Isnin, 13 Februari 2023

(Ulasan) Persembahan AJL37

Hari ini berlangsungnya AJL37 di TV3. Berikut ulasan persembahan finalis AJL37. Gambar kredit daripada instagram muzik muzik official.

Finalis AJL37

1. Iman Troye - Nang
ED nampak usaha dan kesungguhan Iman Troye dalam melakukan persembahan yang terbaik. ED enjoy dengan persembahan Iman.

2. Marsha - Kembali Terang
Walaupun Marsha banyak jerit, ED suka! ED boleh dengar vokal Marsha secara all out!

3. Naim Daniel - Mainan
Persembahan luar biasa yang akan diingati dan menjadi buah mulut penonton. Persembahan terbalik Naim Daniel pertama kali dalam sejarah AJL.

4. Shila Hamzah & Liza Hanim - Bahagiakan Dia
Persembahan yang ringkas dan mereka bermain dengan vokal mereka sahaja.

5. Aliff Satar & The Locos - Anugerah Terindah


Vokal Aliff Satar tenang, terang dan jelas. Lagu pun tenang je dengarnya.

6. Ernie Zakri - Korban
Susunan muzik lagu Korban best dan ditambah dengan vokal Ernie yang terkawal dan tidak over. Terbaik!

7. Shiha Zikir - Irama
Persembahan yang ringkas dan susunan muzik Irama di AJL lebih sedap bunyinya.

8. Joe Flizzow & Sona One - Satu Malam di Temasek
Persembahan mereka nampak grand dengan kehadiran ramai penari. Putih bola mata penyanyi dengan contact lens.

9. Amir Masdi & Dayang Nurfaizah - Debu.
Gandingan suara yang memukau. Walaupun tanpa penari, suara mereka dah cukup untuk memukau hati penonton.

10. Noki & MK K-Clique - Payung Pelangi.
Persembahan yang boleh dijangka iaitu bertemakan hujan.

11. Aina Abdul - Terus Hidup.
Persembahan kreatif, vokal terkawal dan emosi lagu ini sampai kepada penonton. Terbaik!

12. Khai Bahar - Sengsara.
Gimik bertukar pakaian macam pernah dilakukan oleh finalis AJL sebelum ini.

ED yakin semua finalis sudah berusaha dan melakukan yang terbaik. Good luck!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi