Jumaat, 29 Januari 2021

(Ulasan) Episod 17 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 17 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Syazuwan Hassan, Nasreen Ngasri, Raden Zaharatul, Datin Anne Ngasri dan Husna Mustaffa.

Sinopsis:
Filman sudah tahu dari awal bahawa Melly bukan anaknya tetapi anak abangnya Firdaus. Pak Long dan Mak Long Danira meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Danira mahu diculik tetapi Alif cuba selamatkan Danira. Alif telah dipukul & Danira pengsan kerana ditolak oleh samseng tersebut.

Ulasan:
Best drama ni! Lebih-lebih lagi episod hari Jumaat, mesti banyak babak best.

(Ulasan) Episod 6 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 6 drama Rahimah Tanpa Rahim.

Ezzaty Abdullah sebagai Nurul.

Sinopsis:
Nurul pergi ke kampung, tempat Jauhar bekerja. Nurul ternampak Jauhar dan Rahimah di tempat kerja Jauhar. Apa lagi, Nurul terus tampar Rahimah.

Ulasan:
Ezzaty Abdullah, antara pelakon berbakat. Teringat dia dalam drama Korban Kasih dan Cinta Sekali Lagi. Dalam drama ini, dia bawa watak antagonis.

Khamis, 28 Januari 2021

(Ulasan) Episod 16 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 16 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Danira terkejut...

Sinopsis:
Melly terjatuh ketika bermain gelongsor di taska. Wirda nampak lalu dia menyalahkan Danira kerana cuai. Filman pula datang mempertahankan Danira. Filman sudah beritahu Wirda bahawa dia mencintai Danira dan ingin berkahwin dengan Danira.

Filman melamar Danira untuk menjadi isterinya.

Ulasan:
Dah semakin dekat... ED tunggu part Filman tahu tentang masa lalu Danira. Bila erk?

(Buah Mulut) Lakonan Nad Zainal on point dan sangat bagus dalam drama Takdir Yang Tertulis

Sejak drama Takdir Yang Tertulis tayang di TV3, ramai yang suka dan puji lakonan Nad Zainal. Lakonannya sangat bagus dan on point! Sangat kena aksi dan dialog dia sebagai Juweta, perempuan yang dicurangi.

Nad Zainal sebagai Juweta. ED suka tengok gaya dia yang ni dalam iklan. Hempas...!! 

Penerbit drama Haji Zil pun suka lakonan Nad Zainal.

Tak salah kalau ED katakan, Nad Zainal antara heroin drama Melayu Gred A lakonannya. Bawalah apa watakpun, dia akan lakukan dengan cemerlang! Tahniah untuk Nad Zainal!

(Ulasan) Episod 5 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 5 drama Rahimah Tanpa Rahim.

Diana Dee dan Hafidz Roshdi.

Sinopsis:
Adli dah tahu Pak Akob dan adiknya Shida mempunyai hubungan sulit di rumah Pak Akob. Adli bergelut dengan Pak Akob sehingga Pak Akob terjatuh lalu tertusuk gunting. Shida cuba lari tetapi terjatuh tangga lalu meninggal dunia. Pak Akob dimasukkan ke wad kecemasan.

Ulasan:
Tak perlu sampai ke penghujung episod, drama ini memaparkan watak jahat dapat balasan cash. Jadikan pengajaran drama ini.

(Update) Tayangan perdana drama Hari Kita Jatuh Cinta di Awesome TV

Drama adaptasi novel Hari Kita Jatuh Cinta akan ditayangkan secara perdana pada 1, 2 dan 3 Februari ini pukul 9.00 malam di Awesome TV.

Para pelakon drama ini.

Baguslah drama seperti ini tayang pada pukul 9.00 malam. Memang waktu orang menonton tv pada waktu itu.

Rabu, 27 Januari 2021

(Ulasan) Episod 15 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 15 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Danira diculik.

Sinopsis:
Danira diculik oleh orang-orang Mr. K tetapi diselamatkan oleh Kobe. Danira pernah nampak Kobe sebelum ini dengan arwah ayah dan emaknya. Danira syak Kobe yang bunuh ayah dan emaknya. Danira pulang ke taska semula apabila Kobe rasa selamat untuk Danira.

Danira mula mengingatkan Alif tentang masa lalunya. Danira memanggil Alif dengan nama Naufal.
Ulasan:
Selain kisah keluarga dan cinta dalam drama ini, ada juga kisah penyiasatan jenayah pembunuhan ayah dan ibu Danira. Belum tahu lagi, sebab apa mereka dibunuh.

(Ulasan) Episod 4 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 4 drama Rahimah Tanpa Rahim.

Puteri Aishah sebagai Rahimah.

Sinopsis:
Rahimah sudah berkawan baik dengan Jauhar. Bapa Rahimah tidak menyukai Jauhar dan menyuruh Jauhar pergi dari kampung.

Ulasan:
Setakat ini, drama ini masih mengisahkan keluarga Rahimah yang negatif. Dari ayah sampai adiknya, semuanya jahat. Hehehe...

(Bunga Syurga) Tafsir Surah Al Maidah Ayat 120

Assalamualaikum & selamat pagi.

Selasa, 26 Januari 2021

(Ulasan) Episod 14 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut adalah ulasan episod 14 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Husna Mustaffa sebagai Danira.

Sinopsis:
Danira sebenarnya suka kepada Filman dan dia sudah bersedia memberitahu Filman tentang masa lalunya. Tengku Amar pula mahu pembunuh anaknya dihukum kembali. Joshua pula diminta oleh pak ciknya supaya menyelamatkan Danira. Fuh, berkait-kait jalan ceritanya.

Ulasan:
Patutlah dalam iklan kata drama ni terbaik sebab memang pun. Terbaik!

(Ulasan) Episod 3 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 3 drama Rahimah Tanpa Rahim.

Diana Dee sebagai Shida dan Hafidz Roshdi sebagai Adli.

Sinopsis:
Shida mengugut dan memijak tangan Rahimah supaya tidak membocorkan rahsia hubungan dia dengan ayah Rahimah. Jauhar melihat kejadian itu lalu membantu membalut tangan Rahimah dengan sapu tangannya. Adli pula nampak lalu mengugut Jauhar supaya tidak rapat dengan Rahimah.

Ulasan:
Diana Dee ni pelakon kelahiran DFKL TV3. Lakonan dia menjadi sebab menyampah tengok watak dia. Hahaha...

Isnin, 25 Januari 2021

(Ulasan) Episod 13 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 13 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Shah Hazvee, Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan.

Sinopsis:
Alif menjemput Melly di taska lalu mengajak Danira keluar makan. Danira cuba mengorek masa lalu Alif tetapi tidak berjaya. Filman memberi hadiah kepada Danira sebagai tanda dia betul-betul seriua kepada Danira.

Ulasan:
Bila la nak dapat tahu Alif tu ialah Naufal, adik Danira yang dah lama terpisah. Ada 13 episod lagi drama ini.

(Ulasan) Episod 2 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 2 drama Rahimah Tanpa Rahim.

Azlee Khairi sebagai Jauhar & Puteri Aishah sebagai Rahimah.

Sinopsis:
Jauhar mula suka kepada Rahimah. Rahimah pula tahu ayahnya ada skandal dengan Syida, adik Adli yang masih bersekolah menengah lagi. Jauhar bertunang dengan Nurul walaupun hatinya sudah terpaut pada Rahimah.

Ulasan:
ED suka subplot drama ini. Macam-macam kisah watak dalam drama ini. Bukan tertumpu pada Rahimah tanpa Rahim sahaja.

(Bunga Syurga) Tafsir surah Al Hadid ayat 22

Assalamualaikum. Selamat pagi.


Hidup ini adalah sebuah takdir.

Jumaat, 22 Januari 2021

(Ulasan) Episod 12 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 12 drama Mencari Kiblat Cinta.

Shah Hazvee dan Husna Mustaffa.

Sinopsis:
Alangkah terkejutnya Danira apabila melihat Alif mengambil Melly di taska. Puan Karmila cakap, Alif tu memang anak Tengku Amar. Filman dah tahu tentang Danira ada adik tetapi sudah lama terpisah. Filman, Zulbhan dan peguam Joshua suka Danira. Habislah....

Ulasan:
Episod hari ini best. Lagi-lagi part Danira jumpa adiknya.

(Ulasan) Episod 1 drama Rahimah Tanpa Rahim

Berikut ulasan episod 1 drama Rahimah Tanpa Rahim di TV3.

Puteri Aishah dan Hafidz Roshdi. Cantik pemandangan kampung drama ni.

Sinopsis:
Rahimah dibenci ibunya. Rahimah berkawan baik dengan Adli. Apabila mereka masuk ke hutan untuk makan ikan bakar, ada orang yang memfitnah mereka melakukan perkara yang tidak baik. Rahimah pelik apabila kawan adiknya uzur sebab dia tidak pernah uzur.

Ulasan:
Lain daripada yang lain drama ni. Banyak lagu latar best & pemandangan yang cantik dalam drama ini.

(Sembang) Trivia drama Mis Tres Hermanas Malaysia

Hai, ED nak share sedikit trivia tentang drama Mis Tres Hermanas Malaysia. Ramai yang nak tahu tentang drama ni.

Tajuk drama ini mungkin akan ditukar dalam Bahasa Melayu. ED sempat berbual melalui Instagram dengan salah seorang pelakon drama ini, Shah Iskandar. Shah Iskandar akan membawakan watak sebagai Carlos.

Pelakon utama ialah Isyariana dan Amar Baharin.

Para pelakon lain yang membintangi drama ini.

Drama ini terbitan Global Station arahan Riza Baharuddin dan jumlah episod drama ini adalah sebanyak 65 episod. Jika mendapat sambutan ramai, episodnya mungkin akan ditambah lagi. Drama ini akan ditayangkan di slot Tiara Astro Prima.

Khamis, 21 Januari 2021

(Ulasan) Episod 11 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 11 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan.

Sinopsis:
Filman mengajak Danira makan malam. Ayah Filman marah kepada peguamnya kerana melepaskan Danira dari tahanan penjara. Danira risau menerima cinta Filman kerana risau Filman tahu kisah lalunya sebagai seorang banduan dan Danira juga terpengaruh dengan kata-kata Wirda.

Ulasan:
ED pilih tengok drama ini sebab jalan ceritanya tak klise dengan trend drama sekarang iaitu tentang perampas suami orang.

Rabu, 20 Januari 2021

(Ulasan) Episod 10 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 10 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan. Gandingan lakonan serasi.

Sinopsis:
Melly tidak mahu Wirda menjadi ibunya. Melly menyukai Danira. Filman juga menyukai Danira. Filman suka menyakat Danira. Semasa Filman, Danira dan Melly makan di restoran bersama, sepupu Danira, Yana nampak. Melentilnglah Yana yang poyo tu. Hehehe... Yang Wirda pun, datang jumpa Danira sebab cemburu.

Ulasan:
Suka tengok aura Danira dalam drama ni. 

Selasa, 19 Januari 2021

(Ulasan) Episod 9 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 9 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Dayana Roza sebagai Wirda.

Sinopsis:
Rupanya, Wirda yang suruh Filman ceraikan dia dan menyuruh Filman mengambil Melly. Wirda tak boleh lupakan Firdaus. Selepas 5 tahun menghilang, Wirda mahu kembali kepada Filman. Filman serik dan tidak mahu kembali kepada Wirda.

Ulasan:
Drama ni cukup rencah, ada part sedih, ada part dendam, ada part cinta, ada part lawak dan ada part bekas isteri mahu kembali rujuk. Hehehe...

(Ulasan) Episod 9 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Isnin, 18 Januari 2021

(Ulasan) Episod 8 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 8 drama Mencari Kiblat Cinta.

Fifi Laura Olivia sebagai Melly dan Fazurina sebagai Lin.

Sinopsis:
Filman menyatakan isi hatinya kepada Danira. Danira terpaksa menolak cinta Filman kerana dia sedar akan siapa dirinya. Dalam episod hari ini, baru dapat tahu Melly sebenarnya anak Wirda dan Firdaus. Selepas, Firdaus meninggal dunia, Filman melamar Wirda yang sedang hamil. Wirda kahwin dengan Filman untuk kepentingan dirinya, bukan sebab cinta.

Ulasan:
Setiap episod drama ni, terbuka sedikit demi sedikit persoalan yang bermain di minda penonton. Drama ni diolah dan disunting dengan baik.

(Drama Baharu) Drama Mis Tres Hermanas versi Malaysia, akan datang...

Wah, ada telenovela popular yang diadaptasi ke drama Malaysia. Ini dia...

Drama Mis Tres Hermanas versi Malaysia lakonan Mona Allen, Isyariana, Mia Nasir, Arena Iman dan ramai lagi. Ada Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Amar Baharin.

Hero & heroin drama ini, Isyariana dan Amar Baharin.

Nantikan di slot Tiara Astro Prima. Udada Ubabye!!

Sabtu, 16 Januari 2021

(Drama Baharu) Drama Ustazah Biker, akan datang...

Nantikan drama baharu, Ustazah Biker akan datang di Salam HD, Unifi TV.

Lakonan Chacha Maembong dan Hazman Al Idrus serta ramai lagi.

Drama ini terbitan A. Aida Productions. Murah rezeki Chacha Maembong tahun ini.

Jumaat, 15 Januari 2021

(Ulasan) Episod 7 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 7 drama Mencari Kiblat Cinta.

Syazuwan Hassan dan Husna Mustaffa. Gandingan lakonan serasi awal 2021.

Sinopsis:
Alif sakit rupanya. Alif hilang ingatan dan ayah Filman yang jumpa Alif dulu. Filman semakin rapat dengan Danira. Keluarga Pak Long dah tahu Filman rapat dengan Danira. Melly pula tidak mahu Wirda menjadi emaknya, Melly nak Danira jadi emak barunya.

Ulasan:
Sweet episod hari ini. ED tak dapat bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya keluarga Filman tahu tentang masa lalu Naufal dan Danira.

Khamis, 14 Januari 2021

(Ulasan) Episod 6 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 6 drama Mencari Kiblat Cinta.

Shah Hazvee dan Husna Mustaffa.

Sinopsis:
Zubhan gagal mencari jejak adik Danira. Cerita Filman pula, ayahnya selalu memarahi Filman atas urusan kerja. Filman juga risau bekas isterinya mahu mengambil Melly, anaknya semula. Ayah Filman tidak akan memaafkan pembunuh anak kesayangannya, Firdaus. 

Danira menghantar Melly ke rumahnya, dia terjumpa Alif yang dianggap seperti Naufal.

Ulasan:
Setiap kali nak habis drama ni, mesti ada babak yang buat penonton nak tengok lagi episod seterusnya. Best!

Rabu, 13 Januari 2021

(Ulasan) Episod 5 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 5 drama Mencari Kiblat Cinta.

Shah Hazvee, Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan.

Sinopsis:
Alif balik dari London ke Malaysia. Alif ni sebiji macam adik Danira tetapi Filman panggil dia adik dan Alif ni tinggal dengan keluarga Filman. Danira pula diburu oleh orang-orang yang mahu sesuatu daripada keluarganya. 

Ulasan:
Okey, jalan cerita drama ini buat penonton kena tengok episod seterusnya untuk menjawab persoalan yang timbul di minda. Banyak persoalan yang bermain di minda ni. Contohnya, apa akan berlaku jika Filman tahu Alif yang bunuh abangnya. Hehehe... 

(Bunga Syurga) Ujian Penghapus Dosa

Selamat malam.

Selasa, 12 Januari 2021

(Ulasan) Episod 4 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 4 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan. Dah mula nampak chemistry lakonan mereka.

Sinopsis:
Danira bekerja di taska. Salah seorang pekerja taska tidak menyukai Danira. Firman pula seakan suka kepada Danira setelah melihat Danira menjaga anaknya sampai tertidur kerana Filman lambat jemput anaknya di taska. Wirda mahu mendapatkan Firman dan anaknya semula setelah 5 tahun meninggalkan mereka.

Ulasan:
ED tak tahu kenapa, tetapi drama ni best untuk ditonton. Jalan ceritanya tak stres untuk ditonton walaupun ada bahagian2 yang berat dan sedih.

Isnin, 11 Januari 2021

(Ulasan) Episod 3 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 3 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Ali Rezark (Firdaus) Shah Hazvee (Naufal) Husna Mustaffa (Danira) dan Syazuwan Hassan (Firman)

Sinopsis:
Danira dipenjarakan selama 6 tahun kerana mengaku membunuh Firdaus untuk melindungi adiknya. Danira keluar penjara awal kerana berkelakuan baik. Selepas keluar penjara, Danira cuba kembali ke rumah ibu bapanya tetapi Pak Long menghalau Danira lagi. Danira bekerja di taska. Danira dilayan baik oleh pemilik taska tersebut.

Ulasan:
ED suka tengok drama ni sebab jalan ceritanya sedih dan lagu temanya pun sedih. 

(Drama Baharu) Drama Mek Cha, akan datang...

Drama baharu Mek Cha akan datang di RTM. Mengisahkan tentang perempuan Kelantan yang bernama Mek Cha.

Aqasha dan Chacha Maembong pelakon utama drama ini.

Nantikan drama 13 episod ini. Mungkin ini drama komedi.

(Bunga Syurga) Definisi kaya menurut Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Selamat pagi. Biar hidup biasa-biasa tetapi dalam hati, rasa sentiasa cukup dengan rezeki yang Allah beri. Kan rasa tenang tu & takde rasa nak berlumba dengan orang lain. #bungasyurgaedtv 

Ahad, 10 Januari 2021

(Update) Tarikh siaran drama Takdir Yang Tertulis

Drama Takdir Yang Tertulis akan menggantikan drama Bougainvillea di slot Samarinda TV3.

Antara pelakon drama ini, Alvin Chong, Nazim Othman, Isaac Iman, Muaz Fitri dan ramai lagi.

Nantikan drama ini pada tarikh yang tertera di atas.

Sabtu, 9 Januari 2021

(Drama Baharu) Drama Ayahanda, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu Ayahanda, akan datang di slot Lestary TV3. Macam drama best ni!

Pelakon drama ini ialah Jalil Hamid, Redza Rosli, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi. Terbitan Zeel Productions.

Info ini daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Nantikan drama ini ye...

(Drama Baharu) Drama Budak Tebing 2, akan datang...

Yeayyy!!! Drama Budak Tebing 2, akan datang di slot Lestary TV3.

Para pelakon drama ini, Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Fariz Iskandar, Eyka Farhana dan ramai lagi.

ED jadi terfikir, bagaimana agaknya kisah mereka dalam musim kedua ni? Kita tunggu dan saksikan sama2 drama ini nanti.

Jumaat, 8 Januari 2021

(Ulasan) Episod 2 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 2 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey.

Shah Hazvee sebagai Naufal dan Husna Mustaffa sebagai Danira.

Sinopsis:
Emak Danira meninggal dunia jatuh dari tingkat atas hospital. Mak Long dan Pak Long pula bertindak kejam dengan menghalau Danira dan adiknya dari rumah mereka.

Selepas kejadian itu, Danira tinggal bersama Pak Maidin dan kerja dengan Pak Maidin. Naufal pula buat hal. Dia ponteng sekolah dan join group macam group ahlong. Naufal telah menikam Firdaus, peguam yang ingin membela arwah ayahnya.

Ulasan:
Jalan cerita drama ni menarik. ED suka kisah kegigihan seorang kakak dalam drama ni.

(Drama Baharu) Drama Menantu Tok Sintok bermula hari ini

Saksikan drama terbaru Salam HD, Menantu Tok Sintok mulai 8 Januari 2021, Jumaat , 6 petang

Lakonan Farhan Asri, Ikhram Juhari, Khalida Balqis dan Hanna Qistina serta ramai lagi.

Siaran Ulangan (10 malam)
Eksklusif hanya di Salam HD, saluran 113 Unifi TV

Terbitan: A.AIDA PRODUCTION SDN BHD

—————————————————————————
Tiada unifi TV ? Tiada masalah. 👌🏻
•Muat turun applikasi #playtv @unifi di apps/google store untuk menonton program menarik @salamhd113 sekarang! 👍🏻😁

(Update) Sah, inilah pelakon utama drama Cukup Derita Itu

Sah, inilah barisan pelakon utama drama Cukup Derita Itu.

Intan Najuwa sebagai Ellani, Aqasha sebagai Zarul, Chacha Maembong sebagai Ellani dan Farhan Asri sebagai Amirul.

Info ini ED dapat daripada pelakon dan krew drama tersebut. Nantikan drama ini pada Ramadan di slot Samarinda TV3.

(Drama Baharu) Drama Melastik Ke Hatimu, akan datang...

Drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu akan menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan di slot Lestary TV3. Bermula 21/1/2020.

Andi Bernadee dan Janna Nick pelakon utama drama ini.

Nantikan!

Khamis, 7 Januari 2021

(Ulasan) Episod 1 drama Mencari Kiblat Cinta di TV Okey

Berikut ulasan episod 1 drama Mencari Kiblat Cinta.

Husna Mustafa sebagai Danira.

Sinopsis:
Ayah Danira mati dibunuh. Selepas itu, emaknya pula sakit mental. Adiknya Naufal pula tak boleh terima masakan Danira. Emak Danira dimasukkan ke hospital. Danira dan Naufal diamanahkan kepada Pak Long dan Mak Longnya walaupun dia tak suka.

Pak Long dan Mak Long hanya mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga Danira. Mereka jahat. Geram je tengok... 

Ulasan:
Okey, boleh follow drama ni sebab best dan sedih. Jalan ceritanya bukan perampas suami orang atau bisnes syarikat juta-juta.

(Sembang) Akan ada drama Budak Tebing 2

Adam Lee telah berkongsi skrip drama Budak Tebing 2 di Instagram Story. Maksudnya, akan ada drama Budak Tebing 2 di TV3.

Adam Lee.

Kita nantikan update seterusnya tentang para pelakon drama ini. Ada yang berubah atau sama sahaja? 

(Drama Baharu) Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, akan datang...

Mungkin ini drama Ramadan untuk Awesome TV.

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini. Lakonan utama Keith Foo dan Jaja Iliyes.

Drama ini terbitan Pencil Pictures. Nantikan!

Rabu, 6 Januari 2021

(Muzik) Pelancaran lagu Mimpi, Haqiem Rusli

MIMPI – Single terbaru Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli atau pemilik nama Ridzuan Haqiem B Rusli  - 23 Tahun.  Setelah hampir 5 tahun bergelar artis di bawah naungan FMC Music ( 2016 – kini) Haqiem melancarkan single ke 14 beliau di awal tahun 2021. Lagu yang menjadi runut bunyi drama bersiri – Bidadari Salju (TV3) ini mendapat perhatian peminat sewaktu episod pertama drama itu ditayangkan di kaca televisyen.

“Ramai yang DM saya dan bertanya kenapa bila cari di youtube muzik video rasmi lagu MIMPI tiada?. Pertanyaan itu membuatkan saya rasa sangat gembira dan rasa dihargai peminat. Dan untuk mereka yang ternanti nanti Muzik Video mimpi, anda semua boleh menonton di saluran youtube FMC Music mulai malam esok  7hb Januari  mulai jam 8 malam”

“bila ramai yang bertanya saya pula yang rasa teruja seolah olah ini single pertama saya yang baru nak keluar, lain macam lak rasanya, mungkin lagu ni nak meletop luar biasa kot” kata Haqiem berseloroh. 

Haqiem Rusli yang mula dikenali dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi kini makin berani dan yakin mengetengahkan lagu ciptaan beliau sendiri untuk dipersembahkan buat semua peminat. MIMPI – merupakan single ke 5 lagu ciptaan beliau yang dinyanyikan sendiri oleh beliau, selain lagu -BANGKIT, LEMBAH KESEPIAN, QIEMILLIO dan WHAT CAN I DO FOR U. 

Namun kali ini Haqiem bergandingan dengan pelakon dan producer Dato’ A.Aida untuk menghasilkan lagu dan lirik mimpi

ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Dato A.Aida  di dalam studio, saya suka semangat  dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja. Saya kagum dengan beliau. Bukan sahaja wanita yang Berjaya dalam perniagaan malah ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa”.

Bila ditanya tentang harapan beliau untuk lagu mimpi Haqiem berkata 
“bohong kalau saya kata saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, ini lagu saya mestilah saya harapkan sesuatu dari hasil kerja keras saya. 2021 ni saya nak orang mengenali Haqiem Rusli bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya mahu mencipta jenama sebagai Komposer yang disegani seperti Dato’ M.Nasir dan Dato’ Ahmad Nawab. Itu matlamat dan sasaran saya untuk tahun baru ini.

Bila ditanya tentang berduet dengan artis wanita,

“buat masa ini saya lebih selesa fokus pada nyanyian solo saya, bukan tak mahu tetapi nanti dulu, ada je penyanyi wanita yang ajak saya berduet di dalam lagu, tetapi saya menolak dengan cara baik kerana bagi saya biarlah saya betul betul sukses dengan lagu solo dan lagu – lagu ciptaan saya dulu. Dan ramai juga yang minta saya buat lagu untuk mereka tetapi memandangkan waktu saya agak terhad jadi saya mohon maaf jika tidak dapat memenuhi permintaan mereka buat masa ini. 

Bercakap tentang muzik video mimpi, terdengar desas desus mengatakan bahawa terdapat sedikit permasalahan dan salah faham telah berlaku. Mengikut perancangan asal, sepatutnya Hero dan Heroin drama Bidadari Salju turut berlakon dan muncul dalam Muzik Video mimpi.Tetapi di saat akhir mereka menarik diri.

“saya tidak pasti apa yang berlaku kerana pihak produksi Muzik video yang berhubung dan berurusan dengan mereka, apa yang pasti saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon / model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat). Jika tidak maaf saya tidak setuju. 

Menurut sumber pelakon wanita dan lelaki itu telah tiba di lokasi pengambaran muzik video, tetapi setelah siap  make up dan mejelang tengah hari berlaku sedikit perbincangan  dan dengarnya ada miscommunication, akhirnya mereka pulang dan terpaksa di gantikan dengan model sahaja. Isu tersebut mungkin berkaitan dengan pemakaian tudung. 

saya taknak mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku, kerana urusan pelakon tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi, tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama 28 episod - bidadari salju yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut. Bagi saya tidak menjadi masalah dan akan lebih meriah jika mereka sudi untuk turut serta dalam muzik video saya kali ini”
Kata Haqiem yang enggan memanjangkan kisah disebalik penarikan diri di saat akhir pelakon drama tersebut.

bagi saya semua perkara Allah yang tentukan, mungkin bukan rezeki saya untuk bersama mereka dalam muzik video Mimpi. Jadi saya ok saje, tidak marah atau merasa kecil hati. Walaubagaimana pun saya berterima kasih kerana mereka ada niat untuk bantu saya menjayakan muzik video ini.

Semoga lagu MIMPI ini mendatangkan tuah buat Haqiem Rusli dan Dato’ A. Aida selaku pencipta dan penulis lirik bersama dalam lagu ini. 

“Saya harap single kali ini Berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagu saya sebelum ini - Selamat Tinggal Sayang. Kalau anda sayang saya sudi sudikanlah tonton Muzik video Mimpi dan download lagu MImpi ok?. Lagu ini buah tangan saya di tahun baru 2021 buat semua peminat yang saya kasihi, kita bagi view lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani ? ”  Gurau Haqiem

(Drama Baharu) Drama Mak, Abang Nak Kahwin! akan datang...

Senang tajuk drama baharu ni! Drama Mak, Abang Nak Kahwin akan datang di TV Al-Hijrah.

Pelakon utama Shah Iskandar, Tania Hudson dan Reen Rahim.

Drama ini terbitan Skop Productions. Nantikan!

Selasa, 5 Januari 2021

(Drama Baharu) Drama Bila Hati Berbisik, akan datang...

Drama baharu, Bila Hati Berbisik akan datang di RTM, mungkin di TV Okey.

Pelakon utama, Zaki Azeman, Tania Hudson dan Ikmal Amry.

Drama 26 episod ini terbitan Juanridz Pictures. Nantikan! 

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi