Rabu, 30 Jun 2021

(Ulasan) Episod 5 drama Hatimu Sedingin Salju

Berikut ulasan episod 5 drama Hatimu Sedingin Salju.

Lakonan Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Hafeez Mikael.

Sinopsis:
Secara tidak sengaja, Rania keluar bersiar-siar dengan Nabil. Rania dan Nabil bersembang tentang kisah mereka yang dikhianati kekasih masing-masing. Nabil macam ada hati juga dengan Rania.

Ulasan:
Wah, semakin menarik jalan ceritanya. Dua beradik menyukai perempuan yang sama.

(Update) Drama Ayahanda ganti Budak Tebing 2

Selepas drama Budak Tebing 2 tamat nanti, inilah drama baharu yang akan menggantikannya.

Drama Ayahanda lakonan Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Nor Khiriah, Shah Jaszle, Hairi Safwan dan ramai lagi.

Drama Ayahanda bermula 10 Julai ini di slot Lestary TV3. Drama ni best tau! Kita tengok sama-sama nanti.

Selasa, 29 Jun 2021

(Ulasan) Episod 4 drama Hatimu Sedingin Salju

Berikut ulasan episod 4 drama Hatimu Sedingin Salju.

Hisyam Hamid sebagai Arman.

Sinopsis:
Rupa-rupanya, Arman menyukai Rania dari zaman kolej lagi. Haikal telah mengaku bahawa semua barang-barang yang Arman masukkan dalam beg Rania dulu adalah dari Haikal. Sebab itu, Rania mati-mati ingat Haikal adalah secret admire dia. Arman menyesal lepaskan Rania kepada Haikal.

Ulasan:
ED nampak drama ini disusun dengan cantik jalan ceritanya. ED tak tahu kenapa tetapi ED suka drama ini ...

Isnin, 28 Jun 2021

(Ulasan) Episod 3 drama Hatimu Sedingin Salju

Berikut ulasan episod 3 drama Hatimu Sedingin Salju.

Hafeez Mikhael sebagai Nabil dan Hisyam Hamid sebagai Arman.

Sinopsis:
Emak Arman mahu Nabil menyatukan Arman dengan Rania di Langkawi. Jika Arman dan Rania berjaya dijodohkan, Nabil akan mendapat sport car daripada ibunya. Namun, hati Rania belum terbuka untuk bercinta lagi. Arman ni senior Rania di kolej.

Ulasan:
Setakat ini, jalan ceritanya masih menarik untuk ditonton.

(Sembang) Novel Andai Itu Takdirnya akan didramakan

Sebenarnya, ramai pembaca novel nak sangat drama Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah didramakan. Sejak drama 7 Hari Mencintaiku ditayangkan lagi. Mereka tak dapat bayangkan bagaimana hasilnya kalau novel hebat Andai Itu Takdirnya dijadikan drama.

Berita baik untuk anda, novel Andai Itu Takdirnya akan didramakan. Siti Rosmizah sedang mencari para pelakon untuk drama ini.

Anda boleh cadangkan hero dan heroin drama ini di media sosial Siti Rosmizah. Wah, teruja juga nak tahu hero & heroin drama ini. Tapi kan.... ED rasa macam Shukri Yahaya je. Ni ED rasa la... Hehehe... Udada Ubabye!!

Jumaat, 25 Jun 2021

(Ulasan) Episod 2 drama Hatimu Sedingin Salju

Berikut ulasan episod 2 drama Hatimu Sedingin Salju.

Aprena Manrose sebagai Rania dan Fadlan Hazim sebagai Haikal.

Sinopsis:
Rania berjumpa dengan Haikal untuk meminta penjelasan kenapa Haikal tak datang pada hari pernikahan mereka. Haikal tidak boleh menikahi Rania kerana skandalnya tekah mengandungkan anaknya. Emak Arman sedang berusaha untuk mendekatkan Arman dengan Rania.

Ulasan:
Ramai puji lakonan Aprena Manrose semakin terserlah melalui drama ini.

Khamis, 24 Jun 2021

(Ulasan) Episod 1 drama Hatimu Sedingin Salju

Hai! Berikut ulasan episod 1 drama Hatimu Sedingin Salju.

Aprena Manrose sebagai Rania.

Sinopsis:
Rania tidak jadi bernikah dengan Haikal kerana Haikal tidak datang pada majlis pernikahan mereka. Selepas itu, hancurnya hati Rania apabila ternampak Haikal dengan perempuan lain.

Ulasan:
Wah, drama ini mula-mula dah sedih! Lakonan Aprena Manrose dalam drama ini banyak bermain dengan air mata. ED suka pulak drama sedih-sedih macam ni. Lagi 1, montaj drama ini cantik, lain daripada yang lain.

Sabtu, 19 Jun 2021

(Update) Tarikh siaran drama Hatimu Sedingin Salju

Inilah drama terbaharu yang akan menggantikan drama Masih Ada Rindu di slot Akasia TV3.

Drama Hatimu Sedingin Salju lakonan Aprena Manrose dan Hisyam Hamid serta ramai lagi.

Selamat menonton.

Khamis, 17 Jun 2021

(Sembang) Ramai kecewa ulangan drama Love You Mr. Arrogant di TV3 ditukar

Bermula semalam, TV3 telah menghentikan tayangan drama ulangan Love You Mr. Arrogant di slot Samarinda. Berdasarkan pemerhatian ED, ramai penonton kecewa kerana drama ini ditukar kepada drama Kampung Kolestrol. Bagi mereka, biarlah drama ini ditayangkan sehingga tamat sebab ramai yang ingin mengimbas kembali zaman kegemilangan drama ini. Dulu, drama ini memang fenomena.

Drama Love You Mr. Arrogant boleh ditonton di YouTube TV3.

ED tak tahu kenapa jadi begini? Penonton wajar kecewa sebab TV3 dah iklankan drama ini. Tiba-tiba tukar pulak...

Isnin, 14 Jun 2021

(Sembang) Habis PKP, ada lagi sambungan drama Cukup Derita Itu, Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan Hati Yang Dikhianati

Ada yang tanya, habis macam tu je drama Cukup Derita Itu, Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan Hati Yang Dikhianati? Jawapannya tidak, drama-drama tersebut belum habis shooting lagi. Kan sekarang waktu PKP, mereka tidak boleh shooting lagi.

Ruhainies dan Chacha Maembong dalam drama Cukup Derita Itu.

Insya-Allah, habis PKP nanti, mereka akan shooting balik dan ada lagi sambungan drama-drama tersebut. Drama Cukup Derita Itu ada 20 episod lagi.

Khamis, 10 Jun 2021

(Tahniah) Rating drama Tak Sempurna Mencintaimu catat 10 juta tontonan

Tahniah buat team drama Tak Sempurna Mencintaimu kerana drama ini mencatatkan rating 10 juta tontonan!

Redza Rosli dan Intan Najuwa sebagai pelakon utama drama ini.

Dengar desas-desus bahawa drama ini akan disambung pada musim kedua. Kita tunggu dan lihat nanti. Tahniah sekali lagi!

Rabu, 9 Jun 2021

(Ulasan) Episod 20 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 20 drama Cukup Derita Itu.

Balqisyh sebagai Lijah.

Disebabkan PKP, drama ini tayang 20 episod dahulu. Selepas tamat PKP, penggambaran akan dilakukan semula. Ada lagi 20 episod.

Sinopsis:
Lani terdengar emak Zarul bercerita dengan Mak Ngah Gayah bahawa emak Lani meninggal dunia kerana disantau. Yek masih kejam lagi menyeksa suaminya dengan menyiram air limau ke arah luka kaki suaminya. Lijah pula dah terkena ilmu hitam Yek. Lijah tergila-gilakan Mat Terup di hadapan ramai orang kampung.

Ulasan:
Macam-macam kisah ada dalam drama ni, kisah seram pun ada juga. ED suka jalan cerita drama ini.

Selasa, 8 Jun 2021

(Ulasan) Episod 19 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 19 drama Cukup Derita Itu.

Mubarak Majid sebagai Mat Terup, suami Yek.

Sinopsis:
Mak Yek selalu menyeksa suaminya Mat Terup. Mak Yek tidak memberikan nasi kepada suaminya dan melarang suaminya masuk ke rumah. Ayu juga mula membenci ayah tirinya Mat Terup. Mak Yek memang jahat, asyik guna ilmu hitam.

Ulasan:
Antaa watak sedih dalam drama ini, Mat Terup lakonan Mubarak Majid. Pelakon otai ni...

Isnin, 7 Jun 2021

(Ulasan) Episod 18 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 18 drama Cukup Derita Itu.

Ruhainies dan Hisyam Hamid. Gandingan lakonan serasi.

Sinopsis:
Disebabkan Lani susah tidur kerana Mak Ngah tidur berdengkur, Zarul menutup mulut Mak Ngah dengan solutape dan mengikat tangan Mak Ngah. Zarul juga menyerkup muka Mak Ngah ketika menyembur rumah dengan racun serangga. Anak Mak Yek pula telah disihir dan tunduk dengan kemahuan Mak Yek. Anak Mak Yek mahu memikat Zarul.

Ulasan:
Suka tengok giliran Mak Ngah pula kena dengan Zarul. Sebelum ni, bukan main buli Lani. Jalan cerita yang dinamik!

Khamis, 3 Jun 2021

(Ulasan) Episod 17 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 17 drama Cukup Derita Itu.

Hisyam Hamid sebagai Zarul.

Sinopsis:
Bagusnya Zarul balik ke kampung Lani. Zarul ajar Mak Ngah Gayah cukup-cukup. Zarul tak nak Mak Ngah Gayah buli Lani lagi.

Ulasan:
Syok tengok episod malam ni. Rasa puas Mak Ngah Gayah kena dengan Zarul.

Rabu, 2 Jun 2021

(Ulasan) Episod 16 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 16 drama Cukup Derita Itu.

Gandingan lakonan serasi, Ruhainies dan Hisyam Hamid.

Sinopsis:
Zarul semakin manja dan tidak mahu berenggang dengan Lani. Zarul mengamuk apabila Lani balik ke kampung tanpa memberitahunya. Zarul mahu pergi ke kampung Lani juga.

Ulasan:
Nampak chemistry lakonan Hisyam Hamid dengan Ruhainies. Tersenyum simpul dibuatnya tengok gelagat Zarul bermanja dengan Lani.

Selasa, 1 Jun 2021

(Ulasan) Episod 15 drama Cukup Derita Itu

Berikut ulasan episod 15 drama Cukup Derita Itu.

Didie Alias sebagai Mak Yek.

Sinopsis:
Mak Yek tak habis-habis biadap dengan suaminya. Mak Yek tak nak cerai dengan suaminya sebab tak nak jadi janda buat kali kelima. Lana pula dah tahu Zarul kahwin dengan Lani.

Ulasan:
Memang emosi tengok lakonan Didie Alias sebagai Mak Yek. Lakonannya mantap!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi