Khamis, 31 Mac 2016
(Sembang) Gastrik teruk semalam
ED nak kongsi apa yg ED rasa bila gastrik datang balik semalam. Bila ingat balik hari ini, rasa trauma seketika.
Status twitter ED semalam..
Semalam balik dari sekolah, kepala ED terus pening & semua benda yg ED nampak berpusing2. Ya Allah, ED tak boleh buat apa petang semalam. ED mampu tidur sahaja. Bukan itu sahaja, ED semalam berpeluh dah macam air hujan. Mencurah2 keluar dari badan. Kemuncak gastrik ialah muntah2. 3 kali muntah sampai kali ketiga tu, muntah keluar air sahaja. Sampai 11 malam pandangan ED berpusing2.
Semalam pagi, ED sarapan nasi kerabu je. Lepas tu dah tak makan sebab muntah2. Rasa takut nak makan sebab nanti keluar balik. Itu sebab hari ini ED upload banyak gambar tentang makan je di instagram. Alhamdulillah, hari ini dah ok. Udada Ubabye!!
ED: terima kasih doanya...
Isnin, 28 Mac 2016
(Sinetron TV3) Sinetron Sakinah Bersamamu ganti Yasmin
Sebab ramai dah tanya ED, ini dia sinetron terbaharu di TV3.
Sinetron Sakinah Bersamamu mulai Rabu 30/3/16.
Terima kasih info daripada: Sultan Malik Dzulkarnain (facebook)
Sinetron ini lakonan utama suami isteri Dude Harlino dan Alyssa Soebandono. Selain itu, turut berlakon ialah Adi Nugroho, Donita, Raya Kohandi dan ramai lagi. Sinetron ini adaptasi buku popular di Indonesia Sakinah Bersamamu karya Asma Nadia. Tengok, di Indonesia setapak ke hadapan adaptasi dramanya. Dah adaptasi daripada buku tentang bijak berumah tangga. Bukan novel ye.. Udada Ubabye!!
ED: selamat menonton
Ahad, 27 Mac 2016
(Telenovela TV3) Drama The Borrowed Wife mulai 30 Mac ini..
Hai, drama Filipina terbaharu ini akan menggantikan drama Filipina Magkano Ang Paibig. Macam best ni..
Drama The Borrowed Wife lakonan Camille Prats, Charee Pineda, Rafael Rosell, TJ Trinidad dan ramai lagi.
Drama ini mengenai cinta, obsesi dan bagaimana pengkhianatan boleh mengubah hidup seseorang. Menarik bukan? Saksikan di slot Telenovela TV3. Udada Ubabye!!
ED: Rafael Rosell pernah berlakon dalam Temptation Of Wife
Sabtu, 26 Mac 2016
(Akasia TV3) Drama Duda Terlajak Laris ganti Tundukkan Playboy Itu
Kejutan! Rupanya drama adaptasi novel Duda Terlajak Laris yang akan menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu. Suka tak?
ED dimaklumkan tadi oleh Aifa Batrisya, penulis novel ini.
Perbualan penulis novel dgn ED di instagram tadi.
Nantikan drama Duda Terlajak Laris ini di slot Akasia TV3. Ramai yang suka kan? Terima kasih Aifa Batrisya atas info ini. Udada Ubabye!!
ED: tak sangka tapi gembira..
(Gambar) Izara Aishah dan Zamarul Hisham dalam drama Cinta Masam Manis TV3
Drama terbaharu Cinta Masam Manis akan datang di slot Akasia. Jom tengok 4 gambar hero dan heroin drama ini.
Amacam? Ada kimia tak?
Izara Aishah dan Zamarul Hisham
Ni babak perkahwinan ni..
(Sembang) Kerana Dubsmash, Teejay Marquez berlakon filem di Indonesia
Hai, kerana popular di instagram melalui video dubsmashnya, pelakon dari Filipina Teejay Marquez dipilih oleh syarikat filem dari Indonesia untuk membintangi sebuah filem. Filem yang dekat dengan diri dia yg bertajuk Dubsmash For You.
Teejay Marquez
Untunglah Teejay Marquez dapat berlakon di Indonesia.
Para pelakon filem Dubsmash For You
Teejay Marquez memang sedang popular di Indonesia sekarang ni.. Dia sedang belajar bahasa Indonesia.
Sedikit tentang Teejay.
Video dubsmash Teejay yang viral tahun lepas.
Sebelum filem, Teejay telah berlakon telemovie dulu di Indonesia. Tajuknya Teejay I Love You.
Gambar:
ig teejaymarquez
ig md_entertainment
Walaupun popular, dia antara pelakon Filipina yg ramah. Sebab tu disukai ramai. Udada Ubabye!!
ED: good luck Teejay!
Jumaat, 25 Mac 2016
(Review) Jom beli novel di Red Velvet Bookstore
Hai, kepada peminat2 novel sekalian, ED sangat cadangkan korang beli novel di sini. Boleh beli di Red Velvet Bookstore yg terletak di Puchong atau boleh beli online.
Kalau nak tahu update tentang Red Velvet Bookstore ni, mesti follow instagram @rvbookstore atau lebih suka nak whatsapp? Simpan nombor ni, 0149660959. Sebarkan kpd kawan2 ye..Udada Ubabye!!
ED: best kan?
(Sembang) Drama-drama Ramadan TV3 2016
Hai, berikut drama2 yang akan ditayangkan di TV3 pada Ramadan ini...
(Komen Anda) Pensyarah tampan mempengaruhi prestasi pelajar?
Masih lagi membicarakan tentang Pietro Boselli, si pensyarah tampan di luar negara ni. Jom tengok komen di instagram EDtv tentang pensyarah ini...
Pietro Boselli, pensyarah Matematik dan model.
Sumber: ig EDtv
Bagaimana? Anda setuju dgn komen ini? Apa2pun semuanya bergantung pada individu. Kalau ikut ED, ED suka pensyarah yg sudah berusia kerana banyak pengalaman. Udada Ubabye!!
ED: yang tak elok, jadikan sempadan...
Khamis, 24 Mac 2016
(Akasia TV3) Episod akhir drama Tundukkan Playboy Itu
Drama Tundukkan Playboy Itu tinggal 8 episod lagi..
(Tahniah) Siti Elizad tercalon dalam Top 5 ABPBH 2015
Hai, sukanya ED bila dapat tahu ada beberapa artis yg ED minat tersenarai dalam finalis Top 5 ABPBH 29. Antaranya Siti Elizad, Ippo Hafiz, Ir Radzi (Gang2 drama Teman Lelaki Upahan) serta beberapa artis lagi.
Siti Elizad tersenarai dalam Top 5 Pelakon drama wanita popular.
Gambar: ig perfectpicturesphotography
Berikut senarai penuh lima finalis untuk ABPBH 29.
Artis Baharu Lelaki Popular
1. Ippo Hafiz
2. Ir Radzi
3. Nadzmi Adhwa
4. Redza Rosli
5. Sufi
Artis Baharu Wanita Popular
1. Falisha Crossley
2. Janna Nick
3. Mira Filzah
4. Nana Sheme
5. Ruhainies
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Abam
2. Remy Ishak
3. Shaheizy Sam
4. Sharnaaz Ahmad
5. Syafie Naswip
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Fathia Latiff
3. Neelofa
4. Nur Risteena
5. Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Faizal Hussein
2. Fattah Amin
3. Kamal Adli
4. Remy Ishak
5. Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Erma Fatima
3. Fathia Latiff
4. Siti Elizad
5. Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Asfan
3. Hazama
4. Ir Radzi
5. Syed Shamim
Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Aishah Aziz
3. Ayda Jebat
4. Dayang Nurfaizah
5. Eleena Harris
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
1. Akim & The Majistret
2. Hafiz Suip & Adira
3. Joe Flizzow & SonaOne
4. Tasha Manshahar & Syed Shamim
5. Wings
Artis Komedi Popular
1. Abam
2. Amir
3. Ebby Yus
4. Shuib
5. Zulin Aziz
Artis Versatil Popular
1. Abam
2. Ajak Shiro
3. Awie
4. Didie Alias
5. Ifa Raziah
Pengacara TV Popular
1. Hazlin Hussein
2. Izreen Azminda
3. Neelofa
4. Sherry Alhadad
5. Wak Doyok
Penyampai Radio Popular
1. Abby Fana (Sinar)
2. Deen (Hot)
3. DJ Lin (Suria)
4. Feeya Iskandar (Sinar)
5. Fizie (Hot)
ABPBH Kategori Online
Artis Aksi Selfie Popular
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Elfira Loy
3. Emma Maembong
4. Fazura
5. Nazim Othman
6. Nora Danish
7. Saharul Ridzwan
8. Scha Alyahya
9. Shukri Yahaya
10. Zizan Razak
Personaliti Media Sosial Popular
1. Amran Fans
2. Atita Haris
3. Faizdickie
4. Kevin Zahri
5. Lara Alana
6. Mat Lutfi
7. Queen of Luna
8. Ucop
9. Vivy Yusoff
10. Wak Doyok
Artis Ikon Respek
1. Aishah Sinclair
2. Daphne Iking
3. Datuk AC Mizal
4. Datuk Aznil Nawawi
5. Hafiz Hamidun
6. Heliza Helmi
7. Maya Karin
8. Mizz Nina
9. Sazzy Falak
10. Scha Alyahya
Artis Trending Popular
1. Arja Lee
2. Atikah Suhaime
3. Ayda Jebat
4. Fasha Sandha
5. Fazura
6. Sharnaaz Ahmad
7. Tasha Shilla
8. Uqasha Senrose
9. Yuna
10. Zizan Razak
Artis YouTube Popular
1. Ainan Tasnem
2. Eleena Haris
3. Ippo Hafiz
4. Najwa Latif
5. Nana Sheme
6. Siti Nordiana
7. Syed Shamim
8. Tasha Manshahar
9. Wani (Kun Anta)
10. Wani Kayrie
Lisa Surihani, Aaron Aziz tidak tercalon pada tahun ini.
Gambar: ig ellerahman
Nantikan ABPBH 2015, Mei ini di TV3. Udada Ubabye!!
ED: ini undian pembaca, kena akur....
Rabu, 23 Mac 2016
(Zehra TV3) Tarikh siaran drama Jasmine
Mulai 30 Mac 2016 di slot Zehra TV3.
Drama terbaharu Jasmine, lakonan Nelydia Senrose, Aqasha dan Gambit Saifullah.
gambar: ig aliaramly
Saksikan episod pertama drama ini, hari Rabu depan. Udada Ubabye!!
ED: selamat menonton
Selasa, 22 Mac 2016
(Akasia TV3) Drama 7 Hari Mencintaiku, akan datang...
Sah, drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku akan tayang di slot Akasia TV3.
Antara pelakon drama ini ialah Jaja Iliyes DFKL 2016.
Untung Jaja dapat berlakon dalam drama hebat ini..
Hero dan heroin drama ini belum tahu lagi. Setakat ni, yg ED tahu hanya Jaja Iliyes ni sahaja.
Gambar: ig jajailiyes
Drama ini akan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures. Perasaan ED kuat mengatakan Fathia heroin drama ni. Ini feeling ED sahaja. Sama2 kita nantikan update seterusnya. Udada Ubabye!!
ED: drama yg ditunggu ramai...
Isnin, 21 Mac 2016
(Lestary TV3) Drama Mr. Donat Karamel, akan datang...
Hai, nantikan sebuah drama adaptasi novel terbaharu di slot Lestary TV3..
Drama Mr. Donat Karamel, akan datang.... Hero dan heroin belum tahu, cuma yang pasti Syazuwan Hassan DFKL 2016 akan terlibat dalam drama ini.
Ahad, 20 Mac 2016
(Sembang) Para pelakon baharu DFKL 2016 dan drama-drama terbaharu TV3
Inilah Top 6 pelakon baharu DFKL 2016. Mereka dipilih daripada ujibakat lakonan semasa bengkel DFKL 2016. Beruntungnya mereka terus diserap dalam drama2 terbaharu TV3 tahun ini.
Dari kiri Syazuwan Hassan, Shuhanty, adik Indah Emeerlda, Amirul Faqeem, Nafiz Muaz dan Jaja Iliyes.
Syazuwan Hassan akan tampil dalam drama Mr. Donat Karamel slot Lestary.
Shuhanty akan tampil dalam drama Meh, Sandar Pada Aku slot Dahlia.
Jaja Iliyes akan tampil dalam drama 7 Hari Mencintaiku slot Akasia. Adik Indah pula akan tampil dalam Cerekarama, Jalan Balik Surau.
Amirul Faqeem akan tampil dalam drama Bagaikan Kelip-Kelip slot Azalea.
Nafiz Muaz pula akan tampil dalam drama Sweetie Naniey slot Lestary.
Gambar:
ig tv3malaysia
ig tv9malaysia
ig amirulfaqeem
ig nafizmuaz
ig mediahiburan
Nantikan kehadiran mereka di TV3. Udada Ubabye!!
ED: Tahniah dan selamat maju jaya.
(Sembang) Hero drama Meh, Sandar Pada Aku belum diketahui lagi..
ED nak share dengan anda, hero untuk drama Meh, Sandar Pada Aku belum diketahui lagi sehingga ke hari ini.
Ramai yang nak Saharul Ridzwan jadi hero tetapi dia bukan hero drama tersebut. Confirm! Sebab jadual dia dah padat dgn drama Akasia, Seindah Takdir Cinta.
Gambar: intrend
Kita tunggu je la lagi... Hari ini, ED baru follow up dgn salah seorang pelakon drama tersebut. Bukan Mira Filzah tau! Menurut pelakon perempuan yg ED tanya tu, dia berharap Zul Ariffin jadi hero. Udada Ubabye!!
ED: ramai dah tertanya2 kan?
Sabtu, 19 Mac 2016
(Tahniah) Keputusan Anugerah DFKL 2016
Drama Kau, Aku, Kita menang besar malam ni. Berikut keputusan Anugerah DFKL 2016.
Janna Nick dan Saharul Ridzwan.
Gambar: ig jannanick
1. Aktres pilihan - Janna Nick (Drama Kau, Aku, Kita)
2. Aktor pilihan - Saharul Ridzwan (Drama Kau, Aku, Kita)
3. Skrip pilihan - Rehal Nuharis (Drama Kau, Aku, Kita)
4. Drama pendek pilihan - Drama Kembara Si Kecil (Muhammad Firdaus)
5. Direktor pilihan - Azman Hj Yahya (Drama Kau, Aku, Kita)
6. Antagonis pilihan - Ruhainies (Drama Hello Mr. Perfect)
7. Lagu/OST pilihan - Mungkin Kamu / Sissy Iman
8. Pasangan pilihan - Saharul Ridzwan dan Janna Nick (Drama Kau, Aku, Kita)
9. Drama pilihan - Drama Kau Aku Kita.
Tahniah kepada para pemenang. ED tak nak komen apa2 tentang anugerah ni. Semoga tahun depan lebih baik lagi. Udada Ubabye!!
ED: Kau, Aku, Kita memang layak menang..
(Drama TV3) Drama Ratu Dangdut, akan datang 2017...
Drama terbaharu, format drama baharu, untuk tayangan 2017...
Drama Ratu Dangdut lakonan utama Ayda Jebat
Drama biografi ini akan mengisahkan tentang ratu dangdut Mas Idayu. Dengarnya Mas Idayu berlakon sekali dalam drama ni..
Sumber: Midi
Mustaqim Bahadon turut terlibat dalam trailer drama ini..
Nantikan drama biografi Ratu Dangdut, 2017 nanti di TV3. Udada Ubabye!!
ED: rasanya ada slot baharu lagi 2017..
(Sembang) Perempuan pengangkat bongkah ais
Ini cerita di gerai ABC tadi..
ABC Kg. Melayu
ED terkejut apabila melihat 2 orang perempuan yg mengangkat bongkah ais besar ni.. Dengan sekali pikul je..
ED respek kpd mereka sebab mereka sentiasa ceria sahaja berulang-alik angkat ais.
Pertama kali ED jumpa situasi ni. Wanita hari ini, semua kerja boleh kasi. Sanggupkah kita bekerja berat seperti mereka? Tepuk dada tanya selera. Udada Ubabye!!
ED: bersyukurlah..
(Iris TV3) Sinopsis drama Ahli Mesyuarat Tingkap
Drama bersiri terbaharu TV3 mengisi slot Iris, Ahli
Mesyuarat Tingkap bakal bersiaran mulai 23 Mac ini, setiap hari
Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Gandingan
tiga pelakon utama iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al-Hadad bakal membuatkan para penonton tidak kering gusi sambil tersengih hingga
ke telinga. Buah tangan hasil produksi JS Pictures ini pastinya tidak
mengecewakan dengan rata-rata drama 13 episod ini sentiasa kaya dengan
babak mencuit hati.
Sinopsis:
Ahli Mesyuarat Tingkap mengisahkan tiga orang
rakan baik yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi.
Setelah dewasa dan berkerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan
semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah
mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat
Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama
mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi
perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati
mereka ada sahaja yang ingin dibualkan.
Jika para penonton
merasakan mereka ini keterlaluan, maksudnya itulah syarat wajib untuk
menyertai Ahli Mesyuarat Tingkap kerana tagline mereka sendiri ialah
‘Tak Over, Tak Sah’. Makanya sah-sahlah mereka bertiga ini over.
Lebih kelakar apabila setiap daripada mereka mempunyai kerenah
masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai (Rita Rudaini) oleh
rakan-rakannya merupakan peminat no.1 drama Melayu. Paling diminati Zai
ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk
berkahwin dengan hero kesayangannya itu. Malah apa sahaja majalah,
poster atau surat khabar yang meletakkan gambar aktor itu, pasti Zai
akan mendapatkannya. Namun sifat fanatiknya itu juga selalu merisaukan
rakan-rakannya yang lain. Apatah lagi, para penonton akan melihat Zai
memberi amaran kepada aktres pujaan ramai Mia Ahmad dalam episod awal
drama ini nanti.
Ju (Izreen Azminda) pula seorang yang suka
berterus terang dengan pendapatnya. Ju memiliki perniagaan butiknya yang
tersendiri. Namun dia tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang
asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi
persaingan kepada perniagaannya. Manakala Ira (Sherry Al-Hadad) adalah
pakar pastri dan manisan. Malah dialah pembekal kek di kedai Datin Bobo
(Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama. Namun itu bukan
satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah
jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).
Di dalam
setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan
teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.
Bukan itu sahaja, penonton juga bakal melihat beberapa penampilan
istimewa pelakon terkenal seperti Mia Ahmad, Fizz Fairuz, Idris Khan dan
ramai lagi kejutan khas. Sukakan cerita-cerita yang seronok dan mencuit
hati? Sertai Ahli Mesyuarat Tingkap setiap hari Isnin hingga Khamis,
6.30 petang eksklusif di TV3. Udada Ubabye!!
Sumber: Galaksi Media
ED: Tak over tak sah!
Jumaat, 18 Mac 2016
(Dahlia TV3) Drama Mr. Tanda Soal, akan datang...
Hai, ini ada sebuah lagi drama terbaharu yg akan masuk di slot Dahlia TV3.
Drama Mr. Tanda Soal lakonan Johan Asari dan Hanna Aqeela.
Hanna Aqeela, akhirnya jadi watak utama juga dalam drama TV3. Selepas drama Bila Hati Berbicara, ED memang dah agak dia boleh pergi jauh. Muka ada iras2 Jue Aziz.
Selain mereka, Ryzal Jaafar, Nina Iskandar dan ramai lagi akan membintangi drama ini. Nantikan drama ini yang dijangka tayang pada bulan Mei dan dah nak dekat2 Ramadan tu. Udada Ubabye!!
ED: terbitan Suhan Movies..
Langgan:
Ulasan (Atom)






























