Murid: Cikgu!
ED: Ada apa?
Murid: Orang Hindu boleh tukar jadi Islam kan?
ED: Boleh. Kenapa? Awak nak masuk Islam ke?
Murid: Boleh juga la cikgu.
ED: Ibu bapa awak tak marah ke?
Murid: Ayah saya kata, kalau anak2 dia nak masuk agama, masuklah. Ayah saya tak kisah. Lagipun, pakcik saya Islam.
Setakat itu sahaja dialog yg ED kongsi kepada anda. Panjang lagi perbualan ED dengan dia, tapi tak sesuai ED kongsikan di sini. Pertama kali ED berdepan dengan situasi sebegini. Kalau murid tersebut betul2 serius, apa perlu ED lakukan? Udada Ubabye!!
ED: Alhamdulillah je la..
hidayah milik allah.. alhamdulillah klu itu niatnye..
BalasPadam