Selamat Hari Guru!
Hai, ini dia coretan untuk anda tentang sambutan Hari Guru di sekolah ED pagi tadi. Mesti ada segelintir pembaca yg nak tahu kan? Jom lihat gambar2 di bawah ini kerana di setiap gambar, ada lagu. Ops, silap! Itu iklan Canon Yuna.. Yang betul, kerana di setiap gambar, ada ceritanya..
Pagi tadi hujan, sambutan Hari Guru tetap dijalankan di dewan yang agak sesak
Disebabkan dewan tak muat, murid2 darjah 1 dan 2 dikumpulkan di Bilik JQAF yang berdekatan dgn dewan. Kenapa gambar kasut? Sebab ED tertarik tengok nama2 yg ditulis dekat kasut. Dijamin, mesti tak hilang dan tak tertukar..
ED sempat bergambar di belakang murid2 yang berkumpul. Hehe..
Taraa.... ED bertukar baju. Ini waktu sukaneka guru2.
Selepas sukaneka, murid2 & guru2 disajikan dengan persembahan murid2 & guru. Ini gambar pasukan Bicara Berirama bimbingan ED & rakan2.
Terima kasih murid2. Antara hadiah yg ED dapat.
Terharu bila ada murid yg selalu ED marah menghadiahkan ED sebiji kek coklat moist dan kain potong.
Hadiah paling cute, ED dapat 2 coklat Apollo. Murid bagi macam ni je..
Ada juga murid yang beri ED bunga mawar segar.
Iklan sekejap, kawan ED dapat hadiah rotan. Murid dia bagi. Yang comelnya, rotan sebatang itu dibalut separuh dan diletakkan riben hijau.
ED suka hadiah payung ni daripada Kelab Pusat Sumber sekolah. Waktu hujan2 macam ni, memang sesuai dapat hadiah payung.
Hadiah tuala muka daripada Kelab Pengawas.
Ini hadiah semasa pertukaran hadiah sesama guru. ED dapat hadiah tikar lantai buluh.
Itulah sedikit corat-coret sambutan Hari Guru ED. Perkongsian ini bukan untuk menunjuk tetapi untuk menghargai pemberian mereka di blog ini. Terima kasih sekali lagi kepada murid2 dan semua pihak yang memberikan ED senyuman. ED akhiri dengan sekeping gambar lagi. Udada Ubabye!!
Terima kasih kepada murid2 yg mengundi ED. ED dapat Anugerah Guru Prihatin. Pelik, tapi dah orang undi, ED terima je la.. Hehe..
ED: Alhamdulillah, hari ini indah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan