Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta membuat pemilik nama NURSYAZWANI BT SELAMAT – 23 TAHUN atau lebih mesra dengan panggilan WANI SYAZ lebih dikenali ramai. Ramai dikalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz.
“Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya Wani memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan, dan syukur muzik video tersebut mencecah 26 juta tontonan di Youtube”.
Menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza juga adalah salah satu Tindakan berani Wani syaz sepanjang bergelar anak seni.
“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.”
Tidak terasa perjalanan kerjaya seni Wani Syaz hampir mencecah 8 tahun. Bermula di tahun 2013 Wani muncul dengan single pertama berjudul - I Cinta Jer , Kemudian meledak dengan lagu Lepaskan dan Alhamdulillah.
Single duet Wani Syaz bersama Wany Hasrita – SINAR TERINDAH merupakan single pertama Wani berduet dengan artis wanita. Dan lagu ini merupakan ciptaan Wani Syaz sendiri dan lirik dihasilkan bersama Wany Hasrita. Sebelum ini Wani hanya digandingkan dengan penyanyi lelaki sahaja - Lepaskan, Alhamdulillah dan Kembalilah wani digandingkan bersama Juzzthin dan Pendusta Cinta digandingkan bersama Waris.
Wani Syaz boleh dikatakan antara artis yang tersenarai dalam kalangan selebriti tempatan yang tiada gosip atau cerita negetif. Mungkin kerana sikap beliau yang berhati hati dan kurang bergaul sesama artis di dalam industri hiburan.
“Bukan sombong atau taknak bergaul, tetapi saya lebih selesa bersama ummi (panggilan ibu) walau kemana saya pergi, jika ummi tak ikut ke KL, lepas habis kerja Wani terus pulang ke Batu Pahat bagi menumpukan perhatian kepada restoran kami – Beezer box yang juga terletak di Batu Pahat Johor”
16 November 2020 (isnin) jam 8 malam, secara rasminya single ke 9 (muzik video) Wani Syaz akan dilancarkan di saluran youtube FMC MUSIC. Kali ini Wani Syaz mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden.
HABIBI – lagu ciptaan dan lirik – DJ FUZZ, AZIQUEBEATS dan WARIS ini merupakan lagu ke – 2 Wani Syaz digandingkan bersama Waris. Habibi mengisahkan seorang insan yang ingin mencari teman hidup. Bagi Wani Syaz beliau tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vocal Wani.
“Moga – moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam Wani. Bagi lah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa Wani, kalau boleh dimasa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal Wani”.
Wani berharap Lagu Habibi ini mendapat tonton yang lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang mencecah 26 Juta Tontonan. Eksklusif, jom kita tengok beberapa gambar dalam video klip Habibi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan