Jumaat, 4 Mei 2012

Kisah di perpustakaan bahagian 2

Hai, ini sambungan kisah di perpustakaan bahagian 1. Murid2 Moral ED suka bersembang dengan ED. Ada-ada sahaja kisahnya yang ingin diceritakan. Tapi kisah yang ini serius sikit. Terkejut ED mendengarnya. Nak tahu? Teruskan membaca kisah ini.


Semasa menyelak-nyelak surat khabar seterusnya, tiba-tiba ada seorang murid perempuan ni bercerita begini:

Murid A: Cikgu, ada kedai di kawasan rumah saya jual ganja.

ED: Ganja? (budak ni tahu ke ganja tu apa?)

Murid A: Betul cikgu, kedai tu jual ganja.

ED: Awak tahu ke ganja tu apa?

Tiba-tiba, murid disebelahnya menyampuk.

Murid B: Saya tahu cikgu. Ganja tu macam kacang-kacang.

ED: Hahahaha...

Murid A: Banyak la awak, cikgu ganja tu macam tepung. Kalau makan nanti orang akan lupa kan cikgu?

ED: Betul. Orang2 beli ganja tu buat apa? 

ED ingin tahu sejauhmana kebenaran cerita murid tersebut. Bahaya la kalau murid ini terdedah dengan pemandangan2 sebegini rupa. Nak tahu tak kesudahan cerita ini? Jom lihat jawapan murid perempuan tersebut.

Murid A: Orang2 beli ganja dan makan dengan aiskrim.

ED: Hahahaha....

ED tak pernah dengar lagi orang hisap ganja dengan aiskrim. Kelakar betul ED dengar cerita murid tersebut. Agak2 anda, boleh percaya tak cerita murid tersebut? Mula2 ED hampir percaya, tetapi bila dengar orang makan ganja dengan aiskrim. Rasa susah nak percaya. Bila ED selidik, dia dapat cerita dari mana? Rupa2nya dia pun dengar cerita ini daripada orang lain. Sah, murid tersebut pun dah ditipu. Hahaha.. Udada Ubabye!!



ED: Lawak betul murid2 Moral ED.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi