Hai, sejuknya hari ini. Tapi berita selebriti semakin hari semakin panas. ED nak ulas hari ini pasal rancangan Melodi semalam. Sebelum ni, ED pernah terbaca pasal komen2 orang ramai pasal wartawan Melodi. Antaranya, lihat point2 dibawah:
- wartawan Melodi kurang ajar
- wartawan Melodi suka melebih-lebih cerita
- wartawan Melodi suka tanya soalan bodoh
Ni bukan ED reka, tapi memang ED pernah terbaca pasal ni. Sumber ED rahsiakan eh. Okelah pasal semalam, ED sangat suka bila artis-artis kita semakin bijak menjawab soalan-soalan dari wartawan Melodi. Siapa artis tu? Jom lihat:
- Pertama, bila Ana Raffali disuruh komen tentang dia yang kononnya mengatakan segelintir peminat yang tidak pandai menilai lagunya adalah bodoh. Ana Raffali, terus jawab "jangan2 cerita tu dari awak tak? (pihak Melodi)". Biar betul cerita ni? (tak pernah dengar di media massa pun) atau ini taktik wartawan Melodi untuk menghangatkan berita.
Ana Raffali
- Kedua, Shahir juga membalas balik soalan wartawan tentang "Shahir yang dikatakan sombong dengan peminat2nya" . Shahir menjawab "ntah2 berita ni dari Melodi tak?" (lebih kurang mcm tu bunyinya..). Bagus, ED memang sokong kenyataan Shahir. Artis sekarang ni bijak, tidak mudah melenting tapi bertanya balik apa yang difikirkan musykil. (Berita ni pun ED tak pernah dengar sebelum ni)
Shahir
- Ketiga, biar betul wartawan Melodi ni menanyakan soalan tentang Fasha Sandha menggugurkan anak? (tak terdengar dari mana2 media pun). Bagus, Fasha tidak melenting dengan soalan tu. Ujar Fasha Sandha, kalau betul berita tu, kenapa tak tunjuk bukti? (Haa, kan wartawan Melodi dah kena balik...)
Fasha Sandha
ED rasa, wartawan Melodi ni macam nak lariskan cerita dengan soalan2 psyko & soalan yang tak mempunyai bukti yang kukuh macam tu. Jangan marah dgn kenyataan ini, ED cuma mahu berkongsi. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ED tak kisah kalau takde berita panas dari Melodi, yang penting berita tu telus dan sahih. Akhir kata, nantikan drama Gemilang lakonan Tiz Zaqyah & Shah Jaszle, akan datang di TV3. Best tau, pasal dunia keguruan. Sesuai ditonton untuk guru2 macam ED. hahaha.. Udada Ubabye!!!
ED: kepada wartawan Melodi, tingkatkan prestasi, jangan buat peminat sangsi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan