Hai, dengar radio Era tak? Mari dekat, mari dekat... ED tertarik sangat dengan iklan Era yang kreatif pasal 100 lagu yang bakal disingkirkan pada 1 Januari 2011. Sebelum lagu2 tu disingkirkan, ianya akan didengarkan buat kali terakhir pada 31 Disember ini bermula 3.00 petang. Betul, 100 lagu yang akan disingkirkan akan dimainkan buat kali terakhir di radio Era. Lagu siapa la yang bakal tersingkir nanti? Jom dengar Era 30 Disember 2010 bermula pukul 3.00 petang. ED memang suka dengar Era kerana Era hanya memainkan lagu hits yang terkini. Iklan pun kurang, so bila drive dengar Era, rasa best je..
5 sebab ED suka Era:
1. Banyak lagu, dj kurang membebel..
2. Kurang iklan
3. Lagu2 yg pendengar suka je dimainkan, lagu yg syok sendiri Era akan buang..
4. Ada Dj yang kreatif seperti Pak Nil.
5. Era kini memainkan lagu2 pop Asia terbaik.
Sekian dulu untuk kali ini. 31 Disember ini, EDtv akan menyenaraikan 10 carta drama TV3 yg ED suka.. Eksklusif untuk pembaca EDtv.
Udada Ubabye!!
ED: lagu siapa la akan disingkirkan? Sama2 dengar Era!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan