Ahad, 31 Disember 2023

(Carta) Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv 2023

Assalamualaikum. Ini dia 10 drama kesukaan EDtv pada tahun 2023. Agak-agak drama mana yang paling ED suka tonton pada tahun ini? Jom!

Teaser drama-drama tempatan kesukaan ED pada 2023.

10. Drama Kerasnya Takdir lakonan Amyra Rosli dan Redza Rosli. Kisah mak mertua jahat dalam drama ini.

9. Drama Bintang lakonan Ruhainies, Keith Foo dan Daniel Fong. Kisah cinta yang terhalang.

8. Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz. Kisah tentang perkahwinan yang tidak dijangka pada awalnya.

7. Drama Bukan Sekadar Lafaz lakonan Alif Satar dan Wanna Ali. Drama ini juga mengisahkan tentang perkahwinan yang tidak dijangka.

6. Drama Ramadan, Sekali Aku Bahagia lakonan Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo dan Azhan Rani. Kisah tentang suami yang curang.

5. Drama Luruhnya Bunga Cinta lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol. Kisah tentang percintaan mereka yang pernah menjadi adik beradik.

4. Drama Tentang Hati Dia adaptasi novel Kapcai Girl vs Encik Superbike lakonan Trisha Ooi dan Aliff Aziz. Kisah sedih remaja perempuan yang dihancurkan hidupnya kerana dendam seorang lelaki.

3. Drama Serpihan Sayang lakonan Aeril Zafrel, Shah Jaszle, Fasha Sandha dan Elisya Sandha. Drama plot twist tentang dendam adik kepada kakaknya yang rupanya bukan kakaknya.

2. Drama Segenap Takdir lakonan Niezam Zaidi dan Siti Khadijah Halim. Kisah tentang perempuan materialistik yang sanggup buat apa sahaja tetapi akhirnya mendapatkan balasannya.

Dan juara carta drama kesukaan EDtv pada tahun ini ialah drama...

Juara, drama Pemburu Rahsia lakonan Intan Najuwa dan Adam Lee serta ramai lagi. Drama ini mengisahkan pembunuh rahsia yang membunuh kerana dendam tetapi susah untuk diteka siapa pembunuhnya pada awal cerita. Bagi ED, ini drama terbaik pada tahun ini sekaligus drama yang buat ED teruja sentiasa nak tengok setiap episodnya. Tahniah, Zeel Productions!

Selesai perkongsian ED tentang 10 drama kesukaan EDtv pada tahun ini. Drama di atas drama yang ED suka, bukan drama terbaik di mata juri profesional. Jadi, jangan pertikaikan kenapa drama yang anda suka tiada dalam carta.

Selamat tahun baharu 2024 dan jumpa lagi!

Jumaat, 29 Disember 2023

(Cili Manja) Hantar anak mengaji, bayaran bulanan jangan lupa

Assalamualaikum. Ini kisah pertama dalam segmen Cili Manja di blog EDtv. Memaparkan kisah yang pedas-pedas manja sedikit. Kisah pertama tentang ibu bapa yang tiada common sense apabila hantar anak mengaji dengan orang lain tetapi belum bayar yuran mengaji sampai lima enam bulan.

Ini mesej yang ED terima daripada seorang di Facebook EDtv.

Maaf, ED ulas sedikit tentang hal ini. Orang yang ajar mengaji ni macam cikgu tuisyen juga, perlukan duit untuk bayar bil elektrik, bil air, bayaran rumah, makan minum dan sebagainya. Biasanya mengaji ni upahnya paling murah berbanding tuisyen. RM15 untuk seorang anak itu murah ye...

Ni yang paling penting, bayaran ngaji itu ibarat pelaburan dunia akhirat ye... Kalau anak pandai mengaji, pandai berdoa, pandai solat, siapa yang untung, ibu bapa juga yang untung. Pahala tu Insya-Allah sentiasa mengalir walaupun ibu bapa dah meninggal dunia.

Jadi, jangan ambil mudah bayaran mengaji ni ye... Bayar lebih pun boleh sebab bila kita banyak bersedekah, banyak juga kita dapat faedahnya.

Khamis, 28 Disember 2023

(Drama Baharu) Drama Racun Rihanna, akan datang...

Drama ini antara drama menarik untuk ditonton pada 2024.

Drama Racun Rihanna akan datang di slot Samarinda TV3. Terbitan Zeel Production.

Daya tarikan drama ini ialah dibintangi pelakon senior dan pelakon masa kini. Para pelakonnya ialah Intan Najuwa, Jasmine Soraya, Rita Rudaini dan pelakon legend, Azah Aziz.

Menarik bukan? Nantikan drama ini pada 2024.

Rabu, 27 Disember 2023

(Ulasan) Drama Korea GyeongSeong Creature, dahsyat betul jalan ceritanya!

Ada yang melabelkan, drama ini drama Korea terbaik pada tahun 2023.

Drama bersiri Netflix.

Tajuknya GyeongSeong Creature. Lakonan utama Park Seo Jun dan Han So Hee.


Sinopsis:
Pada tahun 1945, di bandar GyeongSeong digemparkan dengan manusia yang telah menjadi raksaksa akibat uji kaji orang yang zalim dan tidak bertanggungjawab.

Han So Hee dan Park Seo Jun.

Ulasan:
ED tak habis fikir, bagaimana mereka boleh buat drama sedahsyat ini. Menonton drama ini membuatkan kita rasa macam dalam drama itu sendiri. Memang best drama ni sebab jalan ceritanya membuatkan penonton sentiasa ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. 

Dalam drama ini, mata ED tertuju pada rambut pelakon lelaki. Rapi betul rambut mereka walaupun dalam keadaan berlawan dan cedera. Keseluruhannya, dahsyat best drama ni! 

Rating:
10/10 muktamad.

(Drama Baharu) Drama Sayangku Cikgu Hania adaptasi novel Cikgu Kan Kugari Hatimu, akan datang...

Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta cikgu & abang polis. Drama baharu Sayangku Cikgu Hania akan datang di RTM.

Lakonan Datin Elvina dan Ali Reza.

Drama ini adaptasi novel Cikgu Kan Kugari Hatimu karya Sophilea.

Nantikan! Macam best je kisahnya...

(Ulasan) Filem Walid, luar biasa filem Malaysia yang satu ini!

Mungkin ED terlambat, tapi ED tetap nak ulas filem Walid yang ED tonton di Netflix.

Megat Sharizal sebagai Walid. ED bagi 10 bintang untuk lakonannya dalam filem ini.

Filem ini arahan Areel Abu Bakar.

Sinopsis:
Penentangan Walid mahu menyelamatkan kanak-kanak pelarian daripada dijual oleh sindiket haram. Maka, banyaklah babak-babak pergaduhan yang bikin penonton tak senang duduk.

Ulasan:
Luar biasa filem ini! Tanpa letak pelakon berbadan sasa sebagai hero, watak Walid sangat wow! Jalan cerita penuh dengan unsur suspens dan mendebarkan. Jujur, ED memang tak senang duduk tengok aksi lawan-lawan sepanjang filem ini berlangsung. Memang another level filem Malaysia.

Rating:
10/10 muktamad sebab lain daripada yang lain filem ini.

Selasa, 26 Disember 2023

(Ulasan) Dokumentari Curry And Cyanide di Netflix

ED dah tengok dokumentari ini di Netflix.

Curry and Cyanide, kes pembunuhan Jolly Joseph.


Sinopsis:
Kisah benar, Jolly Joseph telah membunuh suami, ayah mertua, ibu mertua, pak cik belah suami serta 3 orang lagi kerana wang dan harta. Jolly Joseph membunuh dengan memberikan makanan yang dibubuh racun (cyanide).

Ulasan:
Apa yang ditonton jadikan pengajaran. Tak boleh nak ulas bab kisah benar ni sebab kita tak berada di tempat mereka.

Rating:
9/10 kerana dokumentarinya jelas dan mudah difahami.

(ED) Jemputan sidang media drama pada Januari 2024

Assalamualaikum. ED ada jemputan sidang media & pelancaran sebuah drama pada Januari 2024 di Kuala Lumpur.

Pihak penganjur dah follow up ED hari ini. ED belum beri keputusan muktamad lagi.

Pelancaran tu pada hari Jumaat. ED masih berfikir lagi nak datang atau tak? 

(Drama Baharu) Drama Restu akan datang di Iqiyi

Drama Restu menampilkan barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Wanna Ali dan Siti Elizad. Drama ini akan datang dan tersedia untuk distrim di platform iQIYI pada 2024.

Remy Ishak dan Siti Elizad 

Berikut merupakan sinopsis umum drama Restu berserta pelakon dan pengarah yang terlibat.

Sinopsis
Razak, 37 tahun, merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak  kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy. 

Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu . Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya.

Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.

Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak  namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?


Berikut merupakan maklumat pengarah dan pelakon yang terlibat:

Episod: 10
Tarikh Tayangan: Akan datang 2024
Waktu Siaran: Jumaat-Sabtu, 9 malam

Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd
Pelakon:
Remy Ishak sebagai Razak
Wanna Ali sebagai Aini
Puteri Rafasya sebagai Amy
Siti Elizad sebagai Sara
Elizabeth Tan sebagai Melanie
Ahirine Ahirudin sebagai Janna
Yusuf Bahrin sebagai Atiq
Junji Delfino sebagai Datuk Maria
Ezzaty Abdullah sebagai Julia
Adlin Aman Ramlee sebagai Tajul
Muntazar Ghufran sebagai Kimi
Danish Hazriq sebagai Danish
Dian P Ramlee sebagai Maryam

Drama ini boleh ditonton secara EKSKLUSIF di aplikasi iQIYI atau laman web: www.iQ.com/local

(Sembang) Wajah baharu EDtv hari ini

Assalamualaikum.

Hari ini EDtv berwajah baharu.

Kenapa tukar wajah baharu hari ini? Kenapa bukan 1 Januari 2024? Ini kerana pada 26/12/2010 adalah kali pertama ED menulis blog EDtv. Kira ni anniversary EDtv la...

Ahad, 24 Disember 2023

(Sembang) Jika ada Jualan Rahmah di tempat anda, tolonglah datang...

Selamat pagi. Sebab harga beras ni murah, pagi-pagi lagi ED dah bertolak ke Maslee Pekan Nenas.

Beras Carnation epal hijau 10kg ni hanya RM29.00.

ED gigih pergi ke Maslee Pekan Nenas sebab ada Jualan Rahmah.

Semua yang ada di troli ni harga Jualan Rahmah. Murah sangat.

Sebelum ni di JB pun ada Jualan Rahmah. ED pernah pergi dan memang berbaloi giler pergi. Tu yang ED sanggup datang ke Pekan Nenas untuk Jualan Rahmah.

Sabtu, 23 Disember 2023

(Ulasan) Dubai Bling Netflix, drama realiti orang kaya di Dubai

Selesai tengok kedua-dua musim drama realiti Dubai Bling di Netflix.

Drama realiti tentang orang-orang kaya di Dubai.

Selain gaya hidup mewah, ada konflik dan penonton dapat lihat kecantikan Dubai menerusi siri tersebut.

Ulasan ED, apabila menonton drama Dubai Bling, ED bersyukur lahir di Malaysia, jadi orang Malaysia kerana berpegang pada ajaran agama dan budaya yang sopan. Tengok orang-orang dalam drama ini terlalu bebas dan mengamalkan gaya hidup barat. Pakaian yang perempuan pun bukan main lagi...

Untuk belajar budaya di Dubai, bolehlah menonton drama ini. ED bagi rating 9/10. Khalas :)

(Sembang) Sama-sama. Terharu dapat whatsapp macam ni...

ED baru terima whatsapp yang ni...


Ini berkenaan rating drama Surat Dari Tuhan capai 10 juta tontonan. Tahniah!

Terharu apabila diberi ucapan terima kasih seperti ini sebab ED share drama mereka seperti biasa, macam kebiasaan yang selalu ED buat tetapi mereka hargai.

Di EDtv antara yang ED suka ialah jalinan ukhwah antara ED & team sesebuah drama.

Jumaat, 22 Disember 2023

(Update) Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah tayang dulu di slot Akasia

Drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah akan tayang dahulu di slot Akasia TV3 dan Iqiyi.

Aniq Suhair pelakon utama drama ini.

Drama ini akan tayang bermula 9 Januari 2024 di slot Akasia TV3. Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 tak pasti tayang bila, mungkin selepas drama ini?

Khamis, 21 Disember 2023

(Sembang) Rebonding rambut, Syarul Ezani nampak macam Fattah Amin

Drama Hati Tercarik Luka tayang di slot Samarinda TV3. Rasanya ramai perasan, muka hero drama ini nampak macam Fattah Amin.

Syarul Ezani hero drama Hati Tercarik Luka.

Rasanya ini kali pertama dia jadi hero drama Samarinda TV3.

Rambut asalnya bukan macam dalam drama ini. Selepas rebonding rambut terus nampak macam Fattah Amin. Wataknya dalam drama ini akan membuatkan penonton benci & geram ye..

Selamat menonton drama ini.

Ahad, 17 Disember 2023

(Tahniah) 12 lagu yang berjaya ke AJL38

Tahniah! Berikut keputusan 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 38.


1. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul
2. Astana - Ernie Zakri
3. Sutera - Aisha Retno
4. Hasrat - Amir Jahari
5. Santai - Naqiu
6. Inilah Jalannya - Masdo
7. Darah - Marsha
8. Kalam - Shiha Zikir
9. Kucuma - Datuk Jamal & Wany Hasrita
10. Bintang - Hael Husaini
11. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain 
12. Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali

Tahniah semua!

Jumaat, 15 Disember 2023

(Sembang) Pengacaraan Fiza Frizzy menuai pujian, kekalkan jadi hos AJL38

Hari ini bermula hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38. Pengacara pada hari ini ialah Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Fiza Frizzy.

Rata-rata penonton di media sosial X memuji gaya pengacaraan Fiza Frizzy yang betul-betul nampak macam pengacara dan tidak over. Macam dah lama tak nampak pengacara rancangan hiburan yang bagus macam Fiza kan? 

Ramai juga berharap Fiza Frizzy menjadi pengacara AJL38. Yang ni, ED pun setuju...

Rabu, 13 Disember 2023

(Muzik) Insan Kusayang Kini Menghilang nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan

Afieq Shazwan dan Tajul.

Terbaru Afieq Shazwan dan Tajul telah melancarkan single duet (cover) berjudul Insan Ku Sayang Kini Menghilang. Ini merupakan lagu ke 5 bagi tajul serta Afieq dalam menjayakan projek lagu lagu tribute Istimewa  sempena mengenang zaman kegemilangan Allahyarham Achik Spin.

Kalau nak ikutkan vokal memang saya akui Allahyarham abang saya memang hebat, saya sendiri kagum dengan vokal dan cara nyanyiannya. Tapi sebagai adik beliau, saya sampaikan lagu – lagu ni mengikut cara dan kesesuaian vokal saya. Dan Alhamdulillah peminat suka dan mendapat sambutan tontonan di Youtube” – Tajul

Insan Ku Sayang Kini Menghilang merupakan lagu tribute ke 4 Tajul duet bersama Afieq. Manakala sebuah lagi  lagu tribute  – Mengusung Rindu,  tajul rakamkan bersama Haqiem Rusli, Zack Zakwan dan Afieq Shazwan.

Bagi Afieq Shazwan pula yang telah merakamkan 7 buah lagu cover termasuk 5 lagu tribute buat Achik Spin berkata
“Afieq bersyukur kerana telah dilibatkan dalam projek Istimewa ini. 

Actually ianya satu kebanggaan buat insan seni yang kerdil seperti Afieq bila diberi peluang untuk nyanyi balik lagu artis yang sangat popular Ketika dulu. Tambahan pula bagi Afieq, Achik dan kumpulan Spin ni ibarat jaguh lagu lagu leman di zaman kegemilangan mereka. Keluar je lagu baru sure meletop kat radio. So memang saya bangga la sebab sekarang saya pula yang nyanyi lagu lagu tu walaupun versi duet” – Afieq Shazwan.

Namun dalam pada itu terdengar desas desus tentang perancagan Afieq Shazwan dan Baby Shima untuk berkolaborasi tak jadi. 

Actually saya sendiri ada bertanya secara langsung  dengan Baby Shima, Jom kita Duet nak dalam 1 lagu, dan cadangan saya itu disambut baik oleh Baby Shima. Kebetulan saya ada dengar tentang projek lagu duet tribute – Resipi Berkasih. So saya pun cadangkanlah pada Baby Shima. Dan lepas itu saya dah ajukan perkara itu pada FMC Music agar lagu duet Resipi Berkasih saya nak duet dengan Baby Shima. But entah kenapa tak jadi pula. Memang sy agak kecewa juga la. Sebab bagi saya secara peribadi,  saya inginkan sesuatu kelainan dan rakan duet baru. Tambahan pula saya dengan  Baby Shima memang dah saling kenal sebelum program Astro Big Stage lagi. Apa pun saya anggap mungkin belum masanya dan tunggu untuk sigle seterusnya In Sya Allah. Baby Shima tunggu kejap ya Baby – Tambah Afieq lagi.

Istimewa buat peminat Kumpulan SPIN, FMC Music turut  menampilkan anggota  Kumpulan Spin yang terdiri daripada Ayie, Tal dan Raymie di dalam muzik video terbaru Insan Ku Sayang kini Menghilang nyanyian duet Tajul dan Afieq Shazwan ini. Semoga ianya dapat mengubati rindu peminat pada Kumpulan SPIN. 
Muzik Video dan lagu duet - Insan Ku sayang Kini Menghilang ini sudah boleh ditonton di saluran Youtube FMC Music dan didengar disemua saluran muzik - radio dan digital.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi