Isnin, 31 Januari 2022

(Ulasan) Episod 17 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 17 drama Derhaka Cinta Jebat di TV1.

Daniel Fong sebagai Amar Wong.

Sinopsis:
Amar mengajak Aishah berjalan-jalan apabila waktu cuti kerja. Jebat cemburu dan Aishah mengatakan begitulah perasaan dia ketika Jebat dengan Inara. Fatihah pula melarikan diri apabila ayahnya mengajak balik ke rumah mereka.

Ulasan:
Wah, semakin menarik drama ini! Selain kisah Jebat dan Aishah, ada juga kisah Fatihah yang diperkosa oleh ayahnya.

Ahad, 30 Januari 2022

(Drama Baharu) Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, akan datang...

Drama adaptasi novel, Kerana Aku Isteri Bidaan akan datang di slot Akasia TV3. Novel tersebut karya Tulip Ungu.

Scha Elinnea sebagai Raina dan Hisyam Hamid sebagai Farel.

Sinopsis:
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan… Menambah perangai lagi… Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali… Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF.

RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Ada rentak ‘3S’ - seksa, seksi dan ‘syurga’… 

“I sebut satu atau dua perkataan, you sambung perkataan yang ada kaitan dengan perkataan I sebut. Nak?”
“Kebun pisang?” Giliran Raina pula.
“Farel.”
Raina gelak. Farel jawab menyebut namanya sendiri. Mentang-mentang dulu pengusaha kebun pisang. Farel yang melihat semakin terpegun. Kejujuran dan keikhlasan Raina ketawa sudah dia temui.
“Farel?” soal Farel pula. Raina tergamam. Mahu menjawab kebun pisang, tidak boleh pula.
“My hero…” Spontan jawabnya.

DISANGKA matahari memancar indah hingga ke petang, namun hujan di tengah hari… Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak… Memporak perandakan hati dan tragis juga…
 “I nak hantar you balik ke tempat asal you,” 
“Farel tolonglah… Apa yang terjadi bukan seperti yang you sangka.” Raina bela diri. Air matanya sudah gugur. 
“Kena tangkap khalwat dengan Emad, apa yang I sepatutnya jangka?” Sinis nada Farel bertanya. Kalau setakat bercanda dalam bilik pantri dia boleh maafkan lagi tapi kalau sudah ditangkap basah, itu bukan lagi perkara kecil. Ia melibatkan maruahnya.
“Farel… Tolonglah, I tak nak balik ke sana, kalau you tak nak simpan I lagi, ceraikan I atau jualkan I pada Emad,” rayu Raina sambil memaut lengan Farel yang sedang memandu menuju ke TTF…
 
APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?
#keranaakuisteribidaan
Reposted from @lavendernovel

Drama 28 episod ini terbitan Creative Skill Solutions. Nantikan!

Sabtu, 29 Januari 2022

(Bintang Turki) Drama Hayatimin Aski di Astro Prima

Tahun 2022, banyak pula drama Turki di TV Malaysia. Bermula 31 Januari 2022, drama Hayatimin Aski akan tayang di Astro Prima pada pukul 7.00 malam.

Pelakon utama, Serkan Cayoglu dan Hande Dogandemir.

Sinopsis:
Gokce, berusia 30 tahun dan masih tidak mempunyai lelaki dalam hidupnya. Dia hanya memerhati rakan-rakannya yang lain berkahwin. Dia bekerja di sebuah syarikat pengiklanan bernama 275. Dan tiba-tiba dia memutuskan untuk bercinta dengan bosnya 'Demir' .

Saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.

Khamis, 27 Januari 2022

(Ulasan) Episod 16 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 16 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Tiba-tiba, Jebat berbaik dengan Aishah pada hari ini. Aishah sangat gembira kerana Jebat sudah melayannya dengan baik. Jebat memang mahu berbaik dengan Aishah kerana dia sayangkan Aishah.

Ulasan:
Tersenyum sendiri tengok episod hari ini. Terbaik.

Rabu, 26 Januari 2022

(Ulasan) Episod 15 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 15 drama Derhaka Cinta Jebat di TV1.


Sinopsis:
Apabila Jebat nak berbaik dengan Aishah, ada je halangan. Amar ternampak Jebat cuba memikat hati Aishah di biliknya. Jebat sudah berjumpa dengan Amar untuk memberitahu status dirinya tetapi tak sempat sebab pengurus hotel pulak memanggil Amar.

Ulasan:
ED dah mula bayangkan apa yang akan berlaku kepada Amar jika dia tahu perkara sebenar dan ED nak tahu juga kesudahan kisah Fatihah. ED suka jalan cerita drama ini.

Selasa, 25 Januari 2022

(Ulasan) Episod 14 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 14 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Walaupun niat Jebat mahu mendapatkan Aishah semula, tetapi layanannya masih kasar kepada isterinya. Jebat play victim, dia cakap Aishah yang cuba putuskan hubungan dengannya.

Ulasan:
Lakonan Azlee Khairi dan Elvina ada chemistry dalam drama ini. Sesuai sangat mereka bawa watak utama.

Isnin, 24 Januari 2022

(Muzik) AJL36 pada 6 Mac 2022

AJL36 akan diadakan pada 6 Mac 2022 pukul 9.00 malam di TV3.

Sissy Iman dan Alif Satar pengacara Muzik Muzik 36.

Semoga tiada PKP waktu tu...

(Ulasan) Episod 13 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 13 drama Derhaka Cinta Jebat di TV1.

Fatihah. Pandai budak ni berlakon.

Sinopsis:
Jebat telah menemukan isterinya Aishah. Fatihah anak buah Aishah pula trauma kerana perlakuan ayahnya yang kejam (sama ada ayahnya cabul atau rogol anak sendiri). Huhuhu...

Ulasan:
ED tak kenal pelakon kanak-kanak yang bawa watak Fatihah ni, tapi ED nak cakap lakonannya berkesan.

Sabtu, 22 Januari 2022

(Muzik) Sang Purnama nyanyian Wany Hasrita duet bersama Wani Syaz

Kali ke 2 digabungkan di dalam lagu duet – Wany Hasrita dan Wani Syaz tidak teragak - agak untuk menzahirkan lagu ini sepenuh jiwa sewaktu rakaman.

Wani Syaz dan Wany Hasrita.

Pertama kali saya menangis dalam studio. Memang terkejut juga la Sang Hitam dan abang Lan Laga yang ditugaskan untuk guide Vokal malam tu. Sebab tiba – tiba saya menangis dan terhenti nyanyi. Malu pun ada, tapi sebab masa tu saya dah tak dapat kawal perasaan penat, vocal saya dah mula terketar ketar dan di tambah pula saya tengah rakam bait lirik – KERNA SEDALAM DALAM RINDU MU AKHIRNYA BERTAUT SEMULA. Actually kalau hayati lirik lagu ni betul betul memang boleh rasa sayu. Sebab lirik lagu ni menggambarkan tentang perasaan Siti Hawa sewaktu berpisah dengan Nabi Adam A.S . Ditambah pula waktu itu memang dah menjelang ke tengah pagi. So memang pakej la perasaan tu. Tu yang tak tahan terus nangis “ – Wani Syaz.

Menurut pencipta dan penulis lirik lagu ini – Sang Hitam, diperingkat awal lagu ini dicipta memang berpaksi dan merujuk kepada lagu – lagu Noraniza Idris dan Dato’ Siti Nurhaliza. Kerana beliau mengambarkan satu karya yang berteraskan lagu etnik pop dan padang pasir. Tetapi setelah melodi dan liriknya siap Sang Hitam berfikir alangkah baiknya jika lagu ini dinyanyikan oleh orang baru dan beliau terbayang kan Wany Hasrita. Maka suntikan baru terus di buat agar roh lagu ini bersesuaian dengan karakter nyanyian Wany.

Tapi setelah saya dengarkan lagu ini pada FMC Music, Mr.Ho mencadangkan agar lagu ini dibuat lagu duet. Maka saya balik dan terus ubah beberpa bahagian untuk disesuaikan dengan konsep duet dan berpadanan dengan karakter nyanyian Wani syaz. Saya rasa puas apabila Wany Hasrita memberi sepenuh jiwa untuk lagu ini. Bukan sahaja saya dapat apa yang saya gambarkan, tetapi Wany Hasrita dan Wani Syaz memberi sesuatu yang luar biasa. Saya suka lenggok nyanyian Wani Syaz yang merdu dan bernahu Arab. Begitu juga dengan Wany Hasrita. Saya Minta A mereka terus bagi sampai C D dan memang wow lah” - kata Sang Hitam.

Wany Hasrita pula meluahkan rasa teruja apabila dapat memuaskan hati pencipta lagu ini.

“Dah tentulah sebagai penyayi saya mahu hasilkan karya yang bagus, saya hayati bait bait lirik dan melodi lagu ini beberapa hari sebelum tarikh rakaman. Dan saya juga buat beberapa rujukan dengan mendengar lagu – lagu kak Noraniza Idris dan Dato’ Siti, selain mendengar lagu – lagu Allahyarhamah Dato’ Sharifah Aini. Saya cuba terapkan di dalam lenggok nyanyian saya. Memang susah tetapi sebagai anak seni saya kena rajin jika nak majukan diri. Ingatkan saya sorang je yang buat mcm tu. Rupanya Wani Syaz juga buat perkara yang sama. Kerana kami nak pastikan hasil karya kali ini menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan” – Wany Hasrita.

Proses rakaman SANG PURNAMA telah dilakukan sebanyak 2 kali. Yang pertama mengambil masa 3 jam untuk untuk merakamkan vokal awalan yang bertindak sebagai rangka lagu, dan kali ke 2 sebagai proses improvisasi mana mana bahagian yang perlu penambah baikan dan lain lain.
SANG PURNAMA lagu berentak Etnik Pop ini dicipta oleh Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King. Manakala lirik diilhamkan sepenuhnya oleh Sang Hitam. Menurut sang Hitam lagu ini diilhamkan dari kisah percintaan Agong Nabi Allah Adam A.S dan Siti Hawa. Tetapi ianya lebih memfokuskan tentang gambaran luahan perasaan Siti Hawa.

Muzik Video SANG PURNAMA telah dilancarkan pada 20hb Januari 2022 di saluran Youtube FMC Music, manakala lagu (audio) dilancarkan serentak mulai 21hb Januari 2022 di seluruh saluran digital dan radio.


Besar harapan Wany Hasrita dan Wani Syaz agar semua penggemar muzik tanah air dapat menerima lagu ini dan memberi pandangan ikhlas tentang karya SANG PURNAMA.

Khamis, 20 Januari 2022

(Ulasan) Episod 12 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 12 drama Derhaka Cinta Jebat.

Aishah dah pakai tudung.

Sinopsis:
Selepas Aishah sedar di hospital, Aishah nekad untuk pergi jauh daripada kehidupan Jebat. Emak Jebat menyesal sangat kerana buruk sangka kepada Aishah. Aishah memulakan hidup baharunya sebagai pekerja resort, satu tempat dengan Amar.

Ulasan:
Semakin menarik drama ini walaupun Aishah sudah berada jauh dengan Jebat. Baguslah jalan ceritanya.

Rabu, 19 Januari 2022

(Ulasan) Episod 11 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 11 drama Derhaka Cinta Jebat di TV1.


Sinopsis:
Kerana sudah tidak tahan dengan perangai Jebat, Aishah melangkah pergi. Selepas itu, Jebat baru tahu, Tuah yang curang. Tuah telah menceritakan segala-galanya kepada keluarganya.

Ulasan:
Best sangat episod hari ini. ED dapat rasakan kesedihan Aishah yang sudah lama memendam perasaan sedih apabila dihina oleh suaminya.

Selasa, 18 Januari 2022

(Ulasan) Episod 10 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 10 drama Derhaka Cinta Jebat.

Daniel Fong sebagai Amar Wong.

Sinopsis:
Amar meluahkan isi hatinya kepada Aishah, namun Aishah mahu Amar melupakan kisah silam mereka. Aishah menandatangani surat persetujuan palsu supaya Jebat dapat berkahwin dengan Inara. Luluh hati Aishah.

Ulasan:
Part paling menyentuh hari ini ialah apabila Aishah sign surat kebenaran Jebat berkahwin lagi satu. Mantap lakonan Elvina & Azlee Khairi.

Isnin, 17 Januari 2022

(Ulasan) Episod 9 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 9 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Jebat sudah mula berbaik dengan Aishah di air terjun. Namun begitu, Jebat salah faham apabila kawan Aishah menelefonnya. Aishah tidak memberitahu kawannya bahawa dia sudah berkahwin.

Ulasan:
Hari ini banyak babak best. Babak paling buat penonton tersenyum hari ini pastilah babak di air terjun tadi.

(Drama Baharu) Sinetron Ikatan Cinta tayang di TV9

Sinetron nombor 1 di Indonesia, Ikatan Cinta akan ditayangkan di TV9 bermula 26 Januari 2022, Isnin hingga Khamis pukul 7.40 malam.

Pelakon utama, Arya Saloka sebagai Aldebaran dan Amanda Manopo sebagai Andin.
Kredit gambar: ig ikatancinta.mnpc

Sinopsis:
Aldebaran menikahi Andin kerana dendam. Andin difitnah oleh adiknya sendiri bahawa Andin telah membunuh adik Aldebaran. Lama-kelamaan, kebenaran semakin terbongkar dan Aldebaran semakin sayang kepada Andin.

Sinetron ini memang viral di Indonesia, boleh saksikan di TV9 nanti.

Khamis, 13 Januari 2022

(Ulasan) Episod 8 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 8 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Emak Jebat menyuruh Jebat menceraikan Aishah. Aishah merayu supaya tidak diceraikan kerana dia sayang akan Jebat. Jebat pun sayang Aishah, dia dah mengaku kepada Teja. Jebat cemburu Aishah berbaik dengan Tuah di dalam bilik Tuah.

Ulasan:
Terbaik lakonan Elvina dalam drama ini. Lakonan air matanya nampak semulajadi. Kesian la tengok watak Aishah lakonannya sebab wataknya hidup.

(Update) Drama Jangan Menangis Cinta tayang sempena Ramadan

Berikut update daripada drama Jangan Menangis Cinta.

Drama Jangan Menangis Cinta lakonan Amyra Rosli dan Remy Ishak.

Drama 40 episod ini akan tayang pada bulan Mac sempena Ramadan di slot Megadrama Astro Ria. Wah, ada dua drama Siti Rosmizah di kaca tv sempena Ramadan nanti iaitu 7 Hari Mencintaiku 3 dan drama ini.

Rabu, 12 Januari 2022

(Ulasan) Episod 7 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 7 drama Derhaka Cinta Jebat.

Izzendra sebagai Teja.

Sinopsis:
Hanya Teja dan neneknya yang menyebelahi Aishah. Teja mahu mencari perempuan yang menyebabkan Tuah lumpuh. Emak Jebat tidak boleh menerima Aishah setelah Aishah mengaku dia bekas kekasih Tuah. Jebat pula semakin sayang kepada Aishah.

Ulasan:
Semakin menarik untuk ditonton drama ini. Best!

Selasa, 11 Januari 2022

(Ulasan) Episod 6 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 6 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Jebat mula menyayangi Aishah. Jebat cemburu apabila Aishah berjumpa dengan Tuah. Aishah sudah mengaku dengan emak Jebat bahawa dialah bekas kekasih Tuah.

Ulasan:
Apa yang ED boleh kata, drama ini sangat best. Setiap episod menarik untuk ditonton.

Isnin, 10 Januari 2022

(Ulasan) Episod 5 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 5 drama Derhaka Cinta Jebat.


Sinopsis:
Jebat membawa Aishah ke rumah keluarganya. Emak Jebat menyambut baik kedatangan Aishah. Aishah  sudah nampak keadaan Tuah yang sakit. Hari ini Aishah menampar Jebat kerana menghinanya dan Aishah tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cinta Jebat.

Ulasan:
Dah lama juga ED tak rasa vibes syok menonton drama Melayu macam ni. Drama ini buat ED tertunggu2 kehadirannya di kaca tv sebab best.

Jumaat, 7 Januari 2022

(Update) Drama 7 Hari Mencintaiku 3 dijangka tayang Ramadan ini

Siti Rosmizah memaklumkan bahawa penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 3 bermula pada hari ini.

Pelakon utama Siti Saleha dan Shukri Yahaya.

Drama 35 episod ini dijangka tayang pada bulan Ramadan di slot Akasia TV3.

Khamis, 6 Januari 2022

(Ulasan) Episod 4 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 4 drama Derhaka Cinta Jebat hari ini.

Elvina Mohamad sebagai Aishah Humairah.

Sinopsis:
Walaupun Jebat cuba menyakitkan hati Aishah, Aishah tetap mahu mengambil hati suaminya. Nampaknya cara Aishah berkesan, Jebat macam dah mula lembut hati kepada Aishah. Jebat membawa Aishah ke pusat beli-belah, Aishah terjumpa kawan lamanya, Eric. Jebat nampak, dah dia marah Aishah.

Ulasan:
ED suka watak Aishah lakonan Elvina. Seorang wanita yang lembut tetapi tidak mengalah, walaupun menangis tetapi tabah.

Rabu, 5 Januari 2022

(Ulasan) Episod 3 drama Derhaka Cinta Jebat

Berikut ulasan episod 3 drama Derhaka Cinta Jebat.

Azlee Khairi sebagai Jebat.

Sinopsis:
Aishah cuba ambil hati Jebat dengan memasak untuk suaminya, namun Jebat marah dan melarang Aishah masak lagi untuknya. Jebat berterus-terang kepada Aishah bahawa dia mengahwini Aishah untuk menyeksanya. Aishah juga sudah tahu, Jebat ialah abang Tuah, bekas teman lelakinya.

Ulasan:
Watak Azlee Khairi dalam drama ini mengingatkan ED akan lakonannya sebagai Irham drama Love You Mr. Arrogant.

Selasa, 4 Januari 2022

(Ulasan) Episod 2 drama Derhaka Cinta Jebat

Hai, disebabkan drama Derhaka Cinta Jebat ni best, ED nak ulas di EDtv.

Drama ini lakonan Azlee Khairi sebagai Jebat dan Elvina Mohamad sebagai Aishah.

Sinopsis:
Setibanya di rumah Jebat, Jebat menunjukkan dirinya yang sebenar. Jebat berkahwin dengan Aishah untuk membalas dendam. Aishah menderita berkahwin dengan Jebat.

Ulasan:
Elvina kalau berlakon watak sedih macam watak Aishah, kena sangat. Nampak sangat kesedihannya tu....

Isnin, 3 Januari 2022

(Update) Drama Shakira ganti Kisah Cinta Kita

Drama baharu Shakira akan menggantikan drama Kisah Cinta Kita di slot Akasia TV3 bermula 5 Januari 2022.

Lakonan Khai Bahar, Janna Nick dan Shukri Yahaya.

Selamat menonton.

Ahad, 2 Januari 2022

(Bintang Turki) Sinopsis drama Dolunay atau Bitter Sweet

Esok bermulalah drama Turki Dolunay atau Bitter Sweet tayang di slot Lavender TV2. Jom kita tengok sinopsis drama ini.

Can Yaman sebagai Ferit manakala Ozge Gurel sebagai Nazli.

Sinopsis:
Ferit Aslan adalah ahli perniagaan yang bijak dan berjaya serta merupakan pemimpin yang berdisiplin dalam semua bidang kehidupannya daripada segi pekerjaan, kecergasan, kesihatan. Dia sangat tegas dalam hal rumahnya dan kepada orang-orang yang bekerja di dalamnya. 

Nazli Pinar ialah pelajar jurusan masakan yang diupah sebagai tukang masak peribadi Ferit dan mesti menangani keperluan dan peraturan khusus beliau untuk menyediakan makanannya. Sifatnya yang suka berterus terang, berdikari dan berjiwa bebas, Nazli pada mulanya bertelagah dengan Ferit, tetapi kedua-duanya secara beransur-ansur membentuk persahabatan dan bercinta.

 Apabila tragedi melanda dan Ferit mesti bertanggungjawab ke atas anak saudaranya yang masih kecil iaitu Bulut, Ferit dan Nazli (yang telah menjadi sangat rapat dengan kanak-kanak itu) bersetuju untuk terlibat dalam hubungan rekaan untuk membantu peluangnya mendapatkan hak penjagaan Bulut dalam pertempuran hak penjagaan berikutnya dengan Mak Cik Bulut, Demet.

Sumber gambar: ig dolunaydizistar

 Keadaan menjadi rumit apabila abang ipar pemuzik Ferit, Deniz, jatuh cinta dengan Nazli dan Demet cuba menggunakan ini untuk menjadikan Deniz menentang Ferit. Apakah kesudahannya?

Saksikan drama Dolunay setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 1.30 tengah hari di TV2.

Sabtu, 1 Januari 2022

(Tahniah) Finalis Anugerah Juara Lagu 36

Tahniah kepada 12 finalis AJL 36.


* Aina Abdul - Sepi
* Ernie Zakri - Boneka
* Haqiem Rusli - Mimpi
* Shiha Zikir & Noki - AEWO
* Bunga & Amsyar Lee - Intan Payung 
* Khai Bahar & Aina Abdul - Nafas Cinta
* Naim Daniel - Purnama
* SOG & Shila Amzah - Pelukan Angkasa
* Yonnyboii - Salahku
* Naim Daniel, Haqiem Rusli & Hael Husaini - Lara
* Siti Nordiana - Angkara
* Marsha - Cinta

Jumpa mereka di AJL 36 nanti.

(Bintang Turki) Drama Dolunay di slot Lavender TV2

Alamak, slot Lavender di TV2 dah berubah waktu siaran. Setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 1.30 tengah hari. Tapi, drama Turki pada tahun ini best pulak...

Drama Dolunay (Purnama) bermula 3 Januari 2022 ini. Lakonan Can Yaman dan Ozge Gurel.

Tajuk drama ini ditukar kepada Bitter Sweet di TV2. ED tak dapat tengok sebab belum habis kerja lagi waktu tu...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi