Hai, malam semalam ED susah nak tidur, jadi tengoklah TV supaya cepat mengantuk. Pukul 12 malam semalam, ED tengok ulangan China's Got Talent 2011 di Channel U Singapura. Gara-gara tengok episod rancangan semalam, hari ini ED nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah lagu yang menusuk kalbu walaupun kita tak faham maknanya.
Selesai menyanyi, juri naik ke atas pentas dan memeluk Uudam kerana terharu..
Peserta rancangan tersebut seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan berketurunan Mongolia. Namanya Uudam. Lagu yang dia nyanyi pun bahasa Mongolia, tapi yang buat ED kagum, semua juri dan penonton yang berbangsa China tersentuh hatinya dan ada yang menangis. Jom lihat video klipnya..
Baca sarikata di dalam video tersebut dan anda boleh faham maksud lagu ini..
Uudam merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapanya ketika usianya 8 tahun. Ibu bapanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Kesian kan? Ketika dia teringatkan ibunya, dia akan menyanyikan lagu ini. Patutlah, lagu dia dapat dirasakan kesyahduannya kerana dia menyanyikan dari lubuk hatinya yang paling dalam.
Catatan hari ini adalah segmen Video Pilihan ED
Pengajaran daripada lagu ini, sayangi dan hargailah ibu bapa kita yang masih ada ye.. Di blog EDtv, sambil kita berhibur, kita juga boleh belajar dan mengambil iktibar di dalam sesebuah rancangan tv seperti ini. Udada Ubabye!!
ED: Walaupun bukan juara, tapi persembahan Uudam memang terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan