Sabtu, 25 Disember 2010

Refleksi Anugerah Skrin 2010

Hai, mengawali cerita blog ED yg pertama, ED nak wat refleksi tentang Anugerah Skrin 2010 yg berlangsung malam semalam di saluran kegemaran ED "TV3".. Secara ringkasnya, kita tgk dulu senarai pemenangnya eh. Tahniah diucapkan. 

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:




  • Drama Terbaik - Antara Garisan 



  • Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)



  • Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)



  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)



  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)



  • Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)



  • Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih



  • Drama Komedi Terbaik - Simpang 3



  • Lakon TV Terbaik - Antara Garisan



  • Videografi Terbaik - Datang Bulan



  • Filem Terbaik: Muallaf



  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)



  • Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)



  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)



  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur)



  • Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)



  • Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)



  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima)



  • Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)



  • Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian



  • Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24



  • Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)



  • Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3



  • Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam 




  • Tahniah kepada shahrulezad yg menang kategori Drama Terbaik - Antara Garisan. ED memang minat dgn drama2 arahan dia. Pada yg lupa, try ingat balik drama seperti Cinderella, Cinta Balqis, Tari Tirana dan Syurgamu Ramadhan.. Sorry la, ED takde Astro, so takde la perumpamaan dalam siaran Astro. Sharifah Amani... Tahniah juga sbb menang ye. Minat lakonan Amani.. Bront Palarae menang juga, dia menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Amani & Bront pernah berlakon dlm drama Cinderella arahan Shahrulezad di TV3.




    5 yang Zest!! (Best)
    1. ED puas hati dengan para pemenang.
    2. Best juga bila pemenang tak dapat bercakap di atas pentas. Jimat masa..
    3. Gandingan pengacara OK (Awal & Vee) daripada pengacara tahun lepas.
    4. Shahrulezad memang layak menang sebab drama dia semua best2..
    5. Persembahan Opening  yang best.


    5 yang Zrett!! (kurang best)
    1. Vee (pengacara) terkaku seketika bila mengacara sendirian. (dimaafkan)
    2. Iklan panjang sangat.. (sempat makan jap)
    3. Backdrop pentas yang macam tak glamour.
    4. Majoriti persembahan artis tak spektakular.
    5. Program over run gara2 persembahan akhir Faizal Tahir.. Selamat pengacara pandai cover di akhir acara.

    ED: haa.. lebih kurang macam ni la konsep blog EDtv. ED cuba cerita dengan ringkas sebab ada kerja lain juga yang nak dibuat.

    Udada Ubabye!!!





    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Blogger

    Foto saya
    Johor Bahru, Johor, Malaysia
    Blog Hiburan dan Peribadi