginannya. Anita yang terus kebosanan tinggal di rumah seorang diri mula mencetuskan idea gilanya. Dia sering melayari Facebook, Instagram, lalu terlihat gambar pramugari melancong ke sana sini. Dia minta Shah berkahwin, tetapi Shah pula tak mahu mengahwini seorang pramugari. Lalu Anita mencadangkan Shah mencari madu untuknya dalam kalangan pramugari.
Shah pada mulanya menganggap isterinya tidak serius, tetapi selepas dia melihat kesungguhan Anita, dengan berat hati Shah terpaksa bersetuju. Shah perlu mencari calon yang betul-betul boleh dipercayainya. Ia juga perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Anita. Apabila Shima mendapat tahu, dia naik angin kerana kenapa perlu ada ibu tiri pula.
Selepas lebih kurang dua minggu Mazlan berada di Kuching, dia balik ke rumah. Dia terkejut apabila Shima memberitahu yang Anita sudah memilih calon isteri kedua untuknya dan pada mulanya Mazlan menolak kerana kononnya dia sangat setia serta sayangkan Anita. Rupa-rupanya Mazlan ada rahsia yang disembunyikan daripada Anita. Apakah kesudahannya?
Sumber: http://www.perekacerita.com/2014/02/madu-tv3.html#ixzz2tTltl6N
Jom saksikan pukul 10 malam ini di TV3. Telefilem komedi tetapi penuh dengan teka-teki. Udada Ubabye!!
ED: selamat menonton!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan