Hai, panasnya hari ini. Bahang betul cuaca di sekolah pagi tadi. Jom dengar kisah ED di sekolah hari ini tentang dahsyat. Nak tahu apa yang dahsyat? Ikuti kisah ini sampai ke penghujungnya. Dah sedia, jom ED mulakan!
Begini kisahnya, dalam kelas Moral tahun 3 pagi tadi, ED memberikan murid2 latihan bertulis di papan putih. Semasa menunggu mereka menyiapkan latihan tersebut, ED menanda buku tulis murid. Semasa, ED menanda buku murid, tiba-tiba....
Murid: Cikgu! (sambil menutup hidung)
ED: Kenapa?
Murid: Tom (bukan nama sebenar) kentut cikgu! Busuk cikgu!
Semua murid dalam kelas Moral ED menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk. Selepas seorang murid itu mengadu kepada ED, bau kentut itu merebak ke seluruh Bilik Moral yang kecil saiznya. Astaghfirullah, ED tak tahan bau tersebut lalu keluar sekejap untuk mengambil udara segar. Dahsyat betul la bau kentut murid tersebut. Dah la bahang, bau busuk pula dalam Bilik Moral. Hahaha..
Bilik Moral
ED kelakar la tengok muka murid2 lain yang terseksa menutup hidung kerana tidak tahan akan bau busuk itu. Ye la, kentut mana boleh ditahan2. ED tak boleh salahkan murid yang kentut itu. Jadi kalau ada murid terkentut, sabar je la. Udada Ubabye!!
ED: Murid yang kentut itu sahaja yang tidak menutup hidung. Hehehe..
hehe.kentut sendiri mana nak busuknya.huhu
BalasPadam