Ahad, 9 Februari 2014

(Sembang) Pertama kali telefon MOCC 03-80008000

Hai, hari ini ED diberitahu oleh rakan sekerja bahawa pemilik kad pengenalan lama yg masih belum menukar kad pengenalan atau IC baru akan didenda mulai hari ini. Alamak, ED belum menukar IC lama ED yg dah teruk juga rupanya!!

IC ED yg dah terkopek plastiknya. Ingatkan nak tukar bulan lepas, tapi asyik tertangguh sehingga lupa dah nak tukar.. Gambar ED dlm IC ni masa umur 18 tahun kalau tak silap. Hehe..

Ingatkan balik kerja nak terus pergi buat, tetapi ada halangan pulak. Ha, baru teringat iklan MOCC yg iklan 0380008000 tu.. ED terus dail untuk mendapat kepastian tentang denda yg akan dikenakan kpd ED kerana lambat menukar IC baru. Memang terbaik perkhidmatan MOCC! Pertama kali ED guna perkhidmatan ni.. Layanan mesra yg diberikan amat memuaskan. Apa sahaja pertanyaan tentang perkhidmatan awam, Insha Allah mereka akan bantu jawab. Sebagai penutup cerita, ED akan dikenakan caj RM20 sahaja untuk permohonan & proses IC baharu. Bukan denda ye.. Alhamdulillah.. Udada Ubabye!!



ED: minggu ni juga nak pergi tukar IC. Hehe...

5 ulasan:

  1. owh.. kene tukar baru, ek? xalert betul leez psl nih. hu3..

    BalasPadam
  2. tak tukar pun takpe.. kalau IC elok lagi.. tapi kalau ic da cam tak cantik tu kene tuka la untuk senangkan urusan di luar.. cuma peraturan 18 ade tetapkan kene tuka IC semasa umur 18 dan sebelum melebihi umur 25 tahun.

    Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun. :)

    BalasPadam
  3. No problem.. Apa-apa tentang JPN boleh tanya saya.. :)

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi