Khamis, 4 Ogos 2011

Kad Raya yang mengharukan..


Assalammualaikum. Di bulan Ramadan ni takde cite pasal sekolah ke? Bagi anda yang meminati kisah pekerjaan ED di sekolah, hari ini ED nak cerita pasal kisah di sekolah la. Kisah yang akan ED kongsi sebentar lagi bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ED sekadar ingin berkongsi cerita sahaja. Tak elok menunjuk-nunjuk kan?


Haa, begini kisahnya.. semalam ED dah dapat kad raya daripada seorang murid kelas ED. Terkejut ED, sebab raya masih lama lagi. Tapi dah murid nak bagi, tak kan ED nak cakap tak payah kan? Terharunya, sebab murid yang bagi kad raya ni boleh tahan juga nakal dalam kelas. ED pernah memarahi dan menghukum murid. ini  Jom lihat kad raya murid tersebut..

 
Kad raya pertama yang ED dapat semalam..

 Isi kad raya daripada murid tersebut

Hari ini, lagi mengharukan. Anda ingat lagi tak pasal budak India yang paling nakal dalam kelas ED? 

Gambar murid India tersebut, klik sini kalau nak tahu cerita tentangnya dalam catatan sebelum ini..

Siang tadi, murid India tersebut telah memberikan ED kad raya juga. Ohh, sangat mengharukan... ED tak sangka dia bagi ED kad raya sebab ED selalu marah dan hukum dia dalam kelas. Walaupun berbangsa India, dia sanggup membelikan ED sekeping kad raya. Jom lihat kad raya murid India tersebut.

Inilah kad raya pemberian murid India tersebut

 Isi kadnya kosong. Terpancar keikhlasan murid India yang nakal tersebut..

Sebenarnya, jika seseorang guru tu marah dan menghukum seseorang murid mesti ada sebabnya. Apa yang pasti, guru sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada setiap muridnya. Okelah, ED bersyukur kerana anak murid ED yang nakal tidak berdendam kepada ED walaupun pernah dimarahi dan dihukum. ED nak tujukan sebuah video klip ini kepada anak murid ED la. Udada Ubabye!

InsyaAllah, semoga anak murid ED berjaya dalam hidupnya..

ED: Dapat kad raya, rasa macam raya dah nak dekat. huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi