Ahad, 28 November 2021

(Drama Baharu) Drama Katakan Pada Dia, akan datang...

Drama adaptasi novel Selendang Anum (DBP) yang bertajuk akan ditayangkan di slot Drama on 2 TV2.

Pelakon utama drama ini ialah Izzue Islam dan memperkenalkan heroin baharu, Nina Kho Siew Ching.

Biasanya kalau drama adaptasi novel DBP, mesti best. Nantikan di TV2.

Sabtu, 27 November 2021

(Drama Baharu) Drama Temptation of Wife Malaysia, akan datang...

Wah, drama popular dari Korea, Temptation of Wife, akhirnya akan ada versi Malaysia. ED cuma tengok versi Filipina lakonan Marian Rivera. Tajuk drama ini dalam Bahasa Melayu belum tahu lagi....

Setakat ini, cuma tahu pelakon Nad Zainal sebagai Heidi. Menurut Nad Zainal di ig, watak Angeline dalam drama tersebut merupakan pelakon ratu air mata.

Ramai yang meramalkan Fasha Sandha sebagai Angeline. Sama-sama kita nantikan update terbaharu tentang drama ini. Drama ini khabarnya akan tayang dalam slot Tiara, Astro Prima.

Jumaat, 26 November 2021

(Drama Baharu) Drama Jangan Menangis Cinta, akan datang...

Hari ini para pelakon drama adaptasi novel, Jangan Menangis Cinta telah diumumkan.

Remy Ishak dan Amyra Rosli pelakon utama drama ini. Para pelakon lain boleh tengok di ig Siti Rosmizah.

Drama adaptasi novel Siti Rosmizah ini akan ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria. Drama ini 40 episod. Mungkin tayang pada tahun 2022. Sama-sama kita nantikan!

Sabtu, 20 November 2021

(Bintang Turki) Sinopsis drama Siyah Beyaz Ask

Hari ini bermulalah drama Turki di slot baharu TV3 iaitu slot Yasemin. Drama pertama slot ini ialah drama Siyah Beyaz Ask (Cinta Hitam Putih).

Pelakon utama drama ini, Ibrahim Çelikkol sebagai Ferhat & Birce Akalay sebagai Asli.

Sinopsis:
Asli, seorang pakar bedah yang berdedikasi dengan kerjanya, dan merawat pesakit siang dan malam. Manakala Ferhat pula adalah seorang pemimpin mafia yang berhati gelap dan tanpa belas kasihan. Suatu ketika, Asli terpaksa pergi merawat pesakit di kampus lain. Ketika itulah Ferhat meluangkan masa untuk menculik Asli untuk merawat pesakitnya, yang ditembaknya tetapi dia memerlukan jawapan daripadanya. Dia membawa Asli ke tempat yang tidak diketahui, di mana gengnya berada di sana. Dia memberitahu Asli bahawa pesakit itu bapanya, jadi Asli merawat pesakit itu, kemudian dia mengetahui bahawa Ferhat bukan anak kepada pesakit jadi dia berpura-pura menyembuhkan pesakit dan pergi. 

Kemudian Ferhat mendapati bahawa dia sebenarnya tidak menyembuhkan pesakit tetapi berpura-pura berbuat demikian, kemudian dia mengejarnya dan mengurungnya ke dalam kandang kuda kerana abangnya adalah seorang pegawai polis. Selepas dia mengurungnya, seorang lelaki polis Cem Cinar datang ke kem Ferhat dan dia cuba untuk memeriksa suspek pembunuhan tetapi dia tidak mempunyai sebarang bukti undang-undang untuk berbuat demikian. 

Kemudian, apabila Asli cuba melarikan diri dari kandang kuda yang dikurungnya, dia melihat Namik, bapa saudara Ferhat yang merupakan bos Asli membunuh pesakit di depan matanya. Ferhat melihat Asli melihat senario itu, Asli mula berlari dan dia mengejarnya. Ketika Asli melihat pembunuhan itu, Namik, bapa saudara Ferhat mengarahkan untuk membunuh Asli. Ferhat membawanya ke hutan dan mengacukan pistol ke arahnya tetapi kemudian dia mula menangis dan mula bercakap "biar saya hidup, biarkan saya hidup, tolong." 

Dia kemudian memberitahu bahawa Cem Cinar adalah abangnya dan selepas mendengar Ferhat tidak membunuhnya kerana dia tidak mahu sebarang masalah daripada polis. Dia memberinya dua pilihan, mati atau berkahwin dengannya dan mengambil nama keluarga. Dia mahu hidup jadi dia bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Saksikan drama Siyah Beyaz Ask setiap Sabtu pukul 2 petang di TV3.

Jumaat, 19 November 2021

(Tahniah) Selamat pengantin baharu Jasmin Hamid

Tahniah juga kepada pelakon Jasmin Hamid yang melangsungkan pernikahannya pada hari ini. Jasmin Hamid sedang popular dengan watak Mak Ngah Gayah drama Cukup Derita Itu.

Jasmin Hamid dan pasangan.


Selamat pengantin baharu & bahagia hingga ke jannah!

(Tahniah) Gambar-gambar majlis pernikahan Haqiem Rusli

Tahniah kepada Haqiem Rusli atas pernikahannya dengan Anis Sofea pada hari ini selepas solat Jumaat. Berikut gambar-gambar Haqiem Rusli pada hari pernikahannya (kredit gambar seperti pada watermark).





Selamat pengantin baharu & bahagia sehingga ke jannah! 

Rabu, 10 November 2021

(Update) Warung Wak 3: Dari Warung ke Kafe

Kuala Lumpur - 10 November 2021. Program hiburan terbitan Awesome TV, Warung Wak telah mendapat sambutan yang baik dari musim pertama hingga musim kedua. Kini Warung Wak 3 kembali menemui penonton di slot Ohsem-tainment bermula 11 November 2021. 

Warung Wak 3 sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung, musim ini Warung Wak sudah dinaik taraf  kerana perniagaan Wak bertambah maju. 

Program ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak. Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman pula menjadi pembantu beliau di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.

Kebanyakan artis yang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman, dibantu seorang tukang masak iaitu Shuk Sahar akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka.

Saksikan 13 episod Warung Wak 3 disiarkan setiap hari Khamis, jam 11.00 malam di  Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV. 

Selasa, 9 November 2021

(Drama Baharu) Drama Tarik Aku ke Syurga, akan datang...

Drama adaptasi novel Tarik Daku ke Syurga akan datang di TV3. Tajuknya diubah sedikit sahaja iaitu Tarik Aku ke Syurga.

Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan heroin baharu, Nelissa Nizam. Zul Ariffin membawakan watak Dr. Zamri yang kontroversi.

Drama ini 28 episod dan terbitan Creative Skill Solutions. Nantikan drama 28 episod ini di slot Samarinda TV3. Kita tunggu sama-sama drama ini. 

Rabu, 3 November 2021

OHSEM LEJEN, SLOT TERBAHARU DI AWESOME TV

Kuala Lumpur - 3 November 2021. Awesome TV dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebuah slot terbaharu iaitu slot OHSEM LEJEN yang akan menayangkan filem-filem zaman hitam putih seperti karya filem arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam.

Bersempena sambutan hari perayaan Deepavali 4 November ini, Awesome TV menyajikan dua buah filem terbaik bollywood iaitu filem Taal dan Ishq. Taal merupakan sebuah filem muzikal romatik lakonan Anil Kapoor, Aishwarya Rai dan Akshaye Khanna akan ditayangkan pada jam 2.00 petang.
Manakala, filem Ishq lakonan pasangan sensasi bollywood iaitu Ajay Devgan dan Kajol bersama dua pelakon hebat Aamir Khan dan Juhi Chawla  pada jam 9.00 malam. 

Antara yang menarik November ini, sebuah filem seram klasik berjudul RAHSIA menemui penonton di slot Malar Segar pada hari Selasa, 2 November 2021. Filem yang pernah memenangi lapan anugerah di Festival Filem Malaysia ini sudah lama tidak ditayangkan di kaca televisyen tempatan.

Manakala slot Malar Segar, Hindi Special dan Awesome Movie juga akan disajikan dengan filem filem hebat.

Slot Ohsem Lejen (Khamis, 9.00 malam)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendekar Bujang Lapok (11 Nov 2021)
Tiga rakan baik menyaksikan sendiri tentang kehebatan Pendekar Mustar menewaskan dua orang samseng di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Ramlee, Sudin dan Aziz pergi mencarinya hingga sampai ke Kampung Pinang Sebatang. Tujuan tiga orang bujang lapok ini ialah untuk menuntut ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar. Lakonan: P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin

Anak Bapak (18 Nov 2021)
Mengisahkan Harun seorang pengurus ladang yang suka berfoya-foya sehingga menyebabkan dia banyak berhutang antaranya Norma seorang penyanyi kelab malam yang tamakkan duit Harun. Apabila menyedari yang duit simpanannya semakin habis, Harun telah menipu bapanya Dato' Mahfiz mengatakan dia ingin berkahwin dan memerlukan wang. Lakonan: P. Ramlee, Roseyatimah dan A. R. Tompel

Kanchan Tiara (25 Nov 2021)
Kanchan terpegun dengan kemahiran Tirana dalam mempertahankan diri dan sukarela menawarkan diri menjadi anak muridnya. Tirana baru sahaja menetap di kampung itu tetapi disebabkan keengganan membayar duit kopi kepada orang suruhan Sahamboi maka dia kerap menjadi sasaran anak buah Sahamboi. Lakonan: P. Ramlee, Sarimah Ahmad dan Jins Shamsudin

Slot Malar Segar (Setiap Selasa-Rabu, 9.00 malam)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rahsia (2 Nov 2021)
Professor Hamdan dan Ramlah bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Lakonan: Noor Kumalasari dan Shukery Hashim

Ghazal Untuk Rabiah (3 Nov 2021)
Percintaan Rabiah dan Jamal ditentang oleh ibu bapanya dan Eddy yang telah membantu menyelamatkan Rabiah dan mendapatkan perlindungan. Eddy yang telah berkahwin ingin menjadikan Rabiah sebagai perempuan simpanannya. Lakonan: Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura.

Talak (9 Nov 2021)
Talak menceritakan pergolakan domestik diantara sepasang suami isteri, Johan dan Liza. Suatu hari, tanpa disedari, Johan telah melafazkan tiga kali perceraian kepada Liza. Johan akhirnya dia bertemu seorang lelaki yang bersetuju untuk berkahwin dengan isterinya dan bercerai lagi. Lakonan: Dharma Harun dan  Noreen Noor.

Awang Spanar (10 Nov 2021)
Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh bekerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Rahim. Lakonan: Mr. Os, Salih Yaacob dan Connie

Mawar Merah (16 Nov 2021)
Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur. Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk menghubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sofyan seorang arkitek yang masih bujang.  Lakonan: Raja Ema dan Mustafa Noor

Kolej 56 (17 Nov 2021)
Anak-anak daripada keluarga bangsawan yang belajar di Putra Kolej iaitu sebuah kolej swasta yang terletak di Cameron Highlands. Rosman, Roslan, Rosli dan Tengku Kamil berasal dari keluarga elite, berlatar belakangkan golongan kelas atasan dan berpendidikan kecuali Rosli yang bapanya bekerja sebagai butler di rumah orang kaya. Lakonan: Ahmad Fauzee, Salwa dan ramai lagi

Oh Fatimah (23 Nov 2021)
Rahmat dan Fatimah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang  anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya. Lakonan: A. R . Badul dan Raja Noor Baizura

Kembar Siam (24 Nov 2021)
Dua orang pemuda yang mempunyai wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai apa-apa perhubungan. Seorang ialah anak kampung yang ingin menjadi pelakon filem terkenal tetapi gagal kerana tidak berkelulusan tinggi, dan seorang lagi ialah pelakon filem terkenal yang sudah bosan dengan dunianya dan inginkan kebebasan. Mereka bertemu dan menukar peranan masing-masing hingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan. Lakonan: Mr.Os dan Ziela Jalil

Pelumba Haram (30 Nov 2021)
Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. Lakonan: Sabree Fadzil, Noreen Noor dan Azmi Mohamad.

Slot Malar Segar  (setiap hari Sabtu, 2.00 petang)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak Tam Duda (6 Nov 2021)
Pak Tam, adalah seorang duda dan usahawan yg berjaya dlm kampung. Dia juga dihormati oleh orang-orang kampung kerana kebaikan dan kemurahan hatinya. Apabila muncul seorang gadis bandar serta teman lelakinya, yg mempunyai niat jahat untuk menggoda serta mengikis segala harta Pak Tam, budak-budak kampung yang menghormati Pak Tam tampil memberi bantuan. Lakonan: A. R . Badul dan Kartina Aziz

Si Luncai (13 Nov 2021)
Si Luncai  telah jatuh hati dengan anak ketua kampung, tetapi pinangannya ditolak kerana dia tiada harta. Suatu hari, dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak dan dia membalas dendam kepada ketua kampung. Lakonan: R Jaafar, Azlina Aziz, Yahya Sulong dan Normadiah.

Balada (20 Nov 2021)
Desa sayangkan ibunya dan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah bapanya semasa dia melibatkan diri dalam politik tanah air. Desa sedar bahawa kalau tanah itu jatuh ke tangan orang, tiada ertinya hidup sebagai orang Melayu yang telah mewarisi Tanah Melayu ini. Desa perlukan wangnya untuk menebus balik tanah tersebut. Rakannya memberitahu bahawa tempat yang senang mendapatkan wang, terutama dengan bakat seperti Desa, ialah Kuala Lumpur untuk mencari kerja untuk menebus pergaulannya dengan masyarakat kota.  Lakonan: M.Nasir dan Ogy Ahmad Daud

Dewi Cinta (27 Nov 2021)
Dewi cuba membunuh diri ketika teman lelakinya Micky berjumpa dengan gadis lain. Tetapi dia menyedari dia tidak mahu mati sia-sia dan pergi ke tempat Arman untuk meminta pertolongan dan terus menjalinkan hubungan. Mereka sering diganggu oleh Micky yang masih mencintai Dewi. Lakonan: Ogy Ahmad Daud, Azmil Mustapha dan Richie Ricardo dan Winny Aditya Dewi.

Slot Hindi special (setiap hari Jumaat 9.30 malam) 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulhan Hum Le Jayenge (5 Nov 2021)
Sapna dibesarkan oleh tiga orang pakciknya, masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza.   Sapna jatuh cinta pada Raja yang berusaha mengambil hati ketiga-tiga pakciknya dengan pelbagai cara. Lakonan: Amin Khan dan Karisma Kapoor
Milenge Milenge (12 Nov 2021)
Priya percaya bahawa dia telah bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan ketika dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Immy, tetapi, mereka berpisah kerana mempunyai perbezaan. Namun, takdir terus membantu untuk menyatukan mereka kembali. Lakonan: Kareena Kapoor dan Shadid Kapoor

Trimurti (19 Nov 2021)
Setelah dituduh dan dipenjarakan, Satyadevi berharap ketiga-tiga anak lelakinya membebaskannya dan membalas dendam terhadap penuduhnya. Namun, dia menyedari bahawa mereka menjalani kehidupan tersendiri dan saling membenci. Lakonan: Jackie Shroff, Anil Kapoor, Shah Rukh Khan, Anjali Jathar dan Priya Tendulkar.

Mera Naam Joker (26 Nov 2021)
Raj menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan hati sepanjang hidupnya. Tetapi sebagai badut dalam sarkas, dia cuba membuat penontonnya tertawa dengan menggunakan kesedihannya sendiri. Lakonan: Raj Kapoor, Simi Garewal dan Rishi Kapoor

Slot Awesome Movies 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap Sabtu, 10.00 malam
A Knight’s Tale (6 Nov 2021)
Ketika William Thatcher mengetahui bahawa gurunya Sir Ector sudah mati, dia menyamar dengan memakai baju besi milik gurunya itu di kejohanan Jousting dan memenangi pertandingan tersebut. Dia mengambil bahagian dalam lebih banyak kejohanan. Lakonan: Heath Ledger, Mark Addy dan Rufus Sewell

Man of Steel (13 Nov 2021)
Clark mengetahui tentang kebolehan dan asal usulnya ketika dia memasuki kapal Kryptonian di Artic. Namun, musuh lama mengikutinya ke Bumi untuk mencari kodeks dan membawa kehancuran. Lakonan: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon
Wonder Woman (20 Nov 2021)
Puteri Diana dari bangsa wanita Amazon dilatih untuk menjadi pejuang yang tidak dapat dikalahkan. Dibesarkan di sebuah pulau terlindung, Diana bertemu dengan juruterbang Amerika bernama Steve yang memberitahunya tentang konflik besar yang sedang berlaku di dunia luar. Yakin bahawa dia dapat menghentikan ancaman itu, Diana meninggalkan rumah untuk pertama kalinya. Berjuang bersama-sama lelaki untuk menamatkan semua peperangan. Lakonan: Gal Gadot dan Chris Pine

Justice League (27 Nov 2021)
Steppenwolf dan Parademonnya kembali untuk mengambil alih Bumi. Namun, Batman meminta bantuan Wonder Woman untuk merekrut dan mengumpulkan Flash, Cyborg dan Aquaman untuk melawan musuh baru yang kuat. Lakonan: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot dan Ezra Miller.

Setiap Isnin, 10.00 malam
Dumb and Dumber (1 Nov 2021)
Dua rakan yang baik hati tetapi sangat lembab tersandung sebuah beg bimbit. Tidak diketahui oleh mereka, ia mengandungi wang yang ditujukan untuk penculik yang mempunyai hubungan dengan orang ramai. Lakonan: Jim Carrey dan Jeff Daniels

Get Smart (8 Nov 2021)
Maxwell Smart, seorang penyiasat intelektual tetapi memalukan digandingkan dengan Ejen 99, seorang ejen yang berpengalaman untuk mencegah KAOS, sebuah organisasi pengganas dari menjalankan rancangan jahat mereka. Lakonan: Steve Carell, Anne Hathaway dan Dwayne Johnson

Ocean’s Twelve (15 Nov 2021)
Dalam masa dua minggu, Danny Ocean dan rakan-rakannya harus mengembalikan wang yang mereka curi dari hartawan kasino Las Vegas, Terry Benedict atau Terry akan membunuh mereka. Lakonan: George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Catherine Zeta-Jones dan Andy García

Contagion (22 Nov 2021)
Kematian Beth Emhoff dan anaknya membawa kepada penemuan virus yang mematikan. Sementara Pusat Kawalan Penyakit AS berusaha untuk mengekang penyebarannya dan telah mencetuskan panik di seluruh dunia. Lakonan: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne dan Jude Law

I Am Legend (29 Nov 2021)
Robert Neville, seorang saintis yang merupakan manusia terakhir yang terselamat dari wabak di seluruh New York. Dia berusaha mencari jalan untuk menukar kesan virus buatan manusia dengan menggunakan darahnya yang kebal. Lakonan: Will Smith dan Alice Braga

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV.

(Drama Baharu) Drama 28 Hari Mencari Cinta, akan datang...

Hannah Delisha dan Aiman Hakim Ridza digandingkan lagi dalam sebuah drama.

Drama terbaharu, 28 Hari Mencari Cinta, akan datang di slot Lestary TV3.

Nantikan!

Selasa, 2 November 2021

(Drama Baharu) Drama Diari Seorang Suami ganti Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Drama terbaharu Diari Seorang Suami akan menggantikan drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard di slot Lestary TV3.

Pelakon utama drama Diari Seorang Suami ialah Afieq Shazwan dan Yuna Rahim.

Nantikan!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi