Khamis, 13 Februari 2014

(Sekolah) Cakap kena yakin, salah takpe..

Hai, ED nak cerita tentang seorang murid Moral darjah 3 ni.. Murid lelaki India ini suka bercakap tanpa henti. Bila dia bersembang dengan ED pun, ED terpaksa cakap stop sambil buat isyarat tangan supaya dia berhenti. Bukan itu yg ED nak kongsi kepada anda, tetapi sikap yakin diri dlm murid tersebut bila dia bercakap melayu. Ada beberapa perkataan melayunya yg salah, tapi dia confident utk meneruskan percakapannya. Contoh ayatnya,

"Cikgu, setiap hari saya minum air memasak!"

Hari ini, dia tanya ED..

"Cikgu, kapur tulis ada rancun kan? Mak saya cakap, kapur ada rancun!"


Kadang2 ED tahan gelak mendengar percakapannya dengan ED. Tapi ED belajar sesuatu daripada murid tersebut, cakap kena yakin walaupun salah dari segi tatabahasanya. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: banyakkan minum air memasak di musim kemarau ini.. Hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi