Isnin, 19 Disember 2011

Kenapa ED suka TV3?

 
Apa hubungan ED & TV3?

Hai, jika anda pembaca setia blog EDtv, mesti anda tertanya2 kenapa ED suka buat catatan tentang rancangan2 TV3? Hari ini, ED akan menjawab persoalan anda tentang hal itu. 

 Petikan daripada catatan ED sebelum ini.

Kepada anda yang tertanya-tanya, siapa ED & TV3 ni? ED merupakan peminat stesen televisyen tersebut. Lebih2 lagi rancangannya yang berbentuk drama dan hiburan. Dari zaman sekolah dahulu, ED suka bersembang tentang rancangan2 TV3 ni dengan kawan2 ED. Sampailah zaman universiti, zaman kerja dan zaman maktab, ramai kawan2 yang mengenali tabiat pelik ED ni. Sampai sekarang ED dah jadi cikgu pun, ED masih dengan tabiat ini.

 TV3 memang memberikan inspirasi kepada ED

ED buat blog ini pun untuk berkomunikasi dengan kawan2 ED tentang TV. Hahaha.. Walaupun ada kawan2 ED yang terpisah jauh, mereka boleh tengok ED bersembang tentang TV di blog ini. Alhamdulillah, blog EDtv ini juga telah memberikan ED kawan-kawan baharu iaitu para blogger yang budiman. Terima kasih kerana suka tengok ED bersembang tentang TV di sini.

 Sebab itu nama blog ini EDtv (ED dan tv)
 
Semua catatan tentang rancangan TV3 yang baharu dalam blog ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan ED di media elektronik dan media cetak. ED tiada link atau saudara mara yang bekerja di TV3. Diharap catatan ini cukup untuk menjawab persoalan di minda anda tentang siapa EDtv? Haha.. Udada Ubabye!!

Catatan akan datang: 
ED pernah menerima panggilan pihak TV3 dan ditawarkan menjadi wartawan? Tunggu kisahnya di blog EDtv.

ED: lebih suka cerita tentang TV daripada hal peribadi. hehe..

2 ulasan:

  1. wahhh klas gitu..kalau bayarannya mahai aper tunggulagi ed..huhu

    BalasPadam
  2. Nanti ED jelaskan knp ED tak boleh terima tawaran trsbt dlm catatan akan dtg. Stay tuned! hehe..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi