Memaparkan catatan dengan label Zlurpp!!. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zlurpp!!. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

(Zlurpp!!) Tapai ubi sejuk, sedapnya....

Hai, sedapnya makan tapai ubi yang baru dikeluarkan dari peti sejuk waktu panas2 macam ni. Sedikit cerita tentang tapai ubi..

Dulu waktu ED sekolah, tapai dalam bungkusan begini harganya 50 sen. Sekarang dah jadi RM1.20.

Lihatlah warna dan keempukan tapai ubi ini. Rasanya memang zlurpp!! 

ED lebih suka tapai ubi berbanding tapai pulut. Ada orang suka campur tapai ubi dalam abc atau cendol, tapi ED tak pandai pula makan macam tu. Udada Ubabye!!



ED: tapai, makanan tradisi..

Selasa, 4 Februari 2014

(Zlurpp!!) Nenas campur serbuk asam kulit limau

Hai, ED nak kongsi apa yg ED makan hari kelmarin di majlis perkahwinan sepupu di felda. Pertama kali ED makan pencuci mulut, nenas campur serbuk asam kulit limau. Alhamdulillah, sedap sangat2.....

Nenas campur serbuk asam kulit limau. Rasanya masam masin manis. Zlurpp!!

Boleh juga makan macam ni, nenas cicah serbuk asam kulit limau.

Terima kasih Mak Ngah bagi serbuk asam kulit limau ni.. Boleh makan dengan buah lain..

Mana dapat serbuk asam kulit limau ni? Serbuk kulit limau ni daripada asam kulit limau, lepas tu kisar sendiri. Serius, memang sedap nenas campur asam kulit limau tetapi hati2, nanti lidas. Udada Ubabye!!



ED: memang lidah tengah lidas ni..

Isnin, 18 November 2013

(Zlurpp!!) Mi Hot Plate Tesco Desa Tebrau

Hai, selepas dari klinik, ED singgah ke Tesco Desa Tebrau. Tujuannya untuk makan. Makanan yg menepati citarasa tekak ED hari ini ialah mi hot plate. Sedap ke tak? Lihat ni..

Mi hot plate Tesco Desa Tebrau. Harga RM6.70. 

Rasanya zlurpp!! juga...

Selalu ED pilih yee mee, hari ni tukar mi kuning pulak.

Jemput makan! 

Alhamdulillah, sedapnya dapat makan makanan berkuah di kala demam begini. Udada Ubabye!!



ED: mi hot plate mengenyangkan..


Sabtu, 16 November 2013

(Destinasi) Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka

Hai, masih cerita di Melaka. Kelmarin, sebelum balik ke JB, ED dan kawan2 singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka. 

Datang sini untuk makan malam.

Kami makan di sini. Umbai Grill Fish.

Air Milo ais. Semua air sejuk guna gelas besar macam ni. Memang puas!

ED tak sempat ambil gambar makanan sebab nak cepat. Di sana, ED makan ikan pari bakar, tom yam dan siakap steam. Memang sedap! Lebih2 lagi pencicah sambal kicapnya. Udada Ubabye!!



ED: murah juga makan di sana!

Jumaat, 15 November 2013

(Destinasi) Merlimau Melaka

Hai, semalam ED pergi ke Merlimau Melaka untuk menziarahi kawan sekerja yang telah kehilangan bondanya. ED tak sangka, kawan rapat ED di sekolah juga kehilangan salah seorang orang tuanya pada tshun ini. Sebelum ini, ayah ED meninggal dunia. Semalam, ibu kawan ED pula meninggal dunia

Hanya gambar ini yang ED ambil. Sebelum pulang, kami singgah di Masjid Merlimau ini.

Takziah untuk kawan rapat ED di sekolah. Semoga tabah di samping keluarga. Semalam ED sampai di rumah pada pukul 11.30 malam. Seketika sahaja berada di Melaka. Udada Ubabye!!



ED: dapat rasa apa yg dirasai kawan ED..

Sabtu, 9 November 2013

(Zlurpp!!) Kek Keju Meleleh, sedapnya..

Hai, ED baru rasa kek keju meleleh yang semakin popular sekarang ni. Patutlah popular sebab memang sedap! Lihat gambar2 ini dan bayangkan kesedapannya. Hehe..

Yang ini Kek Keju Meleleh Red Velvet. ED makan ni semalam..

Rasa manis dan lemaknya memang zlurpp!! Harga RM5 untuk saiz kecil macam ni.

Sesudu kek ini mana cukup? Hehe..

Yang ni Kek Keju Meleleh Coklat. Yang ni lagi sedap!! Untuk saiz besar ni harganya RM16.

Rasanya macam kek coklat indulgence yang dekat kedai kek ternama tu..

Serius, memang sedap!

Alhamdulillah, kek ini kawan ED beri secara percuma semalam. Terima kasih ye.. Jika anda yang berada di JB dan nak order, layari facebook Mama's Cake & Bakery House. Banyak lagi pilihan pencuci mulut di sana. Udada Ubabye!!



ED: bagi ED yang coklat lebih sedap!

Ahad, 3 November 2013

(Destinasi) Nusajaya International Triathlon 2013 di Pearl Harbour

Hai, antara aktiviti ED pagi tadi ialah menyaksikan acara yg pertama kali diadakan di Pearl Harbour, Nusajaya. Ini dia..

Nusajaya International Triathlon 2013. Aktiviti berenang, berbasikal dan berlari dalam satu acara.

Puteri Harbour, Nusajaya.

Krew2 tengah bekerja mengangkat kayak

Garis penamat..

Gambar ini tidak diedit. Memang panas terik di Pearl Harbour.
Gambar ini diambil menggunakan ipad mini.

 Gambar2 ini diambil menggunakan kamera Nikon AW100.

 Pearl Harbour. Cantik kan?

 Acara mengayuh basikal.

 Nampak penat tapi para peserta begitu semangat menyertainya..

 Bergambar di sebalik pemandangan Pearl Harbour yang indah..

ED tak tunggu sampai acara tamat sebab tak tahan bahang dan panas terik. Lagipun ED ada aktiviti lain lagi hari ini. Dapat tengok sikit pun jadi la.. Setakat ini sahaja cerita ED untuk Triathlon di Nusajaya. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: Nusajaya memang cantik..

(Zlurpp!!) Resipi Kek Coklat Choki-Choki

Hai, semalam entah kenapa ED tiba2 bersemangat nak buat kek. Bahan2 dah ada, cuma tinggal beli telur sahaja. Bahan2 tu semua baki dari buat kek pada Aidilfitri lepas. Inilah kek yang ED buat semalam.

Kek coklat Choki-Choki. Hehe.. Choki2 tu hiasan sahaja tapi sedap woo....

Nah, ED kongsi resepi mudah buat kek ni.. Mula2 pukul secawan marjerin bersama 2 cawan gula ( manis ikut suka). Lepas tu, masuk 5 biji telur & esen vanila. Lepas tu, masuk sesenduk susu pekat. Lepas tu, masuk 200 gram tepung kek Blue Key dan serbuk koko ikut suka.

Masuk adunan dlm loyang dan bakar kira2 30 minit. Jadilah kek coklat seperti ini. Atas kek nampak lembap sebab kesan susu pekat di dalamnya.

Akhir sekali, letak choki choki di atas kek dan makan. Zlurpp!!

Mudah bukan? Selamat mencuba! Udada Ubabye!!



ED: choki-choki pengaruh drama Love You Mr. Arrogant. Hehe..

Rabu, 16 Oktober 2013

(Zlurpp!!) Sedapnya otak-otak sambal kacang

Hai, aktiviti ED petang ini ialah membakar otak-otak. Ada sesuatu yang ingin ED kongsikan kepada anda tentang otak-otak ni. Lihat ceritanya di bawah ini..

Membakar otak-otak di belakang rumah. Jika anda lihat betul2, ada monyet dalam pokok ini..

Perkara yg ED cuba untuk tak nak buat ialah menghidupkan bara.. Setengah jam baru jadi..

Otak-otak Kempas sedia dibakar.. Beli dari kilang.

Ha, inilah yg ED nak kongsi. Sedapnya makan otak-otak dengan sambal kacang..

Memang zlurpp!!! Terasa masin, pedas, manis dan kerangupan kacang dalam mulut.

Daripada gambar ini, nampak kelazatannya kan?

Cubalah makan otak-otak dengan sambal kacang. Suatu inovasi resipi yang menggiurkan. Udada Ubabye!!



ED: sambil bakar, sambil online.. Hehe..

Selasa, 15 Oktober 2013

(Zlurpp!! Aidiladha) Agar-agar gula merah boyan

Hai, di dapur ada gula merah dari boyan Indonesia. Jiran ED dah lama bagi gula merah tu.. Jadi, disebabkan semua ahli keluarga ada di rumah, ED jadikan gula merah tersebut agar-agar santan gula merah. Bukan magic tapi kena masak. Jom, ED kongsikan proses2 menyiapkan agar2 ini...

Ini gula merah pemberian jiran ED. Dia orang boyan Indonesia. Jadi, ED namakan gula merah ini sebagai gula merah boyan. Gula merah ni dari Indonesia.

Cairkan gula merah.

Masukkan santan, gula pasir dan daun pandan..

Masukkan agar2..

Didihkan..

Sejukkan seketika..

Masukkan dalam bekas dan tunggu sampai keras..

Dah keras, potong dan makan.. Zlurpp!!

Rasa manisnya sedang2 sahaja... 

Mudahkan? ED sempat ambil gambar di atas supaya tidak bosan di dapur. Hehe.. Selamat mencuba! Udada Ubabye!!



ED: ini agar2 Aidiladha. Hehe..

Khamis, 10 Oktober 2013

(Zlurpp!!) Kek Coklat Lembap

Hai, kek coklat lembap ED dah sampai. Oh, lupa.. Minggu ni ED order kek ni dengan jiran ED. Beginilah rupa kek coklat lembapnya..

Kek coklat lembap.

Lembap dan kaya coklat..

Zlurpp!!

Sepotong ni untuk ED..

Kadang2 lihat gambar makanan membuatkan kita ceria. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: sesuai dijadikan pencuci mulut

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi