Selasa, 3 April 2012

50 000

Hai, kepada anda yang suka baca kisah ED di sekolah, catatan hari ini untuk anda. Bila jadi guru bertugas mingguan, ada-ada sahaja kisahnya. Kalau murid2 ada masalah, mereka akan berjumpa dengan guru bertugas mingguan. ED menjadi guru bertugas pada minggu ini. Hari ini, ED bertugas sebagai guru yang bercakap pada perhimpunan pagi. Tiba2, ada dua orang murid datang berjumpa dengan ED. Masalah apa? Baca kisah selanjutnya di bawah ini.


Dua orang murid tersebut berjumpa ED kerana mereka terjumpa duit di kawasan sekolah. Jadi, ED harus memaklumkannya kepada murid2 lain dalam perhimpunan pagi tadi. Apa yang menariknya, seorang murid berjumpa RM2 di kawasan sekolah. ED sempat ambil gambar duit tersebut. Hehe..

 Yang arnab tu, pemberat kertas ED. Hehe..

Seorang murid lagi kisahnya lebih menarik lagi. Dia terjumpa 50 000. Betul, ED tak tipu. Jika anda fikir 50 000 rupiah, anda akan silap besar. Ini bukan gurauan tapi betul2 jumlahnya 50 000. Jom lihat duit yang dijumpai oleh murid tersebut pagi tadi.

 Inilah duitnya, 50 000 Rial (duit Iran)

 Ini muka belakang duit Iran tersebut.

Pelik tapi benar. Murid tersebut telah menjumpai sekeping duit kertas Iran berjumlah 50 000 Rial di kawasan sekolah. Siapakah pemilik duit Iran tersebut? Hari ini duit2 tersebut tidak ada yang menuntut. Terpaksalah ED simpan dahulu duit tersebut sehingga ada yang menuntutnya. Udada Ubabye!!





ED: Pengalaman pertama kes jumpa duit Iran 50 000 Rial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi