Khamis, 23 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Abang Muazzin sepanjang Ramadan di TV2

Assalamualaikum. Inilah drama Ramadan TV2 pada tahun ini.

Drama Abang Muazzin lakonan Amar Asyraf dan Nazeera Sardi serta ramai lagi...

Drama ini akan bersiaran setiap hari pada bulan Ramadan pukul 6.00 petang di TV2.

Khamis, 16 Mac 2023

(Sembang) Drama Jaga Aku Selamanya mengangkat kisah keluarga miskin di bandar

Assalamualaikum. ED rasa drama Jaga Aku Selamanya akan menjadi drama kesukaan ED kerana jalan ceritanya tentang kegigihan keluarga yang hidup dalam kesusahan di bandar. Nampak real drama ini dengan kehidupan masyarakat sebenar yang mengalaminya.

Lakonan Nadiya Nissa sangat menjadi dalam drama ini. Nampak macam betul-betul ibu anak ramai yang hidup dalam kesusahan.

Sinopsis:
Sebuah keluarga yang diuji dengan ayah yang menghilangkan diri dan meninggalkan isteri bersama 5 orang anak dalam kesusahan di bandar.

Drama Jaga Aku Selamanya bermula semalam hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary Ramadan TV3. Ini baru drama best! ED suka tengok drama macam ni...

Rabu, 15 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Dia CEO Aku di slot Widuri Ramadan TV1

Inilah drama yang akan ditayangkan di slot Widuri Ramadan TV1.

Drama Kau CEO Aku lakonan Puteri Aishah dan Azrel Ismail.

Drama Ramadan TV1 kali ini santai dan ringan jalan ceritanya. Saksikan drama ini bermula 1 Ramadan pukul 6.45 petang di TV1.

Khamis, 9 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Tentang Dia adaptasi novel Kapcai Girl vs Encik Superbike

Ada drama baharu lagi! Nantikan drama Tentang Dia, akan datang di slot Akasia TV3. Drama ini adaptasi novel Bunga Amani yang bertajuk Kapcai Girl vs Encik Superbike.

Lakonan Trisha Ooi dan Aliff Aziz serta ramai lagi. Wah, Trisha Ooi daripada pelakon pembantu terus naik pangkat jadi watak utama.


Hari ini dah start shooting. Nantikan hasilnya!

Rabu, 8 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Tentang Hati adaptasi novel Kapcai Girl vs Encik Superbike

Ada drama baharu lagi! Nantikan drama Tentang Hati, akan datang di slot Akasia TV3. Drama ini adaptasi novel Bunga Amani yang bertajuk Kapcai Girl vs Encik Superbike.

Lakonan Trisha Ooi dan Aliff Aziz serta ramai lagi. Wah, Trisha Ooi daripada pelakon pembantu terus naik pangkat jadi watak utama.

Hari ini dah start shooting. Nantikan hasilnya!

Selasa, 7 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Bintang, akan datang...

Inilah drama slot Lestary Ramadan di TV3 nanti. Drama Bintang.

Lakonan Daniel Fong, Ruhainies, Keith Foo dan ramai lagi.

Ada 2 drama Keith Foo sempena Ramadan ini di TV3, satu drama Sekali Aku Bahagia dan satu lagi drama Bintang.  Selamat menonton.

Isnin, 6 Mac 2023

(Drama Baharu) Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan, akan datang...

Tahukah anda, inilah drama untuk slot Samarinda Ramadan TV3 pada tahun ini. Drama adaptasi novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Bukan drama Sekali Aku Bahagia ye...

Lakonan Janna Nick, Amar Baharin, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Niena Baharun dan Hisyam Hamid serta ramai lagi.

Drama ini terbitan Global Station dan pengarahnya Pali Yahaya. Wow! Nantikan drama ini di TV3. Kalau ED kira di kalendar, mungkin tayang pada 29 Mac 2023. Apa-apapun kita tunggu iklan.

Sabtu, 4 Mac 2023

(Update) Tarikh siaran drama Sekali Aku Bahagia

Drama Sekali Aku Bahagia akan tayang di slot Sakura TV3, bukan slot Samarinda.

Drama Sekali Aku Bahagia akan bermula pada 28 Mac 2023 di slot Sakura TV3. Drama ini lakonan Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo dan ramai lagi.

Ini adalah antara drama Ramadan TV3 pada tahun ini. Selamat menonton.

Jumaat, 3 Mac 2023

(Update) Tarikh siaran drama Melur Untuk Firdaus 2

Tarikh siaran drama Melur Untuk Firdaus 2 dah keluar. Drama ini akan bersiaran bermula 16 Mac di slot Akasia TV3.

Anna Jobling sebagai Melati, Merqeen sebagai Firdaus dan Eyka Farhana sebagai Mawar.

Bagaimanakah kisah Firdaus dengan Melur dan Mawar? Sama-sama kita nantikan. Selamat menonton!

Khamis, 2 Mac 2023

(Sembang) Suka tengok profesional kerja Fasha Sandha

Assalamualaikum. Dah lama ED tak bersembang pasal artis kan? Hari ini ED nak sembang tentang Fasha Sandha. Secara umumnya ramai dah tahu, Fasha Sandha antara pelakon wanita yang ED minat sejak zaman drama Chinta lagi. 

Fasha Sandha
Kredit: ig fasha sandha

Kemalangan Fasha Sandha di set penggambaran drama baru-baru ini, mengundang pelbagai pendapat. Pada pendapat ED, ED suka tengok profesional kerja Fasha Sandha. Dalam kemalangan tersebut, Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak. 

Sebelum ini, Fasha Sandha terkenal dengan pelakon yang menepati masa dan komited dalam kerjayanya. Ada lagi peribadi Fasha Sandha yang ED suka iaitu sewaktu beliau pergi umrah, beliau tidak berkongsi tentang apa-apa gambar ibadatnya di sana. 

Akhir kata, semoga Fasha Sandha cepat sembuh dan dimurahkan lagi rezeki.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi