Khamis, 31 Mac 2022

(Update) Drama Imamku Okey, drama Ramadan di TV Okey

Hari ini dah masuk episod ketiga. Inilah drama Ramadan di TV Okey...

Drama Imamku Okey lakonan Sharifah Husna dan Ashraf Muslim.

Best drama ni... Mengisahkan tentang Aishah lakonan Sharifah Husna yang takut untuk berkahwin sebab tak nak terikat dengan komitmen. Manakala Ashraf Muslim pula sebagai Adam yang mahu mencari calon isteri untuk membuktikan dia seorang yang songsang.

Drama Imamku Okey setiap Selasa hingga Sabtu pukul 2.30 petang di TV Okey. Memang layan drama ni...

Sabtu, 26 Mac 2022

(Update) Drama Harith Fayyadh tayang dulu sebelum 7 Hari Mencintaiku 3

Ada perubahan siaran drama baharu slot Akasia TV3.

Drama Harith Fayyadh akan tayang bermula 1 April 2022, dan drama 7 Hari Mencintaiku 3 akan tayang bermula 8 April 2022. Drama Harith Fayyadh lakonan Hafidz Roshdi dan Nad Zainal.

Jangan tanya ED kenapa tukar? Tanya pihak TV3.

Jumaat, 25 Mac 2022

(Update) Drama Aku Pilih Bahagia di slot Widuri Ramadan TV1

Yes, akhirnya TV1 ada slot Widuri Ramadan pada tahun ini. Inilah drama Ramadan di TV1 pada tahun ini...

Drama adaptasi novel, Aku Pilih Bahagia lakonan Emma Maembong, Alvin Chong dan ramai lagi.

Emma Maembong dan Alvin Chong pernah menjadi pelakon utama dalam drama di Astro Ria sebelum ini.

Saksikan drama Aku Pilih Bahagia, bermula 3 April 2022 sepanjang Ramadan pukul 3 petang (waktu siaran khas).

Ahad, 20 Mac 2022

(Update) Tarikh siaran drama Do You Love Me Captain

Drama Do You Love Me Captain akan tayang bermula 13/4/2022 di slot Lestary TV3 Ramadan.

Pelakon utama, Sharifah Rose dan Ali Reza Kavoosi.

Selamat menonton!

Selasa, 8 Mac 2022

(Drama Baharu) Drama Bisik-bisik Gelora, akan datang...

Drama adaptasi novel terbaharu, Bisik-bisik Gelora, akan datang di slot Akasia TV3.

Lakonan utama Redza Rosli, Raysha Rizrose dan Gambit Saifullah.

Drama ini terbitan Global Station. Nantikan!

Isnin, 7 Mac 2022

(Sembang) Lakonan Gambit Saifullah cemerlang dalam Suamiku Lelaki Pendosa

ED tengok drama Suamiku Lelaki Pendosa di TV3. Apa yang ED boleh katakan, lakonan Gambit sebagai Iz terbaik. Beliau berjaya bawa watak Iz yang agak gedik, pengacau rumah tangga orang dan suka melenting. Lakonannya buat penonton benci kepadanya.

Gambit Saifullah.

Dalam episod malam ini, babak Gambit marah-marah dengan Dean bikin penonton kagum dengan lakonannya. Tahniah untuk Gambit.

(Update) Tarikh siaran drama Jangan Menangis Cinta

Drama Jangan Menangis Cinta akan ditayangkan bermula 21 Mac 2022 di slot Megadrama Astro Ria.

Lakonan mantap Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi serta ramai lagi.

Saksikan drama 40 episod ini di kaca tv anda.

Ahad, 6 Mac 2022

(Tahniah) Keputusan pemenang AJL36

Berikut keputusan pemenang AJL 36:

Penyanyi pilihan popular:
Aina Abdul & Khai Bahar

Persembahan terbaik:
Marsha (Cinta)

Vokal terbaik:
Aina Abdul (Sepi)

Ketiga:
Haqiem Rusli (Mimpi)

Kedua:
Marsha (Cinta)

Juara Lagu:
SOG dan Shila Amzah (Pelukan Angkasa)

SOG & Shila Amzah.

Persembahan paling best pada kali ini ialah Marsha. Vokal memang padu!

Tahniah kepada para pemenang!

Jumaat, 4 Mac 2022

(Update) Tarikh siaran drama 7 Hari Mencintaiku 3

Hari ini Siti Rosmizah menerusi Instagramnya telah mengumumkan tarikh siaran drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Drama 7 Hari Mencintaiku akan tayang di slot Akasia TV3 bermula 1 April ini. Nantikan sambungan kisah Mia Adriana dan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Drama ini 35 episod dan memang untuk siaran bulan Ramadan di TV3.

Khamis, 3 Mac 2022

(Drama Baharu) Drama Do You Love Me Captain, akan datang...

Drama adaptasi novel Do You Love Me Captain, akan datang di slot Lestary TV3.

Hero dan heroin drama ini ialah Ali Reza Kavoosi dan Sharifah Rose.

Drama ini hasil karya novelis Sophilea dan terbitan Creative Skill Solutions. Nantikan!

Rabu, 2 Mac 2022

(Drama Baharu) Drama Budak Takraw, akan datang...

Ini drama adaptasi komik. Drama Budak Takraw, akan datang di RTM.

Lakonan pelakon muda, dari kiri Wan Zarul Imran, Firdaus Ghufran dan Redwan Hakim.

Drama ini lain daripada yang lain. Sama-sama kita nantikan!

Selasa, 1 Mac 2022

(Drama Baharu) Drama Sis Sayang Kamu, akan datang...

Drama baharu, Sis Sayang Kamu akan datang di RTM.

Lakonan Hariz Hamdan, Husna Mustaffa dan ramai lagi.

Drama ini arahan Amor Rizan. Kalau drama arahan Amor Rizan, biasanya best! Sama-sama kita nantikan drama ini.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi