Assalammualaikum. Hari ini 1 Januari 2012. Permulaan hari bagi tahun baharu. Pertama sekali, ED nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2012 kepada anda. Jom hayati gambar di bawah ini!
Harapan ED sama seperti anda iaitu inginkan kehidupan yang lebih baik lagi dan berubah menjadi insan yang lebih baik. ED memilih gambar pensel warna di atas sebagai simbol tahun baharu kerana kehidupan kita memang silih berganti, berwarna warni tetapi biarlah warna cerah dan ceria yang selalu hadir dalam diri kita. Jadi, sentiasalah berdoa agar hidup kita sentiasa diwarnai dengan warna2 yang cerah dan ceria.
Antara kenangan manis 2011, logo tulisan Cinta Elysa ciptaan ED telah dipilih dan disiarkan dalam drama yang paling diminati ramai, Cinta Elysa. Terima kasih Suhan Movies.
Mengimbas balik tahun 2011, kenangan paling manis ED di tahun lepas ada 3. Mula2 sekali tentang catatan ED di blog ini tentang drama Tahajjud Cinta TV3 menjadi pilihan Blog Tahajjud Cinta untuk digunakan di dalam blog mereka. Tak sangka sebab ED merupakan blogger baharu. Yang kedua, semestinya tentang logo tulisan Cinta Elysa karya ED telah digunakan dalam drama popular Cinta Elysa di TV3. Yang ketiga, ED telah menang telefon bimbit pintar Samsung Galaxy Young dalam sebuah peraduan. Itulah hadiah yang paling mahal ED pernah dapat setakat ini. Alhamdulillah... Semoga tahun ini, ED dimurahkan rezeki lagi. Amin... Udada Ubabye!!
ED: Semoga blog EDtv sukses pada tahun ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan