Assalammualaikum. Lebaran dalam hitungan jari je kan? Dalam sibuk-sibuk menjelang lebaran, banyak juga kedengaran kes budak-budak yang tak sayang jari. Maksud ED, kes budak2 yang terkena padah bermain mercun. Walaupun dah disiarkan di TV, budak2 seakan kebal dan tidak mengambil iktibar. Bercakap pasal mercun, ED nak cerita tentang apa yang berlaku di sekolah minggu ini.
Minggu ini, sekumpulan murid lelaki telah datang berjumpa ED. Mereka telah merampas sekotak mercun dan menyerahkannya kepada ED. Kalau mercun Pop Pop tak apa, tapi mercun mancis tuu.. Jangan tak percaya, mercun mancis tersebut ditemukan di dalam beg seorang murid perempuan kelas ED. Adoi, susah la nak percaya. Murid perempuan pula yang berani bawa mercun mancis ke sekolah. Walaupun dia tak main mercun tu, tapi tetap salah mengikut peraturan sekolah.
Mercun mancis yang dirampas
Mercun mancis menghasilkan bunyi yang kuat apabila dibakar
Apabila ED masuk ke kelas murid tersebut, ED pun tanya la kenapa dia bawa mercun ke sekolah. Nak tahu apa jawapannya? Jom ikuti dialog ED bersama murid perempuan tersebut.
ED: Kenapa awak bawa mercun?
Murid: Saya pun tak tahu kenapa mercun tu ada dalam beg saya. Mungkin adik saya termasukkan mercunnya dalam beg saya.
Daripada jawapan murid tu, anda nilai sendiri la sama ada dia menipu atau tidak. Okelah, setakat itu sahaja cerita ED untuk kali ini. Hari ini hari Ahad, ED nak ucapkan selamat bershopping kepada anda yang akan keluar membeli-belah pada hari ini. Udada Ubabye!!
Kepada murid2 perempuan, daripada main mercun lebih baik tolong mak buat kuih raya ye..
ED: Jangan main mercun, nanti tak cun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan