Isnin, 31 Ogos 2020

(Sembang) Dapat perfume SIR Black Edition daripada Saharul Ridzwan

ED tak pernah sangka akan dapat hadiah daripada pelakon. Sebabnya, ED buat blog ni sekadar suka-suka & blog ini ibarat media sosial ED.

Semalam, ED terima parcel daripada pelakon Saharul Ridzwan yang popular menerusi drama Korban Kasih.

ED dapat perfume SIR Black Edition, perfume jenama Saharul Ridzwan sendiri.

ED dah cuba, baunya segar dan maskulin.

Terima kasih Saharul Ridzwan dan @sir.fragrance

Semalam ED nak share perfume ni di Instagram, tetapi Saharul Ridzwan kata takpe. Dia bagi ED sebab ED support drama dia. Walau bagaimanapun, ED tetap share juga sebagai tanda terima kasih.

Alhamdulillah.

Selasa, 25 Ogos 2020

(Drama Okey) Drama Teratak Cinta, akan datang...

Baguslah TV Okey, banyak kali menampilkan gandingan hero & heroin baharu dalam drama.

Drama terbaharu, Teratak Cinta akan datang di TV Okey. Ali Rezark dan Dayang Areeda selaku watak utama.

Ali Rezark. Sebelum ni, dia banyak bawa watak sampingan.

Dayang Areeda. Sebelum ni, dia lebih banyak jadi watak pembantu.

Nantikan drama 26 episod ini. Udada Ubabye!!

(Sembang) 7 Hari Mencintaiku 3, 2022

Semalam dan hari ini hangat diperkatakan tentang drama 7 Hari Mencintaiku akan disambung lagi ke musim yang ketiga. 

Shukri Yahaya dan Siti Saleha pelakon utama 7 Hari Mencintaiku.

7 Hari Mencintaiku 3 dirancang tayang pada tahun 2022. 7 Hari Mencintaiku 3 juga belum diputuskan lagi sama ada akan difilemkan atau kekal menjadi drama.

Sumber berita ini daripada Berita Harian. Sama-sama kita nantikan.

Isnin, 24 Ogos 2020

(Akasia TV3) Drama Tak Sempurna Mencintaimu, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu untuk siaran slot Akasia TV3.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu lakonan utama Redza Rosli dan Intan Najuwa.

Redza Rosli, sudah sinonim dengan drama Zeel Productions.

Intan Najuwa, antara heroin yang kerap di TV3.


Drama ini terbitan Zeel Productions. Nantikan! Udada Ubabye!!

(Tiara Astro Prima) Drama Takdir Kita, akan datang...

Drama terbaharu, Takdir Kita akan menemui penonton di slot Tiara Astro Prima.

Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali, Yuna Rahim, Meerqeen dan ramai lagi.

Hun potong rambut demi watak drama ini.

Meerqeen, naib juara Hero Remaja 2020.

Wanna Ali semakin popular selepas filem Ada Apa dengan Dosa.

Yuna Rahim, murah rezeki dia berlakon tahun ini.

Drama ini 70 episod. Mungkin ganti drama Jalan Sesat ke Syurga. Udada Ubabye!!

Ahad, 23 Ogos 2020

(Drama Okey) Drama Maryam Qistina, akan datang...

Sedap tajuk drama baharu ini...

Drama Maryam Qistina lakonan Ikhram Juhari dan Eleena Sui. Gandingan hero & heroin baharu ni...

Ikhram Juhari.

Eleena Sui.

Drama ini akan ditayangkan di TV Okey. Drama Okey ni pelakonnya bervariasi. Jadi, ada peluang pelakon baharu untuk bersinar. Udada Ubabye!!

(Widuri TV1) Drama baharu, Kasih Seorang Pejuang

Slot Widuri TV1 akan menayangkan drama baharu bermula 28/8/2020. Sesuai sangat tayang drama ini sempena bulan kemerdekaan.

Drama Kasih Seorang Pejuang lakonan Nadzmi Adhwa, Ben Amir dan ramai lagi. Slot Widuri setiap hari Khamis hingga Ahad pukul 7.00 malam.

Ramai pelakon otai...

Ben Amir sebagai askar Melayu...

Siapa kata drama Melayu asyik drama cinta sahaja? Drama ini memupuk semangat cintakan negara. Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Sabtu, 22 Ogos 2020

(Megadrama Astro Ria) Sinopsis drama Bidadari Kiriman Tuhan

Drama Bidadari Kiriman Tuhan akan menemui anda di slot Megadrama Astro Ria bermula 25 Ogos ini.

Lakonan Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof dan Mira Filzah membawakan dua watak sebagai Cikgu Manis dan Manja yang istimewa.

Sinopsis: 
Cikgu Yusof dan Cikgu Manis merupakan pasangan kekasih. Cikgu Manis mempunyai seorang kembar yang bernama Manja. Cikgu Manis amat menyayangi Manja dan sanggup berkorban demi Manja, emak dan neneknya. Drama ini mengajar kita erti menerima Qada' dan Qadar.

Selamat menonton drama Rashid Sibir ini. Mesti sedih drama ni... Udada Ubabye!!

(Akasia TV3) Drama Cinta Sekali Lagi ganti Pengantin Satu Malam

Drama ini akan menggantikan drama Pengantin Satu Malam di slot Akasia TV3.

Drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha.

Nantikan. Udada Ubabye!!

Isnin, 17 Ogos 2020

(Ulasan) Episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod akhir 7 Hari Mencintaiku 2.

Akhirnya, Sofi mengandung.

Sinopsis ringkas:
Hayati meninggal dunia, Jo lumpuh dan Sofi mengandung. Mia juga mengandung anak ketiga. Ila menyesal dan kembali pada Kenit. Akhir sekali, keluarga Pak Samad happy ending. 

Ulasan:
Happy ending. Penutup drama yang memuaskan hati. Berbaloi follow dari awal episod.

Jumaat, 14 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 32 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 32 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Episod hari ini pun sedih...

Sinopsis:
Khuzairi tidak jadi bernikah dengan Nurul. Khuzairi menyuruh Mia pergi kerana Khuzairi tidak mahu mengemis cinta kepada Mia lagi. Mia pergi sekejap sahaja dan selepas itu dia kembali ke pangkuan Khuzairi. Hayati pula sudah minta maaf kepada Pak Samad sekeluarga.

Ulasan:
Drama ini jalan ceritanya terlalu cepat. ED faham, daripada novel yang tebal dijadikan 33 episod sahaja.

Khamis, 13 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 31 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 31 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Sedih pulak episod hari ini...

Mak Leha baru tahu Nurul jahat dan mata duitan. Emak Nurul telah beritahu segalanya.

Mak Leha betul-betul menyesal kerana menyuruh Khuzairi kahwin dengan Nurul.

Mia Adriana nekad menunaikan janjinya kepada Mak Leha.

Khuzairi pula baru tahu Mia buat semua ini kerana Mak Leha. Mak Leha dah beritahu segalanya kepada Khuzairi.

Pak Samad telah menyedarkan Nurul. Nurul menyesal.

Best episod hari ini. Tak senang duduk tengok episod hari ini.



Rabu, 12 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 30 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 30 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Nurul semakin melampau.

Semakin lama semakin sweet gandingan lakonan Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila.

Ulasan:
Mak Leha menyesal dan tidak mahu Mia meninggalkan Khuzairi. Mia pula mahu Khuzairi kahwin dengan Nurul sebab mahu suaminya dapat isteri terbaik. Nurul datang ke rumah Mak Leha untuk memecah belahkan lagi hubungan Mia & Khuzairi.

Ulasan:
ED fokus pada Helmi dan Sofi je la hari ini. Suka tengok chemistry diorang.

Selasa, 11 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 29 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 29 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Mak Leha dah menyesal...

Khuzairi tak mahu berpisah dengan Mia.

Sinopsis:
Mia terjatuh ketika mahu menolong Mak Leha yang pengsan. Disebabkan itu, Mia selamat bersalin awal. Mak Leha menyesal dengan tindakannya kepada Mia. Mia cuba pergi selepas bersalin tetapi Mak Leha berjaya halang.

Syakila dan Hayati pun dah insaf dalam episod hari ini. Hayati rindukan Mia.

Ulasan:
Sedih la pulak tengok episod hari ini. ED tabik kepada penulis novel Siti Rosmizah kerana mencipta jalan cerita yang mampu buat penonton beremosi. Tahniah!

Isnin, 10 Ogos 2020

(Sembang) Wafariena automatik popular kerana watak Nurul Ain 7 Hari Mencintaiku 2

Wafariena Roslan beruntung kerana dapat memegang watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 kerana secara automatik namanya dikenali menerusi drama ini. Mana tidaknya, watak Nurul Ain yang dikecam oleh penonton secara tidak langsung menaikkan lagi namanya. 

Jom tengok mimik muka watak Nurul Ain lakonannya...



Geram kan? Tahniah kerana berjaya membawa watak ini dengan baik sehingga membuatkan ramai penonton membenci watak Nurul Ain.

Tahukah anda, dalam 7 Hari Mencintaiku, watak Nurul Ain dibawakan oleh Zaryn Min.

(Ulasan) Episod 28 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 28 drama 7 Hari Mencintaiku 2.


Sinopsis:
Mak Leha baru tahu perangai sebenar Nurul. Nurul mahu berkahwin dengan Khuzairi kerana harta dan tidak mahu hidup susah. Nurul sudah menunjukkan perangai sebenarnya kepada Mak Leha.

Ulasan:
ED suka plot twist dalam drama ini. Kalau siapa yang belum baca novel macam ED, mesti ingat Nurul ni baik.

Jumaat, 7 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 27 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 27 drama 7 Hari Mencintaiku 2.


Sinopsis:
Terdiam Mak Leha apabila Helmi mengingatkannya tentang pengorbanan Sofi kepada Helmi. Sewaktu Helmi jahat dan tiada apa-apa, hanya Sofi yang mahu menerima Helmi. Sofi juga sedih apabila melihat betapa ikhlasnya cinta Helmi kepadanya walaupun Sofi belum mengandung lagi. Mak Leha minta maaf kepada Sofi.

Ulasan:
Pengajaran hari ini, jika ibu kita tersilap, sebagai anak tegurlah secara baik tanpa membenci. Seperti Helmi tegur Mak Leha.

Khamis, 6 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 26 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 26 drama 7 Hari Mencintaiku 2.


Sinopsis:
Mak Leha semakin melampau. Dia biarkan Mia kempunan nak makan biskut semperit buatannya. Mak Leha tak bagi Mia makan. Sofi pula terdengar perbualan Mak Leha dengan Nurul tentang dirinya mandul. Mak Leha ada hati nak carikan isteri kedua untuk Helmi.

Ulasan:
Geram betul tengok Mak Leha & Nurul ni. Ramai geram tengok mereka. Watak mereka menjadi.

Rabu, 5 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 25 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 25 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Wafariena Roslan sebagai Nurul.

Nurul dah mula tunjuk perangai sebenarnya hari ini.

Sinopsis:
Nurul mula menunjukkan sikapnya yang memang suka dengan Khuzairi. Nadia tidak suka perangai gedik Nurul. Mia pula sudah minta maaf pada Mak Andak.

Ulasan:
Mungkin sebab ED team Mia, jadi ED tak suka dengan watak Nurul. Kira lakonan Wafariena menjadi la sebab ED benci betul watak Nurul dalam drama ni. Watak Nurul tu jahat dalam baik. Hahaha....

Selasa, 4 Ogos 2020

(Ulasan) Episod 24 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 24 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Sedih episod hari ini...

Wan Sharmila dan Siti Saleha.

Sinopsis:
Mia bertengkar dengan Mak Leha. Khuzairi menyuruh Mia minta maaf kepada ibunya tetapi Mia cabar Khuzairi berkahwin dengan Nurul untuk memuaskan hati Mak Leha. Khuzairi terkilan lalu bersetuju menyahut cabaran Mia. Selepas itu, Hayati telah menceritakan kejahatannya kepada Mia kerana geram. Mia sedih.

Ulasan:
Episod hari ini klimaks drama ini. Memang banyak babak best dan membuai emosi penonton. Lakonan para pelakon all out dalam drama ini. Terbaik!!

(Drama RTM) Drama Jangan Menangis Cinta, akan datang...

Drama baharu, Jangan Menangis Cinta, akan datang di RTM.

Lakonan Neera Azizi, Aiman Hakim Ridza dan Ikmal Amry.

Ini bukan drama adaptasi novel. Drama ini arahan Rahila Ali. Nantikan ye...

Udada Ubabye!!

Isnin, 3 Ogos 2020

(Samarinda TV3) Drama Hati Yang Tersakiti, akan datang...

Drama baharu yang mungkin dinantikan ramai...

Drama Hati Yang Tersakiti lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.

Berdasarkan gambar-gambar drama ini di Instagram, drama ini dikatakan mungkin macam drama popular Korea, The World of The Married.

ED pun tunggu drama ni. Sama-sama kita nantikan di slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!!

(Ulasan) Episod 23 drama 7 Hari Mencintaiku 2

Berikut ulasan episod 23 drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Wan Sharmila.

Sinopsis:
Sofi dan Helmi dah rujuk balik. 

Ulasan:
Kita fokus pada Sofi dan Helmi je la dalam episod hari ini sementara Mia dan Mak Leha belum berbaik, Nad dan Zaidi yang tak sudah2 merajuk.

Serius, dalam musim kedua ni, jalan cerita Sofi dan Helmi meredakan emosi penonton yg menonton drama ni.

(Awesome TV) Drama Janda Kosmopolitan dan One Two Hantu

Hari ini Awesome TV mula bersiaran. Inilah antara drama taruhan stesen tv tersebut.

Janda Kosmopolitan dan One Two Hantu. Waktu siaran tertera dalam gambar.

Selamat menonton. Udada Ubabye!!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi