Sabtu, 28 Februari 2015

(Tonton) Drama Dan Calonnya Adalah 2 lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

Kuala Lumpur, 27 Februari 2015 – Portal video no.1 Malaysia, TONTON kembali dengan sambungan kepada siri original popular, ‘Dan Calonnya Adalah’ selepas kejayaan musim pertama pada Mei ini.

 

Musim pertama siri original Tonton ini dijayakan oleh barisan pelakon terkenal, Faralyna Idris dan Anding Indrawani, dibantu oleh Maria Tunku Sabri, Harris Alif, Anas Ridzuan, Amar Baharin dan pelakon Korea, Kim Jin Sung.

 

Untuk musim kedua, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ dibintangi oleh pelakon popular Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai watak utama. Drama komedi romantik 20-episod ini dijadualkan tayangannya di Tonton bermula 4 Mei 2015.


Zara Zya dan Aaron Aziz

Musim kedua mengikuti kisah Aris, seorang anak hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin dan merancang untuk mengahwininya. Tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibunya, Datin Zana yang kemudiannya meletakkan satu syarat, di mana jika Aris ingin mengahwini Yasmin, dia perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 wanita lain. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri.

 

Siapakah yang berjaya menawan hati Aris dan ibunya?

 

Jenama produk penjagaan dan penataan rambut premium, Ma Chérie tampil sebagai penaja utama ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’. Ma Chérie bersama Tonton telah menganjurkan peraduan atas talian ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ dari 24 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015, bertujuan untuk mencari seorang calon ideal yang boleh mewakili Ma Chérie serta berbakat dalam bidang lakonan.  Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta produk Ma Chérie dan Za bernilai RM2,500, dan peluang membintangi  ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ bersama Aaron Aziz dan Zara Zya.

 

Para peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka mengikut tiga watak lakonan iaituDiva, Garang dan Gembira. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan malah ramai yang memenuhi kriteria asas yang dicari.  Pemilihan berdasarkan undian online (30%) di lamanwww.tonton.com.my/dancalonnya dan penilaian juri (70%) yang terdiri daripada pihak Ma Chérie, Media Prima Digital dan Double Vision (produksi).


Barisan panel juri telah memilih beberapa orang calon yang berpotensi tinggi. Walaubagaiamanpun, mereka mendapati Cik Wan Anisa Binti Rodzlan Hasani adalah yang paling layak dan sesuai untuk mencapai objektif Ma Chérie  iaitu untuk mencungkil bakat baru dan menjadikan impian seorang gadis menjadi kenyataan. Pemenang untuk ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ ini juga dikenali sebagai Nisha Rodzlan, berumur 21 tahun berasal dari negeri Kelantan. Kebetulan pula, Nisha sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang teater di ASWARA (tahun kedua). Peluang ini akan membawa banyak kebaikan untuk dirinya. Nisha bakal menjalani sesi latihan bersama jurulatih drama terkemuka, Puan Fatimah Abu Bakar. Sesi dandanan akan diadakan pada keesokan harinya. Impian akan menjadi kenyataan buat Nisha dan ini selaras dengan tema Ma Chérie iaitu sebuah impian, jenama menarik yang memberikan kemanisan pada hidup anda.

 

Daftar akaun Tonton secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android dan iOS) untuk menyaksikan siri original Tonton, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ pada bila-bila masa di mana jua. Ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter dan Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini. Udada Ubabye!!




ED: Nantikan Mei ini..

Jumaat, 27 Februari 2015

(Iris TV3) Sinopsis drama Suami Sebelah Rumah

Hai, berikut sinopsis drama adaptasi novel, Suami Sebelah Rumah di slot Iris TV3.

Izzue Islam dan Ayda Jebat
http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6640?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

Sinopsis:

Sudahlah mereka tinggal berjiran dan diganggu dengan kehadiran Izzue setiap hari di rumahnya, Ayda juga rimas apabila keluarganya, melebihkan Izzue daripada dirinya terutamanya Mak Non, ibu Ayda. Izzue juga pernah cuba meminang Ayda tetapi ditolak kerana Ayda cintakan orang lain. Eh.. tapi betul ke Izzue cuba meminang Ayda sedangkan Izzue sudah beristeri? Mesti semua orang tertanya-tanya.. tetapi itu hanyalah sekadar lakonan mereka berdua bagi drama bersiri terbaharu Suami Sebelah Rumah yang bakal disiarkan di slot Iris bermula 2 Mac ini di TV3. Suami Sebelah Rumah terbitan JS Pictures ini adalah hasil adaptasi karya novel oleh Ana Sofia ini buat pertama kalinya menggandingkan Izzue Islam dan Ayda Jebat. Turut sama berlakon drama yang diarahkan oleh Azman Hj. Yahya ini adalah Sheila Mambo, Nazrief Nazri, Ben Amir, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad dan Hanna Aqeela.

Ayda Jebat yang memegang watak sebagi Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan lakonan Nazrief Nazri meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan mereka. Amar, lakonan Izzue Islam yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna! 

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu? Saksikan gelagat mereka dalam drama 20 episod ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang hanya di TV3. Untuk siaran ulangan sila layari www.tonton.com.mydan layari laman web www.tv3.com.my serta sosial media TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sumber: facebook Galaksi Media


Selamat menonton. Udada Ubabye!!




ED: bertambah lagi jadual tengok tv petang korang kan?

Khamis, 26 Februari 2015

(Sembang) Bagaimana penulis novel Teman Lelaki Upahan dapat idea untuk watak Kyra Lydia dan EL?

Hai, ED sangat suka drama Teman Lelaki Upahan TV3. Watak utama dlm drama tersebut lain daripada yg lain. Jom ketahui daripada penulis novel ini, bagaimana Zuera Rasiddin mendapat idea utk mencipta watak EL dan Kyra Lydia dlm karyanya. Menurut penulis...

Well ada org tanya saya. Mana saya dapat idea utk watak EL dan Kyra Lydia. So ini jawapan dia.

Siti Elizad sebagai Kyra Lydia

Kyra Lydia - selalu kalau cete kawen paksa, lelaki tu mesti (kbanyakkannya) ada gf. Then kena kawen dgn girl lain. Mula2 lelaki tu x suka bini die and end up suka. GF dia plak akan cari alternatif tuk hancurkan rumah tangga BF die. Kiranya watak jahat. 
Saya nak selami watak perempuan jahat nie. Sbb tu sy cipta watak Kyra Lydia. Haidar kawen dgn Najwa. Then Lydia cuba dapatkan Haidar semula tapi Najwa x cepat melatah. Yes, mula2 org benci dgn Lydia ni... tp lama2 mereka akan faham sendiri. Hang tak tgk lg Cik Kyra kita menangis. Huhuhu.

Ungku Ismail Aziz sebagai EL

EL - saya mmg nak cipta watak lelaki yg happy go lucky, nakal (tapi x senakal dlam drama. Dlm drama EL tersangat nakal n gudjob to @ungkuismailaziz sbb dia improvised d character), family man, pentingkan agama n dats y dia x suka Kyra pegang2 die. 
EL ni seolah2 hadir dalam hidup Kyra Lydia utk ubah gadis itu. Bak kata Pn Sri Sanisah, nak cantikkan sikap Lydia yg hodoh tue. 
#TemanLelakiUpahan
Sumber: instagram @zuerarasiddin

Zuera Rasiddin (bertudung) bersama pelakon TLU

Tahniah untuk penulis dan team drama ini sebab drama ini mendapat maklum balas positif daripada penonton. Ramai yg suka tengok drama ini kerana pelakonnya sangat berkesan membawakan watak yg diberi. Udada Ubabye!!



ED: Terbaik!!!

(Instamadah) 030 Jika diduga dahsyat...

Hai, ED cipta instamadah ini berdasarkan kisah ED semalam dan hari ini..


Alhamdulillah, masalah besar yg ED hadapi semalam dah selesai dgn mudah. Lepas tu, dilema yg ED hadapi juga dah selesai. Demam je belum baik lagi. Udada Ubabye!!



ED: cerita apa, biarlah rahsia..

Selasa, 24 Februari 2015

(Instamadah) 029 Kita mesti kuat

Alhamdulillah, selamat tak jadi demam.. Tadi balik kuliah, badan dah mula sejuk semacam dah.. Mungkin sejuk sangat air cond dlm kelas petang tadi. Sempat buat instamadah untuk malam ni waktu badan tak sedap tadi..


ED makan 2 biji Panadol dan dengan izin Allah, dalam sejam badan dah mula berpeluh.

Okelah, selamat malam semua! Udada Ubabye!!



ED: Mimpi yg indah2!

(Samarinda TV3) Drama Bencinta ganti Tabir Zulaikha

Nantikan Mac ini..

Drama Bencinta lakonan Fathia, Fattah dan Erwin Dawson.

Poster drama ni dah siap..

Drama ini akan menggantikan drama Tabir Zulaikha dlm slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!!



ED: update ringkas hari ini..

Isnin, 23 Februari 2015

(Akasia Ramadan TV3) Drama Syurga Nur, mulai Jun 2015

Hai, drama Akasia Ramadan TV3 pada tahun ini semestinya akan mencuri perhatian & menyayat hati penonton. Nantikan, drama Syurga Nur lakonan hebat Amar Asyraf, Janna Nick, Azrel Ismail, Raja Ilya, Sheila Rusly dan ramai lagi pada bulan Ramadan ini. Jom tengok sedikit gambar2 dalam drama ini yg membuatkan anda tak sabar ingin menontonnya.

Azrel Ismail dan Janna Nick

Babak pernikahan Azrel Ismail dan Janna Nick ini seperti real


Janna Nick sebagai Nur yg sentiasa ditimpa dugaan berat dalam hidupnya

Drama ini terbitan JS Pictures. Banyak babak sedih tau!! ED yakin drama ini akan menjadi buah mulut penonton pada bulan puasa nanti. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan...

(Instamadah) 028 Jauhi sifat mata duitan

Hai, selamat pagi! ED nak kongsi instamadah ni..


Pesanan ini untuk kita semua. Udada Ubabye!!



ED: kerana wang kadang2 nyawa melayang..

Ahad, 22 Februari 2015

(Tahniah!) Azmil protege Dayang Nurfaizah juara Mentor Legend TV3

Akhirnya, Azmil protege kepada Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara Mentor Legend TV3.

Dayang Nurfaizah dan Azmil

Para finalis berserta hadiah masing2.
Sumber gambar: fb hotfm

Juara Mentor Legend akan menerima RM300k, sebuah kereta Proton Iris setiap seorang, trofi dan hadiah lain seperti baucar Zalora RM10k dan TV besar. Wah, bestnya dapat hadiah kereta! Tahniah untuk Azmil. Udada Ubabye!!



ED: Mesti pemenang tak boleh tidur malam ni..

(Sembang) Juara pilihan ED dalam Final Mentor Legend ialah..

Hai, 8.30 malam ini bermulalah pertarungan sengit antara Sarah, Azmil dan Aina dalam Mentor Legend Akhir di TV3. Korang sokong siapa?

Sarah, Azmil dan Aina versi lego. Cute kan mereka?
Sumber gambar: instagram _legography

Ini protege pilihan ED. ED rasa Aina boleh jadi juara malam ni. Vokal Aina memukau!!
Sumber gambar: instagram @tontonmy

Undian daripada penonton bernilai 30 markah. Jom, vote Aina.

Selamat maju jaya kepada Aina untuk pertandingan malam ni. Sebenarnya, ketiga2 finalis hebat tetapi mesti ada seorang sahaja juara. Udada Ubabye!!



ED: bestnya juara Mentor Legend dapat kereta Proton Iris malam ni..

Sabtu, 21 Februari 2015

(Instamadah) 027 Pengorbanan seperti lilin

Kita tidak dapat lari daripada pengorbanan. Ada ketika, kita memang perlu berkorban.


Kalau anda sanggup berkorban, anda diibaratkan seperti lilin. Udada Ubabye!!




ED: lebih baik jadi lilin daripada jadi batu api..

(OST) Lagu latar drama Teman Lelaki Upahan, Maafkan - Ir Radzi

ED suka lagu latar drama Teman Lelaki Upahan yang ni.. Lagu ni dimainkan ketika babak Kyra Lydia teringat balik hubungan dia dengan Haidar dalam episod semalam (episod 8).

Kesian tengok Kyra Lydia ditinggalkan oleh Haidar dlm drama ni..


Ir Radzi

Lagu Maafkan Aku nyanyian Ir Radzi. Memang feeling dengar lagu ni. Udada Ubabye!!



ED: best lagu & suara Ir Radzi ni..

(Dahlia TV3) Tarikh siaran drama Eksperimen Cinta

Hai, drama terbaharu Eksperimen Cinta akan menyusul selepas tamat drama Asam Pedas Untuk Dia dalam slot Dahlia TV3. Berikut dijangka tarikh siaran drama Eksperimen Cinta..

Mulai 11 April 2015

Pelakon utama Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad

Tengku Aaron dan Damia Farisha

Nantikan keserasian Fahrin dan Izreen dalam drama ini di slot Dahlia TV3. Udada Ubabye!!



ED: wah, banyak drama adaptasi novel tahun ni di TV3..

Jumaat, 20 Februari 2015

(Instamadah) 026 Dugaan pengukur iman

Allah tidak akan menguji di luar kemampuan umatnya.. Jika diri diuji, sila ingat ini..


Harap2 bila ditimpa musibah, kita tidak berpaling daripada memohon pertolongan kepada Allah. Bila diuji juga, harap2 iman kita lebih tinggi lagi. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam..

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Hati Perempuan

Hai, drama adaptasi novel Hati Perempuan akan menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia TV3. Berikut dijangka tarikh siaran drama Hati Perempuan.

Mulai 30 Mac 2015 lakonan Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan

Nantikan drama terbaharu ini, penghujung bulan hadapan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Mia Ahmad mirip Shila Amzah la..

(Mi Casa) Bermalam di rumah sendiri

Hai, setelah sebulan setengah tak jenguk rumah, semalam ED sekeluarga bermalam di rumah ED. Tidur untuk semalam sahaja. ED sampai di rumah malam semalam, hari ini lepas Subuh, inilah aktiviti ED..

Keluar rumah, ambil angin segar dan melihat pokok nangka ED yang semakin membesar.

Pokok nangka ED sekarang lebih tinggi daripada ED. Ni muka baru bangun tidur pagi tadi.. Hehe..

Aktiviti lain, semestinya membersihkan lalang dan semak-samun yg tidak diperlukan di halaman rumah ED. Inilah hasilnya. Banyak juga...

Sebelum balik pukul 8.30 pagi tadi, sempat tangkap gambar suasana pagi di rumah ED.

Cuti raya Cina, kawan2 balik kampung, ED balik dan tengok rumah sendiri. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: Beginilah aktiviti cuti ED hari ini..

Khamis, 19 Februari 2015

(Sembang) Selamat Tahun Baharu Cina!

Hai, hari ini ED nak ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada kawan2 ED dan pembaca blog EDtv yg berbangsa Cina (ada ke?).. Tahun ini ialah tahun kambing.

Selain dapat limau mandarin, kacang dan gula2 di sekolah, ED dapat asam peach ni juga. Best2...

Kebiasaannya, di tempat kerja memang cikgu2 berbangsa Cina akan belanja limau, kacang dan kadang2 asam sempena Tahun Baharu Cina. Jadi, memang terasa suasana Gong Xi Fa Chai tu.. Udada Ubabye!!




ED: berhati2 juga kepada yg pulang ke kampung

Rabu, 18 Februari 2015

(Instamadah) 025 Hati manusia sukar dijangka

Pernahkah anda salah sangka kepada seseorang? Anda ingat seseorang itu baik kepada anda kerana dia suka anda, tetapi sebaliknya.. Ataupun seseorang yang anda rasa tak suka kepada anda tetapi sebenarnya, dialah yang prihatin kepada anda?


Sesungguhnya, hati manusia sukar untuk dijangka. Udada Ubabye!!



ED: nak tidur awal mlm ni..

(Iris TV3) Tarikh siaran drama Suami Sebelah Rumah

Hai, inilah tarikh siaran drama adaptasi novel, Suami Sebelah Rumah..

Drama Suami Sebelah Rumah mulai 2 Mac 2015

Nantikan drama lakonan gandingan Izzue Islam dan Ayda Jebat ini dalam slot Iris TV3, Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang. Bertambah lagi la jadual anda menonton tv di petang hari kan? Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Selasa, 17 Februari 2015

(Instamadah) 024 Jangan terlalu bersedih

Hai, jika anda sedang menerima dugaan berat, ini instamadah untuk anda..


Apapun situasi kita, pasti ada pro dan kontra. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam..

(Iris TV3) Drama Suami Sebelah Rumah, Mac ini..

Hai, nantikan drama adaptasi novel Suami Sebelah Rumah mulai Mac ini dalam slot Iris TV3.

Ayda Jebat dan Izzue Islam, pelakon utama.

Slot Iris setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang di TV3 menggantikan drama Yes Boss! Udada Ubabye!!



ED: lepas Iris, tengok Akasia pulak..

Ahad, 15 Februari 2015

(Instamadah) 023 Nasib malang itu menyakitkan..

Hai, mungkin ini antara hikmah jika kita bernasib malang..


Sesungguhnya, Allah suka akan hambanya yang selalu meminta-minta kepada Nya. Udada Ubabye!!



ED: malang hanya sementara..

Sabtu, 14 Februari 2015

(Instamadah) 022 Jangan berputus asa

Hai, pernah tak anda gagal setelah berusaha bersungguh2? Sakit rasanya tetapi ada hikmahnya.


Janganlah ada perkataan berputus asa dalam kamus hidup kita. Udada Ubabye!!



ED: terus bangkit ye..

(Sekolah) Maulidur Rasul 2015 bersama PU Hafiz

Hai, malam semalam sekolah ED mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2015. Penceramah jemputan pada tahun ini sangat istimewa iaitu PU Hafiz, juara Pencetus Ummah musim pertama Astro Oasis. Ceramah daripada beliau memang terbaik!!

 PU Hafiz mengimamkan solat Maghrib berjemaah

PU Hafiz menyampaikan ceramahnya..

 PU Hafiz menitiskan air mata ketika memberikan ceramah tentang Nabi Muhammad SAW

ED & rakan2 tidak melepaskan peluang bergambar dengan PU Hafiz

Macam biasa, lepas program sekolah, mesti bergambar dengan kawan2. Kenangan tu..

Keseluruhannya, majlis semalam berlangsung meriah dengan kehadiran ramai ibu bapa dan murid-murid pun teruja mendengar ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini. Udada Ubabye!!



ED: suka babak sedih ceramah PU Hafiz..

(Peraduan) NIVEA’s “BE GORGEOUS & WIN RM 88,888*” CNY PROMOTION

Hai, ada berita baik untuk pengguna produk Nivea! Beli produk Nivea minimum RM15 dalam satu resit dan menangi hadiah wang tunai RM88, 888. Maklumat lanjut, baca ni..

Kuala Lumpur, 5th February 2015 - From 1- 28 Feb, NIVEA is proud to present their CNY Promotion themed “Be Gorgeous & Win RM 88,888*”. One stands a chance to win more than RM 88,888 worth of prizes by joining the “Be Gorgeous and Win RM 88,888*” contest.


Consumers will be entitled to have a chance to win fabulous prizes with a minimum purchase of RM 15 of the participating NIVEA and/or NIVEA MEN products in a single receipt from any participating nationwide outlets. One receipt is entitled to one contest entry only and participants will need to retain the original printed receipt as proof of purchase in order to participate in this Contest.

Each contest entry must contain a minimum purchase amount of RM 15 from any participating outlets in one receipt by providing a picture of the receipt, the participant’s name, NRIC number and answer to a question ("What colour is NIVEA logo": A) Blue & White B) Red & White C) Green & White). Entries must be submitted via the WhatsApp application only to 018 397 1988 in ONE submission per person. Prizes include a grand cash prize of RM 8,888 for the 888th entry only, cash prize of RM 888 for every 88th entry throughout the contest (ie. 88th, 176th, 264th, etc) and a NIVEA skincare pack worth RM 28 for every 28th entry throughout the contest (ie. 28th, 56th, 84th, etc). Selected winner will receive a call from NIVEA with ONE (1) question that needs to be answered within a stipulated time.

For more information about NIVEA’s “BE GORGEOUS & WIN RM 88,888*” CNY promotion,   please find http://www.idst.com.my/patron/minisite/niveacny/ for more information of terms and conditions* orvisit its official Facebook page, www.facebook.com/myNIVEA.

Mudah bukan? Cepat sertainya.. Udada Ubabye!!


ED: nak join la sebab ED guna juga produk Nivea ni..

Jumaat, 13 Februari 2015

(OST) Lagu penutup drama Nasuha TV9, Aweera - Terhakis

Hai, jalan ceritanya sedih, lagu penutupnya pun sedih. Berikut, lagu penutup drama Nasuha TV9 yang bertajuk Terhakis nyanyian Aweera.

Shah Iskandar dan Tasha Shilla

 Lagu baharu Aweera secara solo, Terhakis. Cantik montaj drama ni!

 Aweera

Lagu ini sangat sedap didengar dan sangat menyentuh. Kena pulak dengan cerita Nasuha yang sedih, memang bertambah-tambah kesedihan dalam drama ini. Ada penonton beritahu ED, episod pertama dia tengok menangis, episod kedua pun dia menangis. Wah, terbaiklah drama ni! Udada Ubabye!!



ED: drama kesukaan ED juga ni..

Khamis, 12 Februari 2015

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Tabir Zulaikha

Oh, begini sinopsis drama Tabir Zulaikha, slot Samarinda TV3.

Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza

Sinopsis:

Drama bersiri 18 episod ini memaparkan perjalanan hidup dan kisah cinta Ain Zulaikha (Tasha Shilla), anak tunggal kepada Zamrin (Ramli Salleh) dan Musalmah (Mak Wan) yang berkerja di rumah Datuk Aziz (Dato’ Jalaluddin Hassan). Datuk Aziz dan isterinya, Datin Wan Rozita (Emma Akma) tidak pernah memandang rendah atas status mereka malahan Zulaikha diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di kolej seperti anak Datin Wan Rozita, Feroz (Aidil Aziz) dan juga anak angkat Datuk Aziz, Adami Akhil (Aiman Hakim Ridza). http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6576?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

Zulaikha membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berpegang teguh kepada pendiriannya. Zulaikha juga berbakat dalam memain biola. Feroz cemburu melihat keakraban Zulaikha dan Adami. Dia berniat mahu menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil, Datuk Aziz lebih sayangkan Zulaikha berbanding dirinya, walaupun dia anak Wan Rozita, isteri Datuk Aziz sendiri.

Zulaikha semakin sayang kepada Adami dan membuat keputusan untuk meluahkan rasa hatinya. Zulaikha terkejut apabila ibu bapanya telah menyampaikan wasiat Datin Wan Rozita supaya mengahwinkan Zulaikha dengan Datuk Aziz. Zamrin dan Musalmah merayu Zulaikha agar menerima Datuk Aziz sebagai suaminya kerana itu ialah cara terbaik untuk membalas budi mereka. Akhirnya, Zulaikha bersetuju selepas Adami Akhil berbohong bahawa dia tidak pernah mencintai Zulaikha.

Datuk Aziz sedar bahawa Zulaikha tidak rela dan tidak mencintainya. Walaupun begitu, Datuk Aziz tetap menjaga Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan telah mewasiatkan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha. Tindakan Datuk Aziz mengundang kemarahan Feroz kerana dia rasa Zulaikha telah merampas haknya. Jadi, Feroz telah mengupah Ammar (Shah Jaszle) untuk memerangkap Zulaikha.

Apakah yang bakal terjadi kepada Zulaikha? Berjayakah Zulaikha menyelamatkan syarikat Datuk Aziz daripada jatuh ke tangan Feroz? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta antara Zulaikha dan Adami? Saksikan episod Tabir Zulaikha seterusnya menerusi slot Samarinda pada setiap Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3! Udada Ubabye!!



ED: Teruskan menonton!

(Lestary TV3) Drama Bidadari, akan datang...

Hai, ada info terbaharu ni. Shah Jaszle dan Amyra Rosli digandingkan kembali dalam drama slot Lestary terbaharu, Bidadari. Tahun lepas, mereka digandingkan dalam drama Samarinda, Kristal Maya.

Amyra Rosli dan Shah Jaszle

Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, pengarah drama LYMA. Nantikan drama Bidadari selepas tamatnya drama Delina. Udada Ubabye!!



ED: ada chemistry..

Rabu, 11 Februari 2015

(Sekolah) Jadi guru pembimbing kepada guru praktikal

Terasa pantas waktu berlalu. Dulu, ED dibimbing semasa menjadi guru praktikal. Kini, tiba giliran ED menjadi guru pembimbing kepada guru praktikal di sekolah.

Membuat pemantauan guru praktikal kali pertama mengajar hari ini..

ED jadi guru pembimbing bukan untuk seorang guru praktikal..

Tetapi untuk 2 orang guru praktikal pagi tadi..

Oh, begini rasanya jadi guru pembimbing kepada guru praktikal apabila berada di belakang kelas ketika mengajar. Pengalaman baharu ni. Udada Ubabye!!



ED: macam mentor la ni.. Hehe..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi