Selasa, 3 April 2012

Burung berdarah?

Hai, pada hari Jumaat lepas, ED bangga melihat 2 orang murid kelas ED menyelamatkan seekor burung yang tercedera di sekolah. Pada waktu bacaan Yasin, mereka telah memberitahu ED bahawa burung yang ada di tangan mereka cedera dan tidak boleh terbang. Jadi, ED meminta mereka meletakkan burung tersebut di padang. Hari ini, 2 orang murid yang menyelamatkan burung pada minggu lepas berjumpa ED lagi. Isunya masih tentang burung lagi. Kisah di bawah ini agak ngeri dan jika anda tidak tahan, jangan teruskan membaca.


Semasa perhimpunan rehat pagi tadi, 2 orang murid tersebut datang berjumpa ED untuk memberitahu tentang burung yang sakit. Ikuti dialog di bawah ini dan bersiap sedia untuk merasakan kengeriannya..

Murid: Cikgu, burung Man (bukan nama sebenar) sakit!

ED: Burung Man? Dia bawa burung ke sekolah ke?

Murid: (dia serba salah nak cakap...)

ED: Man bawa burung ke?

Murid: Sebenarnya, burung "tuuutt..." Man yang sakit. Keluar darah cikgu.

ED: Kenapa berdarah?

Murid: Ada orang tumbuk "tuuutt..." dia.

Perasaan ED masa itu sangat cemas. Masalah apa lagi yang ED kena uruskan ni? ED baru teringat, Man baru lepas bersunat masa cuti sekolah yang lalu. ED khuatir dia masih belum ok lagi. ED segera mencari dan berjumpa dengan Man.

ED: Betul ke, awak punya tu berdarah?

Man: A,a cikgu tapi dah ok.

ED: Awak sunat dah baik ke belum?

Man: Dah cikgu.

ED: Habis tu, macam mana awak tahu yang awak punya tu berdarah?

Apa jawapan Man? Setelah mendengar jawapan Man, ED lega sebab ED rasa dia hanya menipu ED dan kawan-kawannya. Jom ikuti dialog terakhir Man dan ED.

Man: Tadi, bila murid tu tumbuk "tuutt..." saya, saya rasa ada benda jatuh dalam seluar saya. Saya rasa tu darah la cikgu.

ED: Ok. Dah la, pergi beratur balik.

Setelah ED amati dan mendengar cerita Man, ED dapati dia hanya melebihkan-lebihkan cerita. Sebab yang paling jelas, mukanya selamba dan macam tiada apa2 yg berlaku. Jika anda baca dialog Man dan ED, anda boleh rasa apa yg ED rasa. Mungkin itu halusinasi dia sahaja. Maklumlah, murid2 kan kadang2 suka berhalusinasi. Tapi apa2 pun, ED bersyukur kerana Man tiada apa2. Jika tidak, 1 kes lagi ED kena uruskan minggu ini. Udada Ubabye!!





ED: Macam2 hal la hari ini jadi guru bertugas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi