Isnin, 27 Disember 2010

Refleksi Roadshow AJL25 di Pusat Bandar Pasir Gudang

Hai semua, semalam ED ditemani kawan sekerja iaitu Hafiz & Syida, telah pergi ke Roadshow AJL25 yg pertama di Pusat Bandar Pasir Gudang. Terima kasih kepada Hafiz sebagai driver & Syida sebagai penaja VIVA untuk bergerak ke sana. Alhamdulillah, ada lagi kawan yg minat hiburan macam ED.



Okelah, nak cite ringkas je ni. Suasana kat sana, ya ampun.. banyak sgt org, bermacam2 bau badan yg ada, bermacam2 nama anak yg hilang (ada jugak)  & bermacam2 lagu yg dipersembahkan oleh artis yg dtg (yang tu best). Macam-macam.... Jom kita tgk siapa je artis yg dtg..

               Inilah artis-artis yang datang di Pasir Gudang


Haa.. itulah artis yang sempat kami lihat. Semoga AJL terus sukses.. Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 25 dengan tema "pemetaan muzik" pada 9 Januari 2011, 9 mlm d saluran kegemaran ED, TV3...

5 yang Zest!
1. Pengacaranya best dan kelakar (faizal ismail & faiz)
2. Semua artis sporting (suka baling2 hadiah kat penonton)
3. Tomok nyanyi lagu "Sejarah Mungkin Berulang"... (teringat memori 1999)
4. Faizal Tahir walaupun popular tapi tak sombong (peramah sgt)
5. Paling Best, semasa Black dan Faizal Ismail bertanding "key suara siapa lebih tinggi?" (mestilah Black menang.)
   
5 yang Zrett!!
1. Tak sempat jumpa Adira.
2. Shahir tak datang.
3. Penonton yg ramai menyebabkan bermacam2 bau..
4. Rimas dengan 3 kes anak yg kehilangan ibu bapa di sana (FBI & Faiz umumkan semasa acara berlangsung)
5. Tak dapat bergambar dgn artis pun...

Hmmm... Blog EDtv memang ringkas je.. Jumpa lagi..

Udada Ubabye!


ED: sentiasa bersemangat kalau bab2 AJL ni....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi