Hai, catatan hari ini tentang kisah ED di sekolah. Dah sedia? Sedang ED mengajar Moral di kelas 3 Berlian tadi, ada 3 orang murid 4 Baiduri (anak murid ED) datang dan memberikan ED surat cinta kawan mereka. Mereka mengadu bahawa murid tersebut nakal dalam kelas dan membawa surat cinta ke sekolah. Murid tersebut memang terkenal dengan sifat2 negatif seperti malas, ponteng kelas dan sebelum ini murid tersebut telah ditangkap basah kerana mencuri pensel Shaker. Ceritanya ada di sini.
ED terkejut melihat surat cinta murid tersebut. Senakal2 dia, dalam hati ada taman. Jom lihat surat cinta dia bersama perempuan yang disukainya. So romantik! Hehehe...
Ini surat daripada murid lelaki kelas ED: Faham tak? Ini sarikata untuk surat tersebut: "tuutt.." love "teett..", aku suka "teett.." love love love. Haha.. Aku kasi engkau RM1.00 dan pensel Shaker kosong. Yang seterusnya ED dah tak faham apa yang cuba ditulisnya.. Huhu..
Ini adalah sampul surat rekaan murid itu sendiri, kertas kosong digam dan diwarnakan hijau dengan pensel warna. Di dalamnya mengandungi wang RM1.00 dan pensel Shaker tanda sayang murid lelaki tersebut. Romantik tak? Hehe..
Ini adalah surat balasan daripada pihak perempuan sebelum ini. Rupa-rupanya murid perempuannya darjah 6. Beza 2 tahun daripada murid lelaki tersebut. Ayatnya memang tak boleh tahan, mengalahkan pasangan dewasa bercinta. ED rasa tulisannya sangat jelas untuk anda baca sendiri.
Baru darjah 4 dah pandai macam ni. Walaupun daripada kelas terakhir, namun surat yang dipaparkan membuktikan tentang kematangan mereka. Inilah realiti budak2 zaman sekarang. Yang ED geram, dalam kelas tak nak belajar, ada hati nak pikat murid perempuan. ED sempat memanggil dan menemubual murid tersebut. ED akhiri dengan perbualan tersebut. Anda baca dan buat penilaian sendiri ye. Udada Ubabye!!
ED: Betul ini surat awak?
Murid: Betul.
ED: Siapa murid perempuan ni?
Murid: Dia satu tempat ngaji dengan saya.
ED: Kenapa awak nak bagi dia duit dan pensel?
Murid: Sebelum ni, dia pun ada bagi barang kat saya.
ED: Awak dah nak kahwin ke?
Murid: Kecik2 ni, kita kawan dulu. Nanti besar ....
ED: Nanti besar apa? Kahwin?
Murid: (Diam dan tak berani berkata apa2 lagi..)
ED: Saya jumpa lagi surat macam ni, saya bagitahu bapak awak..
ED: Ibu bapa, sila awasi anak2 anda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan