Semalam ED sangat terhibur tengok persembahan Elly Mazlein dalam Gegar Vaganza 3. Walaupun salah lirik dan salah masuk lagu, persembahan Elly menggamatkan pentas, penonton di sana dan ED di rumah juga. Lagu dangdut Perawan atau Janda semalam bertambah best apabila Elly nyanyi part, Abang suka yg mana, perawan atau janda? Penonton menyahut dengan perkataan "janda...".
Elly Mazlein semalam.
Gambar: ig chikathedivas
Jujur, Elly Mazlein antara peserta yang ED suka nak tengok dan ED nanti persembahannya. ED rasa, ramai juga yang sama seperti ED. Aura Elly Mazlein sangat kuat dalam pertandingan ini. Di twitter semalam, ada yg tulis mereka tengok GV3 sebab Elly Mazlein dan kalau Elly tersingkir semalam, mereka tak nak tengok lagi. Hikmah selepas Elly berpisah dgn suaminya, rezeki dan populariti semakin dekat dengannya. Tahniah Elly! Udada Ubabye!!
Siapa yang tunggu drama 2000km Ke Al-Haram lakonan Mia Ahmad, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi? Penantian anda bakal berakhir kerana drama 2000km Ke Al-Haram dah nak dekat tayang di slot Widuri TV1.
Drama 2000km Ke Al-Haram akan ditayangkan pada 5 November ini.
Syazwan Zulkifly dan Mia Ahmad.
Ramai pelakon popular dalam drama ni. Janna Nick pun ada.
Saksikan drama 2000km Ke Al-Haram pada setiap Sabtu dan Ahad, 7 malam di slot Widuri TV1. Udada Ubabye!!
Minggu lepas, ED menggunakan khidmat fotografer untuk gambar konvo ED. Sebabnya, ada photoshoot dengan menggunakan drone. Untuk konvo master, ED nak kelainan dari segi fotografinya. Hehe..
Nah, ED kongsi 2 gambar konvo ED dengan menggunakan drone.
Lokasi di Tasik UTM.
Cantikkan panoramanya? ED suka pemandangannya.
Selingan jap, pagi tadi ED pergi ke UTM untuk pulang jubah, ambil sijil ijazah dan transkrip serta daftar alumni dapat cenderamata botol air ni..
First time bergambar guna drone. Bayarannya tak berapa mahal. Nanti ED update lagi tentang bergambar guna drone ni.. ED tengah tunggu hasil gambar2 lain drpd fotografer yg ED pilih. Udada Ubabye!!
Jom kita tengok sedikit BTS (Behind The Scenes) drama Jejak Karmila, akan datang di slot Zehra TV3.
Kak Ogy sebagai Karmila.
Lakonan hebat Kak Ogy, betul2 seorang primadona.
Drama ini mengisahkan pencarian Karmila kepada dua orang anaknya yang terpisah iaitu lakonan Mia Ahmad dan Ruhainies. Drama adapatasi novel dijangka tayang pada bulan Disember ini. Udada Ubabye!!
Cerita pagi tadi, ED tukar kad atm lama kepada kad atm baharu.
Baru ED perasan, kad bank ED ni dah sangat lama dan buruk.
Tempat pertama yg ED pergi ialah di CIMB Bank. Kejap je urusan tetapi kena tukar nombor pin di mesin atm selepas kad baharu siap.
Selepas itu, ED pergi ke Maybank. Beratur panjang tetapi semua urusan selesai di kaunter termasuk tukar nombor pin.
Tara... inilah kad atm ED yang baharu. Ada tulisan perkataan MyDebit.
ED tanya juga tadi, apa perbezaan kad atm lama dengan kad atm baharu ni? Jawapan staf bank, perbezaan kad atm baharu ialah keselamatan pada cip kad ditingkatkan. Dengan bahasa mudah, kad atm baharu ni lebih selamat. Kepada anda yang belum tukar kad atm, tukar sebelum 1/1/2017. Bermula tahun depan, penukaran kad atm baharu akan dikenakan caj. Sekarang tengah free tau! Udada Ubabye!!
Lakonan utama Lufya, Amar Asyraf dan Shah Iskandar.
Sinopsis:
Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.
Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma .
Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.
Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?
Sumber: kepala bergetar
Saksikan drama ini di slot samarinda tv3. Udada Ubabye!!
Hai, berdasarkan pemerhatian ED di media sosial EDtv, berikut 10 sebab kenapa drama Patahnya Sebelah Sayap amat disukai ramai penonton.
7 penangan drama Patahnya Sebelah Sayap!
1. Pertama sekali, lakonan mantap semua pelakon, lebih2 lagi trio pelakon utama drama ini iaitu Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Lakonan mereka sampai ke jiwa penonton. Ada yang terbawa2 simpati, menangis, geram dan terbuai menonton drama ini.
2. Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel, kimia lakonan mereka sangat serasi ibarat kuih donat dan gula. Hehe.. Babak Khuzairi mengurat Alisha telah menyebabkan ramai penonton cair. Babak Ummi Nazeera disyak membunuh isteri Khuzairi telah menyebabkan ada penonton yang menangis. Ni betul tau!
3. Izzue Islam berjaya membawa watak Amzar yang menyebabkan penonton marah dan mengamuk dalam hati. Kerana lakonannya yang berkesan, ada yang nak rasa tampar dan terajang dalam imaginasi. Hehehe.. Memang 100% geram dibuatnya. Ramai yang nak tengok kesudahan Amzar dalam drama ni.
4. Jalan cerita drama ini yang semakin lama semakin mendebarkan dan menimbulkan tanda tanya menjadi daya tarikan drama ini diminati. Ada yang minta drama ini tayang setiap hari sebab tak puas tengok 3 kali seminggu.
5. Penangan drama ini juga turut mengundang kemarahan penonton kepada watak Mak Amzar yang berlagak, kawan Mak Amzar yang kepoh dan ayah Amzar yang mengikut sahaja telunjuk Mak Amzar. Setiap kali keluar watak mereka, mulalah penonton rasa panas. Kira, lakonan mereka sangat menjadi.
6. Lagu latar drama ini juga menjadi kesukaan penonton. Bila drama ni disukai, dengan lagu2 dalam drama ni memberi kesan.
Lagu Eirul Samah, Lebih Dari Kata.
7. Nak sembang jujur ni, pada mulanya drama ini dibandingkan dengan sebuah drama Korea kerana jalan ceritanya dikatakan sama. Selepas drama ini popular dan bertakhta di banyak hati penonton, senyap terus perbandingan tersebut dan drama ini berjaya menenggelamkan perbandingan tersebut. Lihatlah penangan drama ini! ED memang kagum dengan situasi ini. Cayalah! Majoriti penonton menyukai drama ini dan cakap BEST!
Tahniah kepada semua team produksi dan semua pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap. Serba-serbi terbaik drama ni. Montaj dan lagu tema drama ni pun ED suka. Udada Ubabye!!
Sempena episod akhir drama Patahnya Sebelah Sayap malam ini, jom tengok 13 gambar Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel yang serasi bersama dalam drama tersebut. Cantik2 shot gambar mereka.
Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Khuzairi
Sumber gambar:
ig umminazeera
ig aeril_zafrel
Ramai yang ingin tengok kesudahan drama mereka malam ini. Semua berharap happy ending. Saksikan episod akhir drama PSS 10 malam ini di TV3. Udada Ubabye!!
Hari ini hari konvokesyen master ED di UTM. ED nak kongsi gambar2 konvo ED di sini.
Shot paling ED suka hari ini..
Selfie
Berpeluh2 hari ini...
Buku cenderamata
Tesis ED. Macam2 cerita ada semasa menyiapkan tesis ni. Sebab tu ED nak bergambar dengan tesis ni sebagai kenangan.
Gambar ni diambil pada waktu petang..
Sebelum pakai jubah.
Gambar pendaftaran pagi tadi. Waktu ni satu badan berpeluh, penat dan mengantuk pun ada.
Untuk pengetahuan semua, ED ambil master pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan di UTM selama dua tahun. Balik sekolah, terus pergi UTM belajar. Dari pukul 4 hingga 7 malam mengikut jadual. Udada Ubabye!!