Khamis, 1 Disember 2011

Blog EDtv berwajah baharu

Assalammualaikum. Hari ini 1 Disember 2011. Seperti yang ED telah warwarkan pada Awal Muharam lalu, blog EDtv hari ini berwajah baharu. Warna hijau merupakan warna tema untuk blog EDtv untuk tahun 2012. ED memilih 1 Disember untuk mengubah imej blog EDtv kerana ED mula menulis blog pada Disember tahun lepas. Jadi, inilah wajah baharu blog EDtv untuk tahun hadapan.


Jom kenali segmen2 dalam blog EDtv dan sedikit huraiannya di bawah ini. Kalau anda pembaca baharu di blog ini, anda boleh mengenali blog EDtv dengan lebih dekat lagi.

 Segmen Zest & Zrett untuk komen2 peribadi ED yang oke (Zest) dan yang tidak oke (Zrett!!). Biasanya ED suka Zest & Zrett tentang drama, program tv, artis dan hiburan. 

Segmen Sembang Sumbang merupakan segmen yang ED tulis ketika ada waktu lapang dan ada topik yang ingin disembangkan.

Segmen ED Carta untuk carta2 lagu atau carta2 topik tertentu berdasarkan pilihan ED.

Segmen jom kenal untuk mengenali sesuatu perkara yang baharu dalam industri seni.

Segmen KisMis untuk catatan kisah2 misteri.

Segmen ID (Indonesia) untuk topik-topik yang berlaku di Indonesia. Kenapa Indonesia? Sebab di Indonesia banyak perkara2 unik untuk dikongsi.

Segmen Bijak Belanja membantu anda berbelanja dengan lebih jimat.

Segmen ED & Sekolah tentang cerita2 menarik ED menjadi cikgu di sekolah rendah.

 Segmen Video Pilihan untuk video2 youtube yang best, kreatif dan menarik.

Segmen X-klusif ED merupakan segmen terbaharu 2012. Semua catatan ED yang eksklusif akan dimasukkan dalam segmen ini.

Secara keseluruhannya, cuma warna tema blog sahaja yang berubah, tetapi konsep blog masih sama. Dah setahun guna warna tema ungu, jadi untuk tahun 2012, ED nak guna warna hijau pulak. Okelah, teruskan bersama blog EDtv ye. Macam biasa di penghujung catatan, Udada Ubabye!!

Bye-bye blog EDtv sesi 2011.. Kini blog EDtv berwarna hijau pulak..


ED: Blog EDtv semakin hampir setahun penubuhannya. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi