Sabtu, 31 Disember 2011

Carta Top 10 Drama TV3 yang ED minat sepanjang 2011

Hai, hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2011. Esok, insyaAllah kita akan melangkah ke tahun baharu 2012. Sama seperti tahun lepas, ED akan senaraikan balik drama2 TV3 yang paling ED minati sepanjang 2011. Semuanya ada dalam segmen khas "Carta Top 10 Drama TV3 pilihan EDtv". Jom kita lihat drama mana yang bergelar juara berdasarkan kegemaran dan pilihan ED. Jom kita mulakan!


Nombor 10: Kemboja Putih (Slot Lagenda)

Sinopsis: Eira Syazira sebagai Kemboja telah dibunuh oleh suaminya sendiri kerana tertekan dengan hasutan orang kampung. Akhirnya Kemboja menjadi hantu dan menuntut bela kepada orang2 yang telah menghasut suaminya.. Sedih cerita ni..

Nombor 9: Kasih Alia (Slot Akasia)

 Sinopsis: tentang kisah 2 beradik yang telah dipisahkan oleh ibu tirinya. Dramatik sungguh plot drama ni..
 
Nombor 8: Gemilang (Slot Aksi)

 Sinopsis: tentang kekuatan dan ketabahan guru2 yang boleh dijadikan pengajaran bersama. Bagus la drama ni, banyak pengajaran..
 
Nombor 7: Annissa (Slot Samarinda)

 Sinopsis: Kisah persahabatan 4 orang wanita yang bermacam2 perangainya. Banyak unsur2 mendebarkan dalam drama ni..
 
Nombor 6: Juvana (Slot Aksi)

 Sinopsis: tentang ketabahan Daim, remaja yang tidak bersalah tetapi dimasukkan dalam sekolah juvana. Ramai yang kesian tengok Daim dan geram tengok Botak  dalam drama ni. 
 
Nombor 5: Tentang Dhia (Slot Akasia)

 Sinopsis: mengisahkan tentang Dhia yang selalu ditimpa dugaan dalam percintaannya sehingga akhir nyawanya.. Baru je habis drama ni, ramai juga penonton yang nangis tengok episod akhirnya.. hehe..
 
Nombor 4: Tahajjud Cinta (Slot Zehra)

 Sinopsis: mengisahkan tentang wanita yang ditindas haknya oleh kaum lelaki. Ramai yang tersentuh tengok Fauziah Ghous diseksa oleh suaminya dalam drama ini..
 
Nombor 3: Ramadan Terakhir (Slot Samarinda)

 Sinopsis: mengisahkan tentang Sakinah (Tasha Shilla) yang sanggup menjadi orang gaji kepada ibu kandungnya yang dah lama terpisah semata2 ingin menyambut Ramadan terakhir bersama ibu kandungnya.. Drama ni pun sedih jugak.
 
Nombor 2: Soffiya (Slot Akasia)

 Sinopsis: tentang Soffiya yang dirogol oleh bapa kandungnya dan dugaan hidupnya setelah dibebaskan dari penjara kerana membunuh bapanya. Ini kerana ingin dia menjaga kehormatan dirinya. ED suka la drama ni.. Ternanti2 setiap episodnya.
 
Juara carta: Cinta Elysa (Slot Lestary)

Sinopsis: tentang kisah cinta Elysa dengan Aril yang sebelum ini samseng di kampungnya. Drama ini layak bergelar juara kerana bukan ED je yang suka, tapi ramai juga yang suka. Drama fenomena 2011.

Carta di atas ED susun mengikut kegemaran ED dan sekadar suka2 sahaja. Sama tak dengan drama kegemaran anda? Okelah, ED nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2012 kepada anda semua. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Udada Ubabye!!



ED: Teruskan bersama blog EDtv untuk info drama TV terbaik pilihan ED..

Khamis, 29 Disember 2011

Lagu-lagu latar dalam Tentang Dhia episod akhir..


Hai, ED yakin ramai yang menitiskan air mata menyaksikan episod akhir Tentang Dhia petang tadi kan? Selain itu, mesti anda tersentuh dengan lagu-lagu latar dalam drama tersebut kan? Lagu2 latar tersebut menambahkan lagi sebak di hati anda. Mesti ada di antara anda yang tertanya2, lagu latar tersebut, apa tajuknya? Secara ringkas, ED nak kongsi dengan anda tajuk serta penyanyi lagu latar tersebut. Video klipnya pun ada lirik sekali, jadi anda boleh nyanyi sambil feeling2 di sini. Hehe..

1. Lagu yang Subhanallah, aku mencintaimu tajuknya Di Atas Satu Cinta nyanyian Indah Dewi Pertiwi.



2. Perasan tak lagu masa Dhia izinkan Zikir berkahwin lagi? Ini tajuknya, Aku Tak Berdaya nyanyian Indah Dewi Pertiwi juga.



3. Lagu masa Dhia menyiapkan Zikir untuk pergi bernikah tajuknya Kehilangan nyanyian Firman.



4. Last sekali lagu sewaktu Dhia meninggal dunia tajuknya Rapuh nyanyian Opick. Anda dah sering dengar lagu ni kan?



Semua penyanyi lagu latar tersebut berasal dari Indonesia. Drama terbitan Grand Brilliance memang suka guna lagu latar dari Indonesia. Okelah, jangan bersedih dan terbawa2 dengan drama tersebut. Itu hanya drama dan sekadar hiburan sahaja. Hehe.. Udada Ubabye!!


ED: Ending Tentang Dhia memang sedih, ED tak nafikan.

Teaser Episod Akhir Tentang Dhia di TV3


Hai, hari ini ramai yang tak sabar2 nak tengok episod akhir Tentang Dhia kan? Kepada peminat setia drama ini, ED ada buat teaser gambar2 tentang Episod Akhir Tentang Dhia yang akan bermula 7 malam ini. Gambar2 di bawah ini juga secara tak langsung merupakan sinopsis episod akhir malam ini. Jom kita rasakan debaran episod akhir Tentang Dhia menerusi teaser di bawah..


Disebabkan kanser, akhirnya Dhia tidak boleh mengandung lagi..

Setelah keluarga Zikir mengetahui Dhia tidak boleh mengandung, Ku Mariam memberikan Dhia 2 pilihan..

Dhia dipaksa memilih sama ada bercerai dengan Zikir atau dimadukan dengan Rose? Keputusan Dhia ialah, dia sanggup untuk dimadukan.

Episod akhir nanti, mesti anda akan marah dengan Zikir.. 

Mungkinkah nasib akan menyebelahi Rose akhirnya?

Kemuncak drama ini yang penuh air mata.. Cuba teka, adakah Zikir akan berkahwin dengan Rose kerana zuriat? Saksikan sendiri episod akhirnya...

Hari ini juga kita akan dapat tahu balasan kepada Ku Salmi yang kejam ini. Adakah dia akan mati? 

Ha, menarik bukan teaser episod akhir Tentang Dhia? Sama-sama kita saksikan kemuncaknya hari ini ye. Minggu hadapan, drama baharu Gemersik Kalbu menyusul dalam slot Akasia TV3. ED akhiri dengan video promo episod akhir Tentang Dhia. Udada Ubabye!!




ED: Selamat menonton!

Rabu, 28 Disember 2011

Barisan mentor dalam Mentor 6

 Menarik 2012 di TV3: Mentor 6

Hai, ED nak update tentang rancangan Mentor yang akan bermula pada Januari 2012 ini. Di laman web Gua hari ini sudah pun disiarkan barisan artis yang akan menjadi menjadi mentor dalam Mentor 6. Jom lihat gambar yang diperolehi daripada laman web tersebut..

Dari kiri Ella, Ferhad, Ogy, Ramlah Ram, Faizal Tahir dan Adam AF. Merekalah barisan mentor pada tahun hadapan. Maklumat lanjut, anda boleh baca di Gua.

Seperti biasa, kepada anda yang mahu menjadi kepada protege kepada artis2 tersebut, sila hadiri ujibakat yang akan diumumkan pada tahun hadapan di TV3. Sebelum datang ujibakat, pastikan anda memenuhi kriteria yang diperlukan oleh barisan Mentor tersebut.

ED buat catatan ini disebabkan catatan ED tentang Mentor 6 sebelum ini telah mendapat perhatian pembaca2 blog ini. ED tak pasti lagi bila tarikh muktamad Mentor 6 akan ditayangkan di TV3 pada Januari nanti. ED rasa bulan Januari ini digunakan untuk sesi ujibakat dan dijangkakan konsert sebenar Mentor 6 akan bermula awal Februari. Sama2 kita tunggu ye.. Udada Ubabye!!



ED: Akan datang, ED akan update tarikh tayangan Mentor 6 ye..

Uniform pengakap

 Segmen ED & Sekolah kembali lagi..

Hai, sesi sekolah akan bermula pada minggu hadapan. Mulai semalam, ED sudah kembali ke sekolah untuk bermesyuarat. Apa tugas ED di tahun 2012? Nanti ED beritahu dalam catatan yang lain ye.. Cuma 1 tugas je yang ED nak kongsi kepada anda untuk tahun hadapan. Dalam ko-kurikulum pada tahun hadapan, ED ditugaskan untuk menjadi guru pengakap. Tahun lepas, ED tiada jawatan dalam badan beruniform.

Logo pengakap dan pengertiannya
 
Malam semalam, ED pergi ke Kip Mart Tampoi untuk beli sesuatu. Tiba-tiba teringat yang di sini ada kedai yang menjual seragam unit beruniform. Alang-kepalang, ED pergi kedai tersebut untuk membeli baju dan aksesori pengakap. Ada sebuah kisah yang ED nak kongsi kepada anda semasa berada di kedai tersebut. Jom ikuti dialog ED dan pekerja kedai seragam uniform semalam..

ED: Ada jual baju pengakap tak?

Pekerja: Ada. Baju pengakap kita yang macam ada dekat patung tu.. Boleh ke?

ED: Boleh, saya nak satu set baju pengakap dan aksesorinya sekali untuk cikgu eh..

Pekerja: Cikgu?? Awak cikgu ke?

ED: A,a saya cikgu. Kenapa?

Apa jawapan pekerja tersebut? Jawapan pekerja tersebut mungkin akan menimbulkan rasa meluat kawan2 ED terhadap ED. Hehehe.. Jom kita ikuti kesudahan dialog pekerja tersebut di bawah ini..

Pekerja: Macam tak percaya je awak cikgu. Saya nampak awak macam budak sekolah menengah.. Hehe..

Hahaha... pekerja perempuan yang berusia kira-kira 20 tahun tersebut menyangka ED murid sekolah menengah. Kelakar la.. Tapi, dia mesti percaya yang ED ni cikgu sebab ED nak beli uniform pengakap untuk cikgu. Mesti la logik kan! Buat apa ED nak tipu dia. Akhirnya dia percaya juga walaupun mukanya kehairanan. Semalam ED dah beli uniform pengakap untuk digunakan pada hari Ko-ko tahun hadapan.

 Senyum boleh buat muka nampak awet muda. Hehe...

Catatan hari ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk berseronok. ED yakin mesti kawan2 rapat ED meluat baca kisah ini. hahaha.. Kisah semalam juga mengingatkan ED kepada komen seorang blogger dalam catatan ED sebelum ini. ED akhiri dengan petikan gambar komen tersebut ye. Udada Ubabye!!



Akan datang, ED akan ceritakan tugas2 ED di sekolah untuk sesi 2012..


ED: Dekat maktab dulu, ED anggota ahli KRS..

Selasa, 27 Disember 2011

Carta Top 5 Lagu Nasyid Memuji Keagungan Allah!


Assalammualaikum. Dah lama ED tak buat carta kan? Hari ini ED nak buat carta tentang lagu-lagu nasyid yang bertemakan Memuji Keagungan Allah. Sambil berhibur, kita boleh mendapat pahala dengan memuji keagungan Allah. Jom kita ikuti Carta Top 5 Lagu Nasyid Memuji Keagungan Allah! Dijamin, lagunya sedap2 belaka..

 Carta Top 5: Lagu Nasyid Memuji Keagungan Allah!


Nombor 5: Allahu Rabbi nyanyian kumpulan In Team. Lagu campuran bahasa Urdu dan bahasa Melayu yang sedap di dengar. 




Nombor 4: Allahu Akbar nyanyian Maher Zain. Lagu dia memang tak boleh dipertikaikan lagi. Memang menarik!




Nombor 3: Allah Yang Ku Cintai nyanyian kumpulan Sakha dari Indonesia. Sekali dengar, mesti anda suka!




Nombor 2: Maha Penyayang nyanyian Opick. Mendayu-dayu & mantap lagu ni..




Juara: Asmaul Husna nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. ED suka la lagu ni. Walaupun banyak lagu Asmaul Husna, ED paling suka lagu nyanyian dia ni. Mendamaikan jiwa bila dengar lagu ni.. Hehe..




Bagaimana? Best kan lagu2 pilihan ED di atas ni? ED memang suka lagu2 di atas ini. Sebab itu ED nak berkongsi dengan anda juga. Kalau anda suka, anda boleh berhibur dengan membuka catatan ini lagi. Sebelum ini, ED pernah juga buat Carta tentang lagu Nasyid, kalau anda terlepas menontonnya, anda boleh klik sini & sini. Okelah, setakat ini dahulu. Udada Ubabye!!




ED: Nasyid itu indah!

Isnin, 26 Disember 2011

X-klusif: Air pasang Krismas

 Suasana air pasang malam yang melimpah ke jalan raya

Hai, malam semalam di kawasan perumahan ED naik air pasang malam yang sangat besar. ED namakannya Air Pasang Krismas sebab semalam kan Hari Krismas. Selalunya kalau ada perayaan-perayaan tertentu, air pasang memang akan naik. Tetapi malam semalam, air pasang memang besar. Kepada kawan2 ED, anda semua dah pernah dengar kan ED bercerita tentang air pasang besar yang naik sampai ke jalan raya? Hari ini ED nak berkongsi gambar-gambar yang berlaku malam semalam. Eksklusif ED ambil gambar untuk tatapan anda dalam segmen X-klusif!



Air pasang di jalan raya, semakin lama semakin besar

Sekali tengok, macam banjir kan?

Pemandangan dari atas rumah ED. Air pasang mula naik kira-kira pukul 1.00 pagi semalam.

Ini tempat parking kereta ED yang juga dinaiki air pasang.. huhu..

Habis, ada kereta2 jiran yang terkena air pasang..

Pukul 1.30 pagi. ED tak melepaskan peluang berjalan2 merasai air pasang Krismas..

Semalam, hampir kesemua jiran2 ED keluar untuk berjalan2 merasai air pasang tersebut. Dalam kemeriahan air pasang besar, ada juga berita duka. Ada rumah2 jiran ED yang dimasuki air. Dapur rumah ED pun dinaiki air juga. Sebelum ini, bila ada peristiwa air pasang besar, tidaklah sampai masuk ke dalam rumah. Semalam, air pasang memang sangat2 besar. 

 
Ini bahagian belakang rumah jiran ED yang nyaris2 nak dimasuki air.

Okelah, air pasang semalam surut pada pukul 2.30 pagi. Pagi ini, mesti ramai jiran2 ED yang membersihkan rumah termasuk juga ED. Huhu... Udada Ubabye!!

 Kalau anda lihat, dibelakang ED kelihatan gelap kerana pada waktu ini, bekalan elektrik terpaksa diputuskan di kawasan perumahan untuk tujuan keselamatan. Waktu ini, ED masih lagi berjalan2 di air pasang .. Hehe..


ED: Air Pasang Krismas antara air pasang paling dahsyat..

Ahad, 25 Disember 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa berakhir, Mentor 6 menyusul di TV3

Hai, malam ini ada Peringkat Akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa di TV3. Maaf, ED tidak mengikuti sangat rancangan ini. Secara jujurnya, ED tak berapa suka konsep rancangan ini. Ini merupakan pendapat peribadi ED tentang konsep rancangan ini:
  1. Konsep rancangan ini macam kurang daya tarikan. Mungkin vokal-vokal peserta di dalam rancangan ini kategori biasa sahaja. Tiada vokal yang sehebat Black dan Salma Mentor. Mungkin jangkaan ED terlalu tinggi sebab tajuknya vokal bukan sekadar rupa. Jadi, ED ingat vokal peserta lebih mantap dan mencabar daripada artis2 yang sedia ada. Tak tahu pula la malam ini.
  2. Juri Azmeer dalam pertandingan ini bahasanya terlalu kasar. Menegur secara berhemah tak boleh ke? Secara psikologi, teguran secara kasar akan membuatkan seseorang itu menyimpan perasaan dendam dan tak selesa apabila berhadapan dengan Azmeer sekali lagi. ED faham niat Azmeer baik, tetapi masih boleh diperbaiki lagi. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Para peserta yang akan bertanding malam ini ialah Asmidar dan Mafa. Mereka memang layak masuk ke peringkat akhir kerana vokal mereka paling menonjol dalam pertandingan ini. Susah nak diteka siapa yang akan bergelar juara kerana dua-duanya sama hebat. Kalau tanya ED, ED memilih Asmidar untuk jadi juara malam ini.

 Asmidar

 Mafa

Selepas Vokal Bukan Sekadar Rupa berakhir, Mentor 6 akan kembali menyusul pada Januari 2012. Tarikhnya akan diiklankan di TV3 nanti. Salah seorang mentor dalam Mentor 6 ialah Adam. Nak tahu siapa 5 lagi artis yang akan menjadi mentor pada tahun hadapan? Nantikan pengumumannya di TV3. Udada Ubabye!!

 Adam dalam Mentor 6. Akan datang di TV3.
Sumber gambar: Mstar



ED: Jangan menilai orang dari rupa parasnya..

Sabtu, 24 Disember 2011

Sah, Cinta Elysa akan disambung lagi..

 Mungkinkah sambungan Cinta Elysa akan difilemkan?
Gambar diubahsuai sumbernya daripada, Suhan Post.

Hai, ED ada berita gembira bagi peminat2 drama Cinta Elysa. Firasat ED sebelum ini akan menjadi kenyataan kerana Cinta Elysa akan disambung ceritanya. Cuma tak pasti lagi sama ada pihak penerbit mahu keluarkan Cinta Elysa The Movie atau Cinta Elysa musim ke 2. Yang penting, proposal untuk sambungan Cinta Elysa telah disiapkan. Jadi, sah la bahawa Cinta Elysa akan disambung lagi..

Bukti bahawa Cinta Elysa akan disambung lagi. Lihat petak merah pertama dalam gambar di atas. Romy Spaxco merupakan salah seorang krew produksi Cinta Elysa.
Sumber: facebook halaman Drama Suhan Movies

ED berharap agar pihak Suhan Movies akan menyambung drama Cinta Elysa 2. Sebabnya, kalau tengok drama, banyak episodnya, jadi terasa debaran di setiap episodnya. Lagipun kalau disambung dramanya, dijamin drama Cinta Elysa 2 akan lebih meletup lagi kerana drama ini sudah mempunyai pengikutnya yang luar biasa. Kalau difilemkan, penonton akan dapat melihat sambungannya sekitar 2 hingga 3 jam sahaja untuk sekali sahaja tontonan ke panggung.

Kalau ED boleh memilih, ED akan pilih sambungan drama Cinta Elysa 2.
Gambar diubahsuai sumbernya daripada, Suhan Post.

Sama ada difilemkan atau disambung dramanya, ramai yang setuju asalkan Cinta Elysa disambung. Tahniah kepada team Cinta Elysa kerana berjaya menghasilkan drama Melayu yang berkualiti dan diminati. Kalau ada apa2 perkembangan terbaharu tentang Cinta Elysa, nanti ED update lagi ye. Udada Ubabye!!



ED: Sama2 kita tunggu sambungan Cinta Elysa..

Jumaat, 23 Disember 2011

Juara The X-Factor USA 2011, Melanie Amaro

Hai, ED baru sahaja selesai menyaksikan siaran langsung Grand Finale The X-Factor USA, di saluran 5 Singapura. Sebelum ini, ED pernah buat catatan tentang rancangan ini, jadi hari ini ED nak tutup cerita tentang The X-Factor USA dengan memberitahu anda tentang juaranya. Juaranya ialah Melanie Amaro.

 Melanie Amaro menang USD5 juta.. Banyak tu...

Melanie Amaro memang layak menang sebab vokal dia sangat luar biasa. Kepada anda yang tidak dapat menyaksikan siarang langsung tadi, anda boleh menontonnya di 8tv pada 10.30 malam esok. Malam ini di 8tv, anda dapat menyaksikan 3 finalis bertanding menyanyikan 2 buah lagu. Okelah, jom kita lihat persembahan Melanie Amaro menyanyikan lagu Listen pada malam semalam. Teringat pulak ED kepada Salma Mentor 5. Hehe.. Udada Ubabye!!

 Melanie Amaro

Salma Mentor 5



ED: Rancangan tersebut memang grand!! ED suka tengok pentasnya..

Khamis, 22 Disember 2011

Menarik 2012: Drama Ampunkan Dosaku dalam Slot Azalea terbaharu di TV3

Hai, sebelum ini ED pernah beritahu anda tentang Slot Azalea di TV3 kan? Hari ini ED nak update lagi tentang slot Azalea. Slot Azalea merupakan slot baharu yang akan menggantikan slot Lagenda di TV3 pada tahun hadapan. Drama yang akan dipaparkan dalam slot ini diinspirasikan daripada filem2 klasik Melayu yang memberikan pengajaran kepada penonton. Mungkin konsepnya sama macam slot Lagenda cuma tukar nama slot sahaja. Azalea, best juga nama slot tu..

Slot Lagenda akan digantikan dengan slot Azalea pada tahun 2012

Drama pertama yang akan tayang dalam slot Azalea ialah Ampunkan Dosaku. Drama tersebut lakonan Emelda Rosmila dan Zamarul Hisham. Menurut Emelda dalam Mingguan Wanita, drama tersebut kisahnya lebih kepada kisah anak derhaka seperti cerita Anakku Sazali lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tetapi garapan ceritanya berbeza.

Emelda dan Zamarul dalam Ampunkan Dosaku

Kalau tiada pindaan, drama Ampunkan Dosaku akan ditayangkan bermula 2 Januari 2012, setiap Isnin hingga Khamis di TV3. Masanya dari pukul 4 hingga 5 petang. Sama-sama kita saksikan pada tahun hadapan ye.. ED akhiri dengan lagu Ampuni Dosaku nyanyian kumpulan D'bagindas. Udada Ubabye..




ED: Selamat menonton!

Rabu, 21 Disember 2011

Sah, Tarikh Episod Akhir Drama Tentang Dhia..

Hai, hari ini ED nak mengesahkan bahawa drama Tentang Dhia akan tamat pada minggu hadapan. Sepatutnya drama ini hanya 26 episod dan berakhir pada minggu ini, tetapi dipanjangkan lagi menjadi 30 episod. ED dah pernah bincangkan hal ini dalam catatan sebelum ini. Jom lihat gambar di bawah ini.

Bagaimana kesudahan drama ini? Apa akan jadi kepada Azmi, Dhia dan Zikir? Saksikan sendiri episod akhirnya..

Sambil2 ada ruang kosong ni, ED nak bersembang kejap. Perasan tak watak Leha dan Rohani dalam drama ni? Ala, watak mak angkat Melly dan jiran Melly di rumah flat tu.. ED suka la tengok lakonan mereka. Hehe..

Watak Rohani, sebagai mak angkat Melly.

 Watak Leha, jiran Rohani dan Melly di flat.

Terkesan betul ED tengok lakonan mereka semalam. ED rasa mereka ni pelakon baharu. Maaf, ED tak dapat cari siapa nama sebenar pelakon baharu tersebut. Apa2pun, tahniah kepada mereka berdua kerana berjaya membawakan watak mereka dengan berkesan. Okelah, ED akhiri dengan sebuah lagu latar drama ini nyanyian Opick.  Udada Ubabye!!





ED: Drama Tentang Dhia merupakan drama penutup Slot Akasia tahun 2011.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi