Sabtu, 31 Mac 2018

(Sembang) Lakonan mantap Jay Iswazir dan Ayda Jebat dalam Aku Nazmi

ED memang tunggu cerita Aku Nazmi ni sejak tengok iklan telemovie ini. Bila dah tengok, pujian mesti diberikan kepada semua pelakon kerana memberikan mutu lakonan yg mantap.

Jay Iswazir sememangnya pelakon berbakat besar. Watak apapun, dia boleh bawa dengan berkesan. Wow, lakonan Ayda Jebat sebagai orang bisu dalam telemovie ni buat ED kagum. Hebat & menjiwai lakonannya.

Aku Nazmi, sebuah karya yg bagus. Terima kasih kpd semua team Aku Nazmi kerana mempersembahkan sebuah kisah kehidupan orang2 istimewa. Udada Ubabye!!

(Lima) Bintang LUX Malaysia

Hari ini dalam segmen 5, ED nak senaraikan artis Malaysia yg pernah menjadi bintang iklan sabun popular, LUX.

Fauziah Dato Ahmad Daud, Erra Fazira, Joanna Bessey, Amy Mastura & Fazura.

ED suka tengok iklan LUX. ED ingat lagi, iklan LUX Erra Fazira paling grand satu ketika dulu.

ED pun pengguna sabun LUX. Udada Ubabye!!

Khamis, 29 Mac 2018

(Megadrama Astro Ria) Drama Mr. Grey ganti Tak Ada Cinta Sepertimu

Drama Mr. Grey akan menggantikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu di slot Megadrama Astro Ria.

Tarikh siaran drama Mr. Grey.

Lakonan Fendy Bakri & Eyra Hazali

Hero & heroin Megadrama baharu ni..

Fendy Bakri

Eyra Hazali

Bagaimanakah percubaan gandingan Eyra & Fendy? Sama2 kita saksikan. Udada Ubabye!!

Rabu, 28 Mac 2018

(Sembang) Terima kasih 50 ribu followers instagram EDtv

Terima kasih semua.

Hari ini followers instagram EDtv capai 50k. Bukan followers beli tau.

Kalau nanti followers berkurang pun, ED tak kisah sebab sekurang2nya hari ini, dapat juga rasa ada followers 50k.

Terima kasih support EDtv.

Udada Ubabye!!

Isnin, 26 Mac 2018

(Sembang) Ezza Mysara jawab Siapa Kak Aisyah dalam Tiada Arah Jodoh Kita

Hari ini episod akhir drama Tiada Arah Jodoh Kita. Ending yg tak dijangka tetapi berakhir dgn happy ending.

Tetapi siapa Kak Aisyah? Dalam episod akhir tadi, tiada babak Kak Aisyah.

Ada berita gembira. Penulis novel ini, Ezza Mysara menjawab persoalan Siapa Kak Aisyah di instagram EDtv.

Diharap semua maklum. Kak Aisyah bukan hantu ok.

Kelakar baca komen netizen sebelum ini tentang Kak Aisyah. Ada yg cakap hantu, syaitan & ada juga yg cakap isteri Waqeel yg nak balas dendam.

Terjawab sudah persoalan. Terima kasih kpd penulis novel ini. Udada Ubabye!!

Ahad, 25 Mac 2018

(Madah Berempah) 25032018

Madah Berempah malam ini..


Bersabarlah ketika diuji. Ada sesuatu Allah nak beri. InsyaAllah.

(Lima) Artis Wanita Yang Bijak Menjawab Soalan Wartawan

Hai, disebabkan semalam ED cuti balik kampung, segmen 5 ED bawa ke hari ini.

Jom kita tengok 5 artis wanita yg bijak menjawab soalan wartawan di kaca tv. Jika mereka ditemuramah, mereka menjawab soalan wartawan dgn sopan, tidak mudah melenting & berkarisma. Ini apa yg ED nampak di kaca tv.

Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain & Lisa Surihani (gambar ini tidak disusun mengikut urutan).

ED suka tengok cara mereka menjawab soalan apabila ditemuramah. Ayat-ayat yg keluar daripada mulut mereka biasanya rasional, menunjukkan lemah-lembut & profesional.

Ini hanyalah pendapat peribadi ED sahaja. Jangan ambil serius. Udada Ubabye!!

Jumaat, 23 Mac 2018

(Sembang) Drama Tak Ada Cinta Sepertimu disukai ramai!

Khabarnya, drama Tak Ada Cinta Sepertimu disukai ramai sehingga novelnya laris terjual & ada kedai buku yg kehabisan stok. Wow, lihatlah penangan drama ini. Maka, drama ini berjaya menambat hati penonton. Jalan cerita drama ini juga lain drpd yg lain.

Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama.

Chemistry mereka memaniskan lagi drama ini & buat penonton senyum sokmo.

Lakonan Ruhainies & Fadlan Hazim juga mewarnai lagi drama ini.

Kawan ED cakap, dia sentiasa tertunggu2 drama ini & asyik senyum je tengok drama ni. Hehehe... Ini hanya sembang drama. Udada Ubabye!!

Khamis, 22 Mac 2018

(Madah Berempah) 22032018

Madah berempah malam ini...


Siapa pernah kena begini? Ada hikmah yg Allah nak beri. Selamat malam.

(Sembang) Fenomena siapa Kak Aisyah?

Drama Akasia Tiada Arah Jodoh Kita mempunyai kelainan daripada drama2 sebelum ini. Minggu ini, trending pulak di media sosial malah di group whatsapp tentang siapa Kak Aisyah? Hehehe..

Elfaeza Ulhaq sebagai Kak Aisyah

Tahniah kpd penulis novel & team produksi yg berjaya buat penonton tertanya2 siapa Kak Aisyah. Kira drama ni menjadi perhatian ramai.

Siapa Kak Aisyah? Yg dah baca novel je tahu. Yang belum tahu, tengok sampai ke akhir episod. Kesian pada Pia.... Udada Ubabye!!

(Jom Kenal) Tolga Mendi hero drama New Bride, Yeni Gelin

Jom kita kenali Tolga Mendi, hero drama New Bride (Yeni Gelin) di ntv7. 

Tolga Mendi, lahir di Adana Turki.

Berumur 25 tahun, tarikh lahir 23 Mac 1993.

Tinggi 186cm.

Tolga minat dalam fitness, sinema & teater. Beliau juga berpendidikan tinggi (Cukurova University Construction Engineering).

Sumber: www.turkishdrama.com
Gambar: ig @tolgamendi

Tolga ni nampak matang. Tak nampak macam 25 tahun.

Rabu, 21 Mac 2018

(Madah Berempah) 21032018

Madah berempah malam ini...


Tamak ni banyak. Tamak harta, tamak kuasa, tamak populariti & banyak lagi. Jangan tamak2. Udada Ubabye!!

Selasa, 20 Mac 2018

(Jom Kenal) Jessica May heroin drama New Bride, Yeni Gelin

Cantik dan manis heroin drama Turki New Bride (Yeni Gelin) di ntv7. ED suka tengok muka & lakonannya yg lurus & ayu.

Jom, ED share beberapa info tentang Jessica May.

Nama penuh Jessica May Drociunas.

Berasal dari Brazil.

Tarikh lahir 5 Disember 1993. Berumur 24 tahun.

Seorang model terkenal di Turki.

2017, menceburkan diri dalam bidang lakonan drama New Bride (Yeni Gelin).

Ibunya seorang guru & ayahnya seorang pekebun.

Drama New Bride merupakan drama nombor 1 popular di Turki tahun lepas.

Cantik & fasih berbahasa Turki.

Kredit:
Ig jessicamayofficial
Wikipedia Turki

ED suka tengok Bella dalam drama New Bride. Hehehe... Udada Ubabye!!

Isnin, 19 Mac 2018

(Akasia TV3) Drama Zahir Tak Terucap ganti Tiada Arah Jodoh Kita

Drama Zahir Tak Terucap akan menggantikan drama Tiada Arah Jodoh Kita di slot Akasia TV3.

Lakonan utama Aeril Zafrel, Saharul Ridzwan & Raysha Ridzrose.

Sepatutnya drama Zahir Tak Terucap ni tayang di slot Zehra tetapi diubah ke slot Akasia. Apa2 pun selamat menonton.

Udada Ubabye!!

(Akasia TV3) Drama Halalkan Hati Yang Kucuri tayang Ramadan ini

Drama Akasia Ramadan tahun ini ialah Halalkan Hati Yang Kucuri.

Lakonan utama Farah Nabilah & Aliff Aziz.

Drama Akasia pada bulan Ramadan susah nak follow sebab waktu tu nak buka puasa, solat Maghrib & siap2 untuk berterawih.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan yang ED update pada tahun lepas untuk siaran Akasia Ramadan tahun ini tak jadi tayang di TV3. Akan tayang di Astro. InsyaAllah.

Udada Ubabye!!

Sabtu, 17 Mac 2018

(Lima) Hero Drama Berpengaruh 2018

Segmen Lima hari ini, ED senaraikan 5 hero drama berpengaruh 2018. Maksud berpengaruh di sini ialah bila ada drama terbaharu hero2 drama ini, pasti ramai peminat atau penyokong tak sabar menantikannya.

Fattah Amin, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Zul Ariffin & Remy Ishak.

Nama2 di atas tiada ranking. ED senaraikan berdasarkan pemerhatian ED di instagram EDtv. Udada Ubabye!!

(Sembang) Cadangan pelakon utama drama adaptasi novel ini ialah Fattah Amin dan Fazura

Pagi tadi ED ada borak2 dengan seorang penerbit drama ni. Katanya, drama terbaharu terbitan beliau akan ditayangkan di Astro Oasis.

Yang bestnya, penerbit tersebut mencadangkan hero & heroin drama tersebut ialah...

Fattah Amin & Fazura.

Namun, itu hanya cadangan. Penerbit tersebut berharap Fattzura akan menjadi pelakon utama drama tersebut. ED hanya mampu berdoa agar harapan penerbit tersebut menjadi kenyataan. Rasanya ramai yg nak tengok lagi gandingan Fattzura ni.

Jom ramai2 berdoa agar pelakon utama drama adaptasi novel islamik ini ialah Fattzura. Kita tunggu & lihat nanti. Udada Ubabye!!

Drama apa? ED rahsiakan dulu ye...

(Madah Berempah) 17032018

Assalamualaikum. Selamat pagi. Madah berempah edisi subuh hari..


Ada ketika kita berdepan dgn orang yg suka mengganggu kehidupan kita, jangan lupa, solat hajatkan aja.. Semoga Allah memakbulkan hajat2 kita.

Udada Ubabye!!

Khamis, 15 Mac 2018

(Madah Berempah) 15032018

Madah berempah malam ini...


Doa orang yg dizalimi tiada hijab & terus sampai kpd Allah Taala. InsyaAllah makbul.

Rabu, 14 Mac 2018

(Madah Berempah) 14032018

Madah berempah malam ini...


Ada kaitan dgn saya kata2 ni.. Udada Ubabye!!

(Akasia TV3) Drama Jangan Benci Cintaku, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu..

Drama Jangan Benci Cintaku lakonan utama Zahirah Macwilson & Saharul Ridzwan.

Akan datang di slot Akasia TV3. Nantikan! Udada Ubabye!!

Selasa, 13 Mac 2018

(Madah Berempah) 13032018

Madah berempah ini ada kaitan dgn ED hari ini..


Hari ini takde mood. Udada Ubabye!!

Isnin, 12 Mac 2018

(Madah Berempah) 12032018

Madah berempah malam ini..


Selamat malam!

(Megadrama Astro Ria) Drama Rahsia Hati Perempuan, akan datang...

Akan datang di slot Megadrama Astro Ria, Ramadan ini...

Drama Rahsia Hati Perempuan lakonan Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim & Mira Filzah.

Fikry Ibrahim

Uqasha Senrose

Mira Filzah

Tara.... Hisyam Hamid juga hero drama ini. Saja buat surprise.

Tajuk asal drama ini ialah Love Is You & drama ini ada 2 hero & 2 heroin. Nantikan di Astro Ria. Udada Ubabye!!

Sabtu, 10 Mac 2018

(Ulasan) Cerekarama Abang Kandung sarat pengajaran

Baiknya Usop terhadapnya abangnya Epul walaupun abangnya bukan seorang yg baik. Air dicincang tidak akan putus. Itulah pengajaran utama, telemovie Abang Kandung di TV3. 

Syafiq Kyle sebagai Usop & Izzue Islam sebagai Epul. Terbaik lakonan & gandingan mereka.

Pengajaran lain telemovie ni, jangan buat maksiat & kpd ibu bapa, jgn suka membandingkan antara anak2. Belum tentu anak kebanggaan ibu bapa akan selamanya membanggakan. Satu lagi, besarnya nilai kemaafan sesama manusia.

Touching tengok babak ni.. berani Izzue Islam berlakon jadi mayat macam ni.

ED ingat cerita ni tentang persengketaan abang & adik, rupanya tentang adik yg baik kpd abangnya. So sweet tetapi banyak babak sedih. Udada Ubabye!!

(Lima) Bekas pembuka kotak huruf Roda Impian

Dalam segmen Lima hari ini, jom kita imbas balik 5 orang personaliti wanita yang pernah menjadi pembuka kotak huruf Roda Impian suatu ketika dulu.

Eja, Abby Abadi, Irma Hasmie, Liza AF1 dan Fouziah Ghous.

Pembuka kotak huruf yg pertama ialah Zaida Zainal. ED tak jumpa gambar terkininya. ED suka tengok rancangan Roda Impian dulu2. Udada Ubabye!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi