Hai, sempena Hari Ibu, ED nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu ED & ibu2 di dunia. Hari ini juga, ED dah siapkan entri menarik untuk tatapan anda. Tahukah anda, pada hari ini ada 4 ibu yang tidak layak dan tidak boleh menyambut hari ibu? Kalau tak tahu, jom ikuti entri ini sehingga ke penghujungnya.
Carta Khas:
4 Ibu yang tidak boleh menyambut Hari Ibu.
Nombor 4: Ibu sirap. Hahaha...
Ibu sirap ini hanya digunakan sedikit sahaja kerana ia sudah pekat & wajib ditambah gula.
Nombor 3: Ibu roti. Hahaha..
Ibu roti dikenali juga sebagai yis segera. Jenama Mauripan memang popular jika anda nak buat roti atau donat yang sempurna.
Nombor 2: Ibu negeri. Hahaha...
Ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur.
Dan juara carta hari ini ialah:
lima..
empat..
tiga..
dua..
satu..
Juara: Mother board. Hahaha..
Motherboard ialah alat komponen di dalam laptop atau CPU komputer anda.
Catatan hari ini sekadar lawak sahaja. Kepada anda yang terhibur, silakan gelak. Jika tak lawak, diam2 sahaja. Okelah, tahun lepas ED ada buat juga catatan sebegini rupa sempena Hari Ibu. Jika anda terlepas membacanya, boleh klik di sini. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu, cuma hari ini lebih popular sikit sebab ramai yang menyambut hari ibu pada hari ini. Udada Ubabye!!
ED: Masakan paling sedap adalah masakan mak. Hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan