Hai, iklan Cerekarama Teratak Shamsiah kerap diiklankan di TV3. Macam best je jalan ceritanya. Anda dah tahu belum sinopsisnya? Kalau belum, jom baca sinopsisnya yang ED perolehi daripada blog Kepala Bergetar.
Rita Rudaini sebagai Shamsiah
Sinopsisnya, mengisahkan tentang Shamsiah (lakonan Rita
Rudaini) yang berpindah ke bandar setelah anaknya, Maizura menyambung
pelajaran di sebuah asrama penuh kerana keputusan PMR yang cemerlang.
Shamsiah seorang yang ceria, lucu, peramah dan aktif dalam hal ehwal
kemasyarakatan dan keagamaan. Shamsiah mahu mengimarahkan surau dengan
beberapa aktiviti dan budaya Melayu.
Golongan wanita di sana lebih suka
pergi ke kelas kecantikan diri di salon Datin Sally. Maizura mula rimas
dan malu kerana Shamsiah sering ke sekolah barunya untuk mengetahui
perkembangannya. Firdaus, anak Datin Sally yang bersekolah di situ
banyak menasihati Maizura kerana memiliki ibu yang prihatin dan tidak
seperti ibunya yang asyik sibuk dengan bisnes salon saja.
Shamsiah terus
bersabar dan memikirkan cara lain bagi menarik kaum wanita ke surau sambil
dibantu Maizura dan Firdaus. Suami Datin Sally, Datuk Mahathir kagum
dengan usaha Shamsiah dan turut memberi sokongan. Datin Sally berasa
cemburu dan mula menabur fitnah bahawa Shamsiah cuba menggoda suaminya.
Apakah usaha murni Shamsiah untuk menghidupkan surau dan kegiatan agama
di kawasan perumahan itu akan berjaya?
Menarik bukan jalan ceritanya? Selain Rita Rudaini, telemovie ini turut dibintang oleh Diana Rafar, Jasmin Hamid, Azhan Rani, Reza Hasbi, Ashraf Muslim dan Emilia. Sama-sama kita tengok telemovie ini esok pukul 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton esok!
mcm menarik.. okey esok mlm tak kuar sebab nk tgk cite ni.. hehe
BalasPadam