Rachel Crow menangis sepenuh hatinya apabila tersingkir
Hai, ED baru lepas tengok The X-Factor USA di saluran 5 Singapura. Episod malam ini tentang penyingkiran seorang peserta daripada Top 5. Terkejut, simpati dan terharu ED malam ini apabila menyaksikan rancangan tersebut sebentar tadi. Bagi ED penyingkirannya amat dramatik dan ED rasa semua penonton di dunia merasakan apa yang ED rasa sebentar tadi. Rachel Crow budak perempuan comel 13 tahun yang tersingkir hari ini. Jom lihat sedikit sinopsisnya di bawah ini.
Rachel Crow dan Marcus Canthy merupakan peserta undian terendah pada minggu ini. Ramai yang meramalkan Marcus akan tersingkir kerana dia sudah kerap kali berada di tempat tersebut.
Setelah keputusan diumumkan, Rachel Crow menangis lalu menjatuhkan dirinya kerana terkejut. Mungkin impiannya untuk memenangi tempat pertama telah berkubur.
Nicole Scherzinger merasa serba salah kerana dia merupakan juri terakhir yang memberikan keputusan penyingkiran malam ini. Tetapi, dia memilih untuk menyerahkan keputusan kepada undian penonton kerana tidak sanggup menyingkirkan salah satu antara Rachel dan Marcus.
ED minat budak perempuan ini kerana dia memang berbakat besar. Lagi 1, Rachel Crow ingin memenangi pertandingan tersebut untuk mengubah nasib keluarganya yang susah walaupun dia hanya anak angkat. Baik hatinya kan? Yang baik jadikan pengajaran ye.. ED akhiri dengan video Rachel Crow pilihan ED ye. Udada Ubabye!!
Jika menang, Rachel Crow ingin mengubahsuai tandas rumahnya..
ED: ED terbangun dari baring apabila melihat keputusan yang dramatik tadi.. hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan