Hai, hari ini ED nak berkongsi kisah misteri dan benar. Kalau dilihat pada tajuk di atas, mungkin anda tertanya2, siapa yang diganggu makhluk halus kan? Bukan ED yang diganggu, tetapi adik ED yang sedang menjalani praktikal di salah sebuah sekolah di Perak. Minggu ini, adik ED kerap menghantar sms dan menelefon ED kerana banyak kali rumah sewanya diganggu makhluk halus. Setiap malam, ada sahaja bunyi-bunyian pelik dalam rumah sewanya. Seram kan? Ikuti kisah yang lebih seram lagi di bawah ini.
Lebih seram lagi, ada satu kes di mana ada makhluk yang mengetuk pintu rumah sewanya pada pukul 4 pagi. Tetapi bila dibuka pintunya, tiada siapa2 di luar. Padahal rumah sewanya berpagar. Tetapi, apa yang pasti rumah sewanya selalu diganggu makhluk halus. Selalu ada bunyi-bunyian pelik di dalam rumahnya. Apabila ditanya penduduk2 di sana, mereka mengesahkan bahawa tempat tu memang keras. Di sekolahnya pula, adik ED pernah dengar perempuan mengilai semasa kem motivasi dan pernah terjadi kejadian histeria.
Bukti sms adik ED kepada ED..
Adik ED ada hasrat ingin berpindah ke rumah sewa baharu tapi alang-kepalang, praktikalnya tinggal sebulan sahaja lagi. Rumah sewanya juga berdekatan dengan sekolah. Untuk makluman anda, adik ED tinggal berdua sahaja dengan kawan 1 sekolahnya di rumah teres. ED menyuruhnya bersabar dan meletakkan AlQuran di sebelah kepala apabila tidur. Apabila dengar cerita dia, ED teringat balik kejadian2 pelik masa ED belajar di UKM dahulu. Okelah, ini adalah kisah benar dan berwaspada selalu ye. Udada Ubabye!!
ED: Rasa macam nak suruh team Seekers NTV7 datang sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan