Rabu, 4 Januari 2012

Hari pertama sesi persekolahan 2012

Hai, hari ini ED nak kongsi hari pertama sesi persekolahan 2012 di sekolah ED. Pertama sekali tentang sekolah ED tiada bekalan elektrik hari ini. Dari awal hingga akhir waktu ED mengajar. Maka, terpaksalah ED mengajar dalam keadaan panas di dalam kelas. Kesian murid2 kerana tak selesa belajar dengan keadaan sedemikian. Ditambah lagi dengan cuaca terik, maka badan ini basah dek peluh yang sentiasa menitis. Hehe.. konon2 bahasa sastera la.


Kedua, disebabkan tiada bekalan elektrik, kerja2 ED di bilik guru pun terjejas kerana gelap dan bahang. Jom lihat gambar di bawah ini yang sempat ED tangkap semasa di bilik guru.

 Keadaan bilik guru yang gelap dan bahang

 Walaupun bergelap, guru2 lain tetap menjalankan tugas seperti biasa..

Akhir sekali, ED nak kongsi sedikit pengalaman ED bersama anak murid ED yang baharu. Sebelum ini, ED pernah beritahu anda bahawa ED jadi guru kelas darjah 4 Baiduri (kelas hujung). Jadi, anda faham2 sendiri ye.. Baru hari pertama, anak murid ED telah terkoyak kulit di bahagian lututnya kerana terjatuh ketika berlari semasa waktu rehat di kantin. Kesian mak bapak dia sebab seluar baharu dia pun koyak di lutut. Ngeri juga tadi ED tengok luka di lututnya. 

Okelah, ED akhiri catatan hari ini  dengan perbualan ED dan murid2 4 Baiduri tentang jadual waktu. Udada Ubabye!!

ED: Cuba awak lihat jadual waktu yang saya bagi, hari Isnin dan Selasa awak balik pukul berapa?

Murid: Pukul 20!

ED: (terdiam seketika….)


ED: Dengar cerita, esok pun takde karen, tak bestnya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi