Ahad, 30 Julai 2023

(Drama Baharu) Drama Surat Dari Tuhan, akan datang...

Dah lama tak update drama baharu di blog EDtv kan? Ini dia drama baharu yang dijangka menarik perhatian penonton. Drama Surat Dari Tuhan, akan datang di slot Samarinda TV3.

Para pelakon drama ini, Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera dan Trisha Ooi serta ramai lagi pelakon best.

Drama ini terbitan Mache All Star dan dijangka tayang pada bulan Oktober. Nantikan!

Jumaat, 28 Julai 2023

(Muzik) Lagu baharu Muna Shahirah, Sumpah Cinta Ini

Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan perkahwinan saya bukan lah atas dasar rasa kecewa dengan industri – Begitulah jawapan penyanyi MUNA SHAHIRAH apabila ditanya soalan tentang perkahwinannya bersama suami - Shawn yang juga seorang Mualaf (berbangsa Cina).

“Saya sentiasa yakin bahawa rezeki dan jodoh saya telah ditetapkan Tuhan dengan sebaiknya. Walaupun ada yang cakap jika saya khawin sebelum  nama dan kerjaya saya memuncak akan membuatkan saya dilupai di dalam industri hiburan. Bagi saya itu semua tidak tepat. Kerana zaman sekarang ialah zaman media sosial. Peminat dan warga Net lebih suka tengok life style disamping perkembangan terbaru kerjaya seseorang artis.

Kemenangan Bell Ngasri di ABP baru baru ini membuktikan bahawa peminat industri hiburan kini telah mula celik mata dan sedar bahawa kualiti pasti akan menandingi kuantiti.  

Tambah Muna lagi, “Lihat sahaja kemenangan besar abang Bell Ngasri di ABP. Beliau dah lama dalam industri, dan ini adalah pertama kali beliau menerima pengiktirafan besar dalam industri hiburan. Jadi tidak salah tanggapan Muna bahawa jika kita tidak putus asa dan terus bekerja dengan Ikhlas, In sya Allah suatu masa peluang akan terbuka luas” -  Muna Shahira.

Muna Shahirah 

Muna Shahira yang baru sahaja melancarkan single terbaru beliau – SUMPAH CINTA INI baru-baru ini sangat yakin jika seseorang itu Ikhlas dalam menghasilkan sesuatu, hasilnya pasti berbaloi. Mungkin tidak sekarang tetapi sampai masanya pasti akan indah pada waktunya.

Sumpah Cinta Ini ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Que Afiq merukan sebuah lagu balada. 

“Saya tidak tahu kenapa saya selalu diberi lagu balada. Akan tetapi saya suka dengan lagu yang berkonsepkan begini.Mungkin lagu begini sesuai dengan suara dan cara nyanyian saya. jadi saya tidak keberatan atau membantah apabila diperdengarkan demo lagu ini diperingkat awal sebelum rakaman.”

Muna juga turut melahirkan rasa kecewa bila ada yang mengatakan bahawa semua single Muna sebelum ini gagal.

“Actually dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jika semua single Muna gagal sudah tentunya FMC Music tidak berani untuk bagi peruntukkan menghasilkan single SUMPAH CINTA INI. single pertama Muna Teguh Setia sehingga ke hari ini diputarkan di radio dan masih mendapat permintaan sewaktu Muna buat persembahan persembahan Korporat atau tertutup. Begitu juga dengan single duet bersama Afieq Shazwan– Cinta Hanya Buatan dan single Bagaimana  duet bersama Zack Zakwan. Lagu lagu ini masih Hit di radio dan mendapat permintaan yang tinggi di pusat pusat Karaoke”.


Tambah Muna lagi “ Muna sikit pun tidak terasa hati dengan kata cacian orang .Kerana bagi Muna jika mereka bercakap tentang Muna, bererti mereka masih sayangkan Muna dan menyokong kerjaya Muna. Sebab itu mereka ambil tahu. Muna berterima kasih pada semua yang menyokong Muna, dan Muna mohon doakan Muna berjaya dengan single Sumpah Cinta Ini dan berjaya menyesuaikan diri dalam melayari kehidupan baru sebagai isteri”.

Single Muna Shahira – SUMPAH CINTA INI telah dilancarkan awal Julai di semua saluran media sosial dan Youtube FMC Music.

Jumaat, 21 Julai 2023

(Ulasan) Ramai suka Bell Ngasri menang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35

Ramai yang suka apabila Bell Ngasri dinobatkan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH35. Tahniah!

Bell Ngasri menang artis komedi popular dan bintang paling popular. 37 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

ED suka melihat anugerah bintang paling popular dimenangi oleh artis yang berbakat. Pengundi semakin bijak menggunakan kuasa mengundi artis yang layak.

Puas hati!

(Ulasan) Pengacaraan Che Puan Sarimah Ibrahim lebih mencuri perhatian di ABPBH35

Walaupun hanya menjadi penyampai anugerah tetapi gaya pengacaraan Che Puan Sarimah Ibrahim lebih mencuri perhatian penonton daripada pengacara ABPBH35.

Che Puan Sarimah Ibrahim.

Di Twitter, ED mencadangkan pihak penganjur ambil Che Puan Sarimah Ibrahim untuk menjadi pengacara ABPBH36 pada tahun depan.

Majoriti followers EDtv bersetuju dengan ED.

Sesungguhnya Allah kurniakan bakat pengacaraan Che Puan Sarimah Ibrahim untuk majlis-majlis besar dan berprestij. Pesona ada, sebutan pun jelas.

Rabu, 5 Julai 2023

(Jom Kenal) Nama penuh, bangsa dan agama Trisha Ooi

Hai, semalam ED ada update blog tentang Trisha Ooi. Hari ini ada yang tanya ED, Trisha Ooi ni orang Cina ke? Dia agama apa? ED terus DM Trisha Ooi di instagram untuk dapatkan jawapan termasuk nama penuhnya sekali.

Trisha Ooi

Trisha Ooi sebagai Tiara drama Tentang Hati Dia.

Nama penuh Trisha Ooi ialah Reyshqa Ooi (sedap nama) beragama Islam & berbangsa Cina sebab ayahnya orang Cina manakala ibunya Melayu. Kira Trisha Ooi ni Chinese mix dengan Malay.

Terima kasih Trisha Ooi yang sudi berkongsi jawapan tentang dirinya. Selamat maju jaya!

Selasa, 4 Julai 2023

(Sembang) Trisha Ooi next heroin drama Melayu yang bersinar

Untungnya Trisha Ooi sebab selepas tamat drama Rindu Darul Iman, sambung lagi drama lakonannya dalam Tentang Hati Dia di slot Akasia TV3.

Trisha Ooi sebagai Tiara dalam drama Tentang Hati Dia.

Trisha Ooi berbakat dalam bidang lakonan. Lakonannya terserlah dalam drama-drama yang dibintanginya. Tak salah kalau ED cakap, Trisha Ooi antara pelapis heroin drama Melayu yang bakal bersinar.

Good luck Trisha Ooi!

Isnin, 3 Julai 2023

(Ulasan) Episod 1 drama Tentang Hati Dia dah best!


Antara drama yang ED cadangkan tonton sekarang ini ialah drama Tentang Hati Dia di slot Akasia TV3.

Lakonan utama Aliff Aziz dan Trisha Ooi.

Episod 1 drama ini je dah best! Ditambah lagi drama ini arahan Amor Rizan, pengarah kreatif. Pelakon drama ini pun boleh tahan & jalan ceritanya drama sangat! Jom layan drama Tentang Hati Dia!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi